Showing posts with label sewingProject. Show all posts
Showing posts with label sewingProject. Show all posts

Tuesday, 18 August 2015

Sarung bantal bayi


Next sewing project untuk anakanda adalah sarung bantal. I buat 2 biji bolster, 2 biji bantal kecik untuk kepala and 2 biji bantal size besar sikit dari bantal kepala untuk letak tangan time menyusu..Kononla..sebab time tu tak tahu lagi camna kemenjadiannya.. Maklumla anak first..Last2 bantal yang besar sikit tu apaknya kebas wat lapik kepala dia...heh








Kain bahagian atas I beli fabric Japanese cotton, and yang merah tu cotton biasa. Jappanese cotton tu dalam RM17.80/meter.  Isian bantal tu semua I beli kekabu asli RM11/kg, bukan kekabu polyester yer.  I beli 10kg untuk isi semua bantal and tilam kekabu size besar, bukan NB, kononnya nak pakai lama, and kononnya jugak nak bagi ruang apaknya baring sebelah anaknya atas tilam tu jugak. Baki kekabu tu, my mom buat bantal baru untuk ganti mana-mana bantal yang dah berkulat kat rumah tu.


Gigih jahit semua ni sebelum makin tak larat nak menunduk untuk proses ukur, gunting, tanda and semuanya la untuk dapatkan hasil yang memuaskan hatiku..hihihih..Lepas solat subuh ada masa 1 jam sebelum nak ke sekolah, sambung jahit mana yang tak siap.  Ukuran bantal and bolster tu I tanya Mr. Google, sebab kat rumah ni takda bantal bayi untuk di buat contoh.  Sekarang semuanya dah tersimpan rapi dalam almari, sebab anakanda taknak tidur dalam baby cot dah, nak tidur dengan makpaknya sesama atas katil.  InsyaAllah next baby tak perlu buat dah, pakai je yang ni.

Date: 05/02/2015

Monday, 17 August 2015

Barut bayi



Barut ni I jahit sendiri tau..just for my little daughter. Sibuk ke, susah ke, penat ke, tetap I nak jahit sendiri untuk dia. Alhamdulillah Allah izinkan niat I tu terlaksana. Masa jahit ni pregnancy dah masuk 7 bulan, so dah start jahit sikit-skit barang keperluan anakanda. Nak start awal pun bimbang jugak, takut jadi pape, sebab ni pregnancy ke-3 dah. Barut bayi ni adalah projek pertama untuk menyambut orang baru, lepas dah siap barut mula la berkembang kepada sarung tilam, bantal, comforter, blanket, nursing cover, tilam alas plastik and many more. I akan share one by one yer.




Ni size new born, I buat dua size, lepas habis pantang bulan ke-4, I start jahit size besar sikit, belang hijau, sebab yang new born ni dah tak padan. Anakanda I pakai barut sampai usia 9 bulan tau..hihihi. Nampak tak tali tu agak panjang, masa ni tak reti lagi nak budget panjang tali, dah siap sehelai tunjuk kat mak, mak kata tak lulus sebab tali panjang sangat. Total size NB I buat 10 helai, size L pun i buat 10 jugak. Betul-betul kaya dengan barut.

Date: 18/01/2014

Wednesday, 14 August 2013

Langsir raya heeeh

Salam semua...SELAMAT HARI RAYA!! Mood raya dah makin berkurang..al maklumla sebab hari ni dah start kerja. Bestnya kalau dapat cuti 2 minggu for raya...Puasa Syawal? Ada yang dah start puasa ke? Pape pun kepada yang belum qada puasa ramadhan tu, jom la kita pakat puasa cepat2 supaya dapat kejar puasa Syawal pulak.

This time I nak 'qada' balik entry2 yang masih belum ter'coret' kat sini, bila tengok balik gambar2 dalam S2 tu, rupanya banyak entry yang pending...waaaaaaaaaa..Kena kuat semangat untuk hapdet semuanya by TODAY!!!

We start with our new curtain for raya. Since warna sarung kusyen tu HIJAU + CREAM, so we decided untuk cari langsir yang color hijau+cream jugak. Semuanya I pulun jahit during Ramdhan. Balik sekolah menjahit balik terawih menjahit. Alhamdulillah Allah masih beri waktu untuk I ber'tadarus' di sekolah bila ada masa terluang. Kalau tak memang takda masa ler..hal ukhrawi kena buat jugak, bukan hal duniawi je semata.

 Picture taken a few days before raya..
..

Tetiba terpadang alas meja bulat tu takda warna hijau or cream..Isk...tak boleh jadi ni..kena pergi town cari kain buat yang baru...My mum cakap 'ala takpe la tak kisah pun'.. Tapi I selaku Tailor yang tak bertauliah ni tetap rasa sakit mata + tak puas hati. My only sister lagi la komennnn memanjang nanti bila tengok warna alas meja tu sangat kontra dengan langsir and kusyen. Esoknya I bawak mak adik2 terawih dekat Masjid Chabang Tiga, kiranya masjid yang paling berhampiran dengan town. If not bila sampai je kedai mungkin dah tutup. Siang I kerja takda masa nak pergi, tambah pulak jammmmmm memanjang.


Sehari sebelum raya I managed untuk siapkan alas meja bulat tu. Lupa nak snap alas meja tu elok-elok, tapi I terjumpa gambar ni dalam S2..Later I publish yang lain kay :). Lepas siap alas tu bila I pandang sudut ruang tamu yang penuh dengan hasil tangan I sendiri, I rasa sangat puas hati. Biarla tak secantik mana pun, but to me sangat cantik..heeeeeeee

My mum bagitahu ada la a few person tanya jahit sendiri ke? Mungkin dia nampak kain alas meja sama patern dengan langsir, if nak cari kat kedai nan ado la, otherwise jahit sendiri..

Hmm gambar untuk entry ni sangat la kelam right? Sebenarnya due to S2 tu dah low battery, tu pasal la jadi gitu. Gambar ni adik I snap malam raya, kononya nak bergambar di malam raya with baju raya. Tema tahun ni OREN, korang warna apa?

Monday, 29 July 2013

Sarung kusyen

Salam semua...

Next project selepas alas peti sejuk adalah sarung kusyen. Sebenarnya I tak pernah jahit sarung kusyen..Eh, bohong! pernah la..long time ago..itu pun selepas mak paksa suruh continue jahit sarung kusyen yang dia sedang jahit sebab dia tak sempat banyak kerja lain nak kena buat. Tak silap I sarung tu pakai satu zip je..Bila nak pasang kena lipat dua kusyen tu baru boleh masuk.

Aktiviti ni berjalan time bulan puasa. Kiranya I balik sekolah, lepas solat Asar start la menjahit. Urusan dapur memang serah pada mak 100%. Kalau tak buat camtu memang tak siap. Malam pergi terawih, siang kerja, hari minggu pulak pergi rumah mertua, so terpaksa pulun lepas balik kerja. Total 14 helai yer..

Mula-mula nak jahit tu mahu 3 jam baru siap sehelai. Lepas ukur termenung, pastu ukur lagi, pastu termenung, tapi alhamdulillah berkat usaha yang optimum, alhamdulillah akhirnya siap jugak 14 helai..This time I jahit 1 helai sarung I letak 2 zip..senang nak masukkan kusyen nanti. Tak perlu nak lipat/kelepet kusyen tu, baru la kusyen tak patah..

Zip tu I beli yang 18" (RM 0.70) dan 20" (RM0.80)..zip 20" guna untuk side tepi yang panjang, lebar pendek je. Kusyen zaman sekarang sama besar, ini kusyen zaman dolu-dolu..hihihi...Kain pula guna yang ayah beli long time ago time dia visit Johor dengan kawan-kawan. Lebihan buat langsir ada banyakkkkk lagi...langsir tu pun dah lusuh warnanya..Cuba kalau langsir dan sarung kusyen kain sama...agaknya cantik tak????




Kerusi rotan ni sangat tinggi nilainya pada my parens. Mak cerita, selepas pantang lahirkan I, dia balik rumah dia tengok ada kerusi ni dekat ruang tamu. Kiranya ayah sengaja nak surprise dekat mak. Kawan ayah yang buatkan kerusi rotan ni pun cakap susah sangat nak penuhi citarasa ayah. Sangat cerewet, nak gitu nak gini..Nampak tak dekat bahagian tepi letak tangan tu kosong je, sebenarnya ada rotan halus yang dijalin, tapi usia pun da makan 30 tahun, anak-anak time kecik2 dulu ganas, maka tercabutla ia..yang lain masih utuh sebab tak kuat nak cabut..hahhahah

Sekarang ni tengah siapkan langsir pulak, pastu cadar raya mak..waaaa banyak lagi pending ni...

Monday, 22 July 2013

Alas Peti Sejuk - Part II

Salam semua..waa almost a month tak update blog..malas+malas+malas..mungkin itu je kot alasan yang sesuai..Tapi takpe, kita warm up balik, gali balik semangat yang hilang nak meng'hapdet' ni..

Entry kali ni nak mulakan dengan produk yang terhasil dari aktiviti menjahitku...muahahaa...Lasti time dah tunjuk separuh dari hasil kerja projek alas peti sejuk..at last siap jugak..Amik masa juga nak buat sebab banyak sangat halangan nak boleh jadi siap cun ni...hihihi...maybe to you biasa je, but to me since ini adalah my handcrafted, of courseeeee la cantik...



Poket alas ni I bahagikan dengan tiga bahagian, sebelah kiri pun sama jugak. Ada orang dia buat besar gitu je, tak divide pun...So sesuka hati mana yang disukai, kita yang buat so biar kite yang decide design lagu mana..


Siap je alas ni my mum tanya sambil tersengih-sengih :-

Mak:  Alas ni jahit nak bawak pergi Pasir Mas ke?
I      :  Tak la, nak letak kat rumah ni la..yang rumah sana kita buat kain lain (tak tahu ler bila boleh siapnya)

Lagi lebar senyumnya bila I jawab jahit untuk peti kat rumah dia...

Friday, 14 June 2013

Alas peti sejuk

Salam semuaaaaaaaaa....

Seronok ni nak mulakan entry ni...hikhikhik...
Nak tau kenapa???Jeng..jeng..jeng..aktiviti menjahit la apa lagi..

Satu lagi projek menjahit telah dilancarkan sepenuhnya sejak minggu lepas, dan sampai hari ni masih belum siap lagi..hehehe..Tapi takpe nak sharing jugak walaupun separuh je siap..excited weii bila ada hobby baru ni..tak siap bukan sebab malas, tapi bahan tak cukup. Bila keluar ke town lupa nak singgah kedai..




Kain ni adalah lebihan daripada kain buat langsir rumah. Cari span nipis kat kedai, zup zap zup zap jadila rupa ini...kononnya nak letak di rumah kat Kelantan, tapi cancel la, pasang kat rumah mak la. Yang di sana kita buat kain lain yer Incik Suami...

Tinggal nak buat lace tepi dan letak poket je lagi..pastu siap ler..Untuk pemegang pintu tak perlu buat sebab peti ais zaman sekarang nan adoo pemegang pintu dah..

Tengok secara kasar garisan blok tu takla nampak herot, tapi kalau di amati garisan tu sangatlah bengkang-bengkok. I dah cuba untuk luruskan, jahit pun perlahan-lahan je konon berhati-hati, tapi membelok jugak..hahahhah..

PRACTICE MAKES PERFECT!!!

