Saturday, 16 June 2012

Masak-masak Hari Minggu


tadi pagi incik suami ajak pergi Pasar Tani
kami beli sotong, ayam, sayuran, mee kuning, mangga muda dan tempe (lama da tak makan ...teringin plak)
sampai umah mertua
tengok MIL terbaring and nampak sangat lemah
tahu dia xsihat tapi xsangka plak teruk macam tu hari ni
ingat nak masak lunch sama-sama..:(
jadi bekerjasama dengan incik suami jela..(terima kasih abang)
kami masak sotong gulai lemak, sambal goreng tempe + ikan bilis dan sayur goreng kacang buncis
makan bersama adik2 ipar + incik suami
sambal tempe sangat sedap
tak puas makan :)
MIL tak nak makan sebab pahit mulut katanya
ajak pegi klinik dia tak nak
takut kena admitted la
risaukan adik2 nak pegi sekolah kalau dia takda la
lumrah seorang ibu
anak2 mesti tajuk utama dalam hidup
diri sendiri belakang kira

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Rasulullah saw bersabda:

Rasulullah SAW ada ada menyatakan kedudukan mentua melalui sabda Baginda  yang bermaksud "Ibu mentua kedudukannya adalah sebagai ibu"

 
Taraf dan penghormatan kita terhadap  mentua sama seperti ibu bapa kita sendiri dan doa mereka juga sangat dimakbulkan.


Sotong gulai lemak

Bahan-bahan:
  • 1/2 kg sotong (dibersih dan dipotong dua)
  • Semangkuk santan pekat
  • 4 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 2 biji bawang putih (ditumbuk)
  • 2 hiris halia (ditumbuk)
  • 2 hiris lengkuas (ditumbuk)
  • 2 hiris kunyit hidup (ditumbuk)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 3 sudu besar air asam jawa
  • 5 tangkai cili padi (ditumbuk)
  • Sedikit perasa
Cara-cara:
  • Panaskan santan, serai dan sedikit garam di dalam periuk dengan disertakan semua bahan tumbuk.
  • Kacau sentiasa supaya santan tersebut tidak berketul-ketul (psstt: nanti tak cantik :) ).
  • Setelah 2 kali menggