Categories

Thursday 13 June 2013

Expedisi mencandat sotong 1

Salam semua....

Hmm entry ni sebenarnya yang sebulan lepas punya, tapi baru hari ni rasa nak sharing...kali ini kisah candat sotong..Siapa yang pernah ada pengalaman mencandat sotong ni? Biasa aktiviti ni memang popular di Pantai Timur..Lokasi pilihan kebiasaannya Terengganu..

Nak dijadikan cerita, ex-officemate my hubby mintak dia handle trip tu..Dah dia je from Terengganu, so dia la kena jadi kepala. Kebetulan ex-office mate kami kat JKM Marang memang ada kaki untuk urusan candat-mencandat ni..Satu kepala charge RM70...Pergi 10 orang tak termasuk tukang masak and driver boat. For my hubby, ni first time dia la ke laut untuk mencandat. I siap bekalkan dia dengan kek and sedikit mangga muda+colek untuk hilangkan mabuk..konon...hahahah..padahal kalau dah mabuk memang tak leh makan, pasti muntah la..

Dorang gerak pukul 5.30pm, kiranya berjumpa di LKIM, Chendering lepas asar. Makan malam adalah lauk sardin yer, budget murah...lain boat lain menu yer..Tandas pasti ada, sebab ni boat pelancong, bukan boat tangkap ikan tu. Bilik tidur of course takda la, ni bukan nak pergi tidur, nak pergi cari REZEKI yer..



Pagi tu i buat kek gula hangus untuk bekal my hubby and the gang. Dera dia sekejap..hihihi..takla mana boleh dera my soul mate ni, cuma minta tolong je sebab masa tu i pun tengah masak benda lain jugak..

Kebiasaannya kalau pergi mencadat ni, pukul 10.00 am sampaila di darat semula. Hari tu my hubby trip kul 12.00pm baru sampai, Request dari gang from KL tu nak stop memancing sekejap. Dapat la haruan tasik 2 ekor. My hubby xdapat pape pun..takda rezeki la tu..

Hasil tangkapan sotong hari tu sangatla tidak memberansangkan. Kenapa???? Daripada 10 orang yang pergi tu, hanya 4 orang je yang berjaya mengharungi onak dan duri di laut tu..maksud i tak mabuk sangat and boleh mencandat. Yang lain tewas di awal masa pertama...semua ketiduran and duk bergilir muntahhhhhhhhhhhhh aje..Kiranyanya pengalaman mencandat takda la, pengalaman mabuk ada...kikikiki... My hubby alhamdulillah okay, cuma pening lalat je la..My hubby dapat la 7 ekor sotong..oklah daripada balik tangan kosong. Nasib baik i tak suruh dia bawak tong gabus nak letak ais tu..hahahha..


 Untuk lunch i masak sotong tumis belacan..Bestla sotong besar + segar. Kalau kat pasar mana nak jumpa sotong keras gini..

Untuk minum petang pulak i buat sotong celup tepung..Isk kalau kat kedai sepinggan gini tak tahu la berapa puluh hengget ni..Kenduri sotong la kami hari tu..



 Merah lagi mata 'nelayan' sotong ni, mencandat la sangat yer..
 
 Makan pun mamai lagi, mabuk tak hilang sepenuhnya lagi..Nak dijadikan cerita, hari isnin dia balik Kelantan, hari rabu dia balik Terengganu balik sebab demam teruk..Kejutan budaya agaknya lepas pergi mencandat.. Tapi takpe la, pengalaman mahal tu takleh dibeli di pasar-pasar berdekatan k..

2 comments:

  1. hahah teruknya mata.. kat tengah laut tak mabuk pun naik darat baru mabuk.. mabuk darat hulu

    ReplyDelete
  2. eleh..abg tu mengada2 je lebey..

    ReplyDelete