Wednesday, 12 June 2013

My first home made baju kurung

Salam uolllllsss....

Lama sangat tak hapdet blog yer...it's okay ..bukan ada bos pun yang nak pantau..kalau tak hapdet potong gaji mahunya setiap hari ada 5-6 entry...

This time saya nak sharing dengan semua yang pernah singgah kat sini, dengan penuh rasa syukur alhamdulillah bahawa saya sekarang dah 'pandai' jahit bahu kurung...so lepas ni tak perlu la susah2 pergi upah kat tailor..dahla upah jahit lagi mahal dari kain..contohla kain sepasang RM25, tapi upah sekarang RM30 ke atas dah..kalau letak paiping naik lagi..

Actually longgggggggggg time ago pernah la belajar dengan arwah mok tua  (nenek)...Time tu berusia 13 tahun..and the age of 13 yo saya dah hasilkan my own baju sekolah..Lepas tu bila duduk asrama, ke matrik, masuk u, terus tinggalkan semuanya..Ni bila dah nak akhir abad baru la realize yang aku mesti recall balik teknik menjahit baju kurung AT LEAST..:)

Am so glad sebab my MIL pun boleh menjahit...So cedok la sedikit2 ilmu menjahit dari dia. Ajak my hubby cari kain kat Desa Murni, yang murah-murah untuk tujuan belajar. Tak silap sepasang RM12.90..Unfortunately, semua kain yang ada tu kebanyakkannya kain 'berkaki'..Waaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat mencabar nak memotong kain ituuuuuuuu...untuk beginner like me la...Tapi takpa, kita bersusah-susah dahulu, later baru bersenang-senang.. tak gitu???

It's okay, LET'S TRY!
It tooks almost 3 hours hanya untuk fasa memotong!!!!! hahahhaha..yela..nak design bunga tu supaya center dengan bahagian badan baju, dengan lengan baju, pesak and so forth...bukan senang cik kak oiiiiii...kalau pakar tu zup zap zup zap dah siap 5 pasang dalam masa 1 jam..

Alhamdulillah i manage untuk siapkan proses memotong tu biarpun lambat..Kain tu pun tak rosak, bak kata orang takda la membazir sebab salah potong ke apa..Hantar pergi kelim tepi dulu kat rumah jiran..siap je kelim malam tu terus jahit...amik masa 2 hari sebab malam je ada masa, siang kan i keja uolllsssss..lagi satu mesin jahit tu tak sihat mana, yang my mum punya zaman tok kaduk dulu. Bila nak jahit pinggang, part tebal sikit terus la benang tu ber'bolot'..hahahhaha...cukup mencabar kesabaranku..By the way, my mum dah panggil 'doctor' untuk ubatkan last week...so sekarang dah makin sihat...

Bila dah siap tu hari-hari i telek baju tu. Tak sangka kan boleh jahit baju kurung....sukaaaaaaaaaaaaaaaa sangat...rasa nak buat announcement kat youtube..pfffftttt padahal apa la sangat setakat baju kurung...kalau kurung peplum tu lain la...tapi for me sangat bermakna la sebenarnya...dahhh no more talking, picture time plak..layanzzzzzzzzz

 My first baju kurung ni aku hadiahkan khas untuk ibuku tersayang...




Time peragakan baju ni, kain tak siap lagi sebenarnya. Nampak tak lengan pun tak sembat lagi tu..bukan setakat lengan, leher pun berbulu lagi...hihihih...Al maklumla tak sabar nak tengok jadi ke tak..itu yang suruh pakai tak menyempat-nyempat..hihihi

Tunjuk dekat ofismate my new hobby ni, terus dia nak upah jahit baju dia...owh nooooooooooooooo..i tak nak rosakkan kain orang yang mahal2 tu...Biar i jahit until 100 pasang dulu baru leh ambil upah...sekian, terima kasih :)
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers