Categories

Wednesday 12 December 2012

Interview...

Hari ni a bit busy...tak busy mana pun sebenarnya, tapi dah ramai orang luar mai sekolah nampak la busy sikit..almaklumla sekarang kan cuti sekolah...hhihihihi..Actually today ada sesi temuduga untuk pelajar lepasan UPSR bagi kemasukkan pelajar baru tahun 2013. Jadinya sebagai warga sekolah, nak tak nak eden kena melibatkan diri la..hmm as stated dalam jadual, eden kena bahagian key in data, tapi since staff yayasan terengganu dah take over semua tu, so den meringankan tulang ke bahagian pendaftaran..

Dalam dewan tu, yang sangat ketara kelihatan adalah ibu bapa, pelajar tak nampak mana. Sebab apa? yela, tukang kelek fail mak, surat panggilan ayah pegang, kakak/abang tolong bawak beg sekolah, candidate merewang celah ketiak mak. Tu yang tersembunyi candidate tu..



Yang ni, mak dia pulak yang sibuk tanya itu tanya ini, tengok si anak kat belakang duk melilau macam takda kena mengena dengan dia..budak-budak zaman sekarang, terlalu dimanjakan...tu mak dia tersenyum sebab ditegur "Ibu bapa sila duduk dan biarkan anak yang masih muda belia tu berdiri untuk selesaikan proses pendaftaran. Latih mereka untuk berdikari yer.."...

Seorang ibu mestila nak yang terbaik untuk anak dia, ye dop? Tapi tu la, kadang kita kena yakin yang anak kita boleh berdikari. Macam gambar kat atas ni, mak dia lagi excited dari anak, macam tak berapa yakin nak bagi anak daftar sorang-sorang. Padahal yang diminta masa pendaftaran apa la sangat, just offer letter dengan result UPSR, lain la nak kena bayar yuran ke, signature parents ke..patutla mak mengekor. Anak dia nampak macam nak buat sendiri, tapi mak dia tak berapa yakin dia boleh buat...

Selesai proses pendaftaran, calon akan dibawa ke Bilik Kuliah untuk di'kuarantin'kan. Di sini  mereka akan diberi sehelai kertas yang mengandungi 10 ayat Al-Quran daripada surah terpilih yang jarang di baca (Yassin, Al-Mulk, Waqiah, yang ni sah2 tak ditanya) untuk di hafaz. Rasanya dalam masa 1 jam kot..

Sedang di temuduga..

Panel: Qayyum, ustazah adalah warden di sekolah, pernah satu ketika seorang student menangis-nangis telefon mak dia bagitahu ada kawan pakai shampoo dia, mak dia pun call la ustazah mengadu. Agak-agak Qayyum akan bertindak macam tu jugak ke? Soalan psyco..

Calon: Isk tak la, tak kisah la kalau ada orang nak pakai pun, berkongsi pun tak pe sebab Qayyum pernah je kongsi underwear dengan adik...hahaha budak ni, sampai hal seluar dalam pun keluar...

Suka tengok calon ni, dengan necktie + blazzer, memang sangat bersemangan attend interview. Jawapan untuk setiap soalan yang ditanya dijawab formal dan penuh yakin. Cuma tang membaca Al-Quran tu kurang lancar. Sekolah ni melaksanakan sistem perlakasanaan kurikulum, ko-kurikulum dan hafazan Al-Quran, jadinya pemilihan adalah berdasarkan kelancaran membaca Al-Quran selain result UPSR mesti 5A, sebab nanti nak menghafaz senang. Lagi pulak target sekolah, habis PMR, student dah boleh hafaz atleast 20 juzuk.

Selesai di uji kecekapan menghafaz, mereka akan diuji dengan kelancaran membaca Al-Quran, tajwid semua akan diambil kira. Lepas tu barulah ditanya soalan mengenai personaliti dan sahsiah diri. Nak tengok kepetahan dorang bercakap je.

Ini calon favorite and recommended, sebab bacaan Al-Quran dia sangat menggetar jiwa, sejuk perut mak dia mengandung. Dengan suara serak-serak basah, siap taranum lagi, lancar bacaannya. Boleh hafaz sampai 7 dari 10 ayat kalau tak silap. Memang mengagumkan..semoga dia terpilih berada di sekolah ni..amin..Cuma part loghat terengganu sangat pekat, suruh guna standard malay tak reti..hahahah sampai gitu sekali, memang anak jati Terengganu sungguh la ni. Penyertaan koko memang banyak diperingkat kebangsaan selain hafazan dan bacaan al-quran, tapi lupa nak test speaking..bonus la kalau dia fluent english jugak. Full package kata orang.

Panel: Firdaus lancar yer baca Quran, hafaz Quran pun lancar takda sekat-sekat, sebelum ni dah pernah menghafaz ke?
Firdaus: Tak pernah hafaz cuma biasa pergi pertandingan tilawah BACKUP sekolah...

Kami kat depan dia tergelak, kononya perli kat ustaz sebelah, fuih siap backup ustaz kat sekolah tu, hebatla firdaus, dah tu ustaz firdaus pergi mana yang tak dapat pergi tilawah?hihihih


Muhammad firdaus

Panel: Kalau la firdaus dapat offer dari Imtiaz dan MRSM, mana satu yang firdaus akan pilih?
Calon: Saya pilih sekolah ni, lagi pun saya tak pergi pun Interview MRSM...


Calon ni nama tak ingat tapi sangat fluent english, eden test dia, hmm please tell us about yourself in 1 minute. Dia cakap macam kena kejar harimau, laju mak aih..perkataan dia guna pun bukan yang basic-basic..bonus to her la..cumanya bab hafazan and bacaan Quran kureng sikit..


Siap temuduga, dorang akan berada di ruang menunggu untuk mengambil ujian bertulis, soalan objektif 50 soalan, subjektif pun ada. Antara soalan adalah menukar teks jawi kepada rumi dan juga menulis perkataan jawi daripada perkataan rumi yang diberikan. Soalan objektif tu merangkumi math, english, malay dan sedikit mengenai hal sekolah seperti "Bilakah waktu pembelajaran pelajar di Imtiaz?" Ha siapa yang rajin google bonus la boleh jawab..

Jawab elok-eloknya, semoga berjaya...

So selesai setengah hari bersama adik-adik comel...Calon yang dijangka hadir 600 orang, tapi hadirnya 382 orang je, jadi tak banyak saingan tahun ni. Calon from sarawak/sabah dekat kaunter den takda, tak tahula kaunter lain kot-kot ada. Hmm tahun ni akan ada 4 kelas tingkatan 1, jadinya mungkin dalam 100 orang yang akan diterima. Kepada ibu bapa yang nakkkkkkkkkkkkk sangat anak dia jadi hafiz/hafizah, selain akademik cemerlang, boleh la cuba untuk mohon bersekolah di sini, kepada calon yang sedang menunggu keputusan tu, banyakkan berdoa moga takdir memihak pada kamu..amin

3 comments:

  1. This excellent website truly has all the info I wanted
    about this subject and didn't know who to ask.
    Feel free to surf my web site : jual suplemen

    ReplyDelete
  2. esok ada interview imtiaz..... skang dh 2017... hhuhuhu. tpi tkpe mane tau bace blog blog org ni dpt thu sdikit sbanyak tntg interview kt imtiaz yt ...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum cikgu. Nak tanya untuk kemasukan form 1 tahun 2023, ada kuota untuk bukan rakyat terengganu tak

    ReplyDelete