Sunday 16 August 2015

Sagupal vs Asam gupal

Actually kejadian ni dah lama berlaku..tapi walaupun dah lama tetap gak nak buat entry untuk kenang-kenangan daku di waktu sunyi nanti..ewah..ewah..nanti akan baaaaaaanyak lagi entry macamni tau. Almaklumla, blog ni menyepi selama 2 tahun, so macam-macam kejadian dah berlaku selama 2 tahun tu, and gambarnya tersimpan elok dalam SD card S2 ni. Nasib S2 tak buat hal, maka selamat la semua gambar-gambar yang ada tu.

Di Terengganu makanan ni agak famous la, tapi tang nama ada yang panggil sangupal, sagu kepal and asam gupal. Isinya adalah sagu, kuahnya adalah santan dan inti sagu tu boleh taruk kacang hijau or kacang dhal.  Ikut suka tekak masing-masing. Kalau sagu tu dimasak elok, makan pun best, chewy.  Tapi kalau tak pandai masak sagu, liatnya sagu tu sampai lenguh gusi nak kunyah. Ada orang buat kecik cinonet muat 1 mulut, ada orang nak cepat siap buat besar gedabak kena 2x suap.  N for th first time i rasa nak buat sendiri, so berlaku la peristiwa itu dengan keizinanNya.


Sagu tu i beli kat mydin, tak ingat banyak mana. Letak air panas untuk aktiviti menggentel sagu, kalau tak buh air panas tak boleh nak gentel bebulat. Semua ni kena buat cepat, kalau lambat sagu ni akan mengeras and lagi susah nak gentel. Size ikut suka tekak, and jangan lupa taruk inti sekali. Inti tu dah gentel bebulat siap-siap ye. Kalau tak lambat kerja menggentel. Mesti gentel bagi tutup inti tu dengan biji sagu betul-betul, kalau tak nanti bila kukus terburai inti, dah tak best nak makan takda inti.  Kalau sagu tu mengeras, boleh tambah air panas, agak-agak boleh gentel je ye.


Ni yang separa kukus, tak habis lagi proses kukusnya, tapi gatal tangan nak snap pic. I guna kukusan tupperware yer..hihihihi..saje nak bagitahu. Berapa lama kukus tak tahu, I kukus sampai nampak dah takda putih-putih mata biji sagu tu. Ada orang rebus, ada orang kukus, I pilih cara kukus sebab I tak nak ambil risiko sagu ni pecah terburai isi perut inti kacang tu.  Lupa nak kabo, inti ni I buat pakai kacang dhal, saje nak ubah selera.


Zoom sikit...


Zoom lagi sikit..hihihi..Nampak tak kuning-kuning tu, itu inti kacang dhal yang telah dimasak elok and dah dilenyek lumat.


Alhamdulillah, sedia untuk dimakan. Kuahnya kita guna santan, isi nangka yang dicarik-carik (optional), halba, gula, garam and tepung jagung untuk memekatkan kuah. Bulan puasa lagi famous kuih ni.

Date: 21/03/2014

3 comments:

muna mahdzar-fadaaq said...

as salam,
very interesting. rasanya kakMuna belum pernah jumpa lagi kueh ni. Nak kena try buat... thanks for sharing
xoxo

secretGarden said...

wasalam..best kueh ni kak muna..try it urself :)..bagi omputeh kat scotland rasa..

naldogago said...

What is a good casino? (Top 5) - CasinosSites.One
Find out which games are popular amongst the casinos for your 해외 토토 배당 game 하이 포커 play. You'll discover bet analysis the top slots, roulette 슬롯 가입 쿠폰 and blackjack 피나클 titles that

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers