Sunday 23 June 2013

Baju Kurung Ke-2

Salam semuaaa....

Kali ni entry pasal my second home made baju kurung. Hmm yang ni untuk I la pulak..My friend cakap cantik, tak besar sangat and tak kecik sangat. Dia pun apa lagi nak mintak jahitkan sehelai for her. Katanya ada 3 pasang lagi kain tak berjahit. I taknak la ambil risiko, sebab I baru je ada pengalaman jahit DUA PASANG baju kurung sahaja. Tunggula kalau umur I panjang, jahit sampai 100 helai, then baru I bersedia untuk ambil upah jahit..hihihi...just my 2 cents la..


Mata I mesti jadi camtu bila first time shoot, hahaha, nak wat gane Allah anugerahkan mata kuyu for me and hubby..
Kali kedua baru paksa besarkan mata, then nampak la macam terkejut, nak senyum pun tak jadi sebab pada masa yang sama nak kena besarkan mata..

Mak I ada cabar I haritu lepas dia tengok I siapkan baju kurung ke-2 ni. Katanya mak cabar jahitkan baju kurung untuk mak guna kain pasang yang mak beli kat Pasir Mas hari tu. Mahal kain ni...hahahha, RM30 je pun, I ingat kain sutera...OK, I'LL TAKE THE CHALLENGE!

Kawan I yang lelaki kat sekolah ni pun tegur tadi, hihihi..sebab aritu I pun ada bagitahu sekarang asyik tidur lambat je sebab duk jahit baju kurung..mungkin sebab tu dia tanya kot..

Dia: Lawanya baju Ida, yang jahit sendiri eh?
Me: (kembang kuncup hidung) haah, cantik tak? baru belajar jahit ni..
Dia: Pandai Ida jahit...
Me: Boleh la untuk pakai sendiri...

Not forgotten many thanks to Incik Suami sebab belikan kain and support me 100% untuk projek jahit-menjahit ni..

1 comment:

amirulyaacob said...

cantiknya baju secantik tuanya

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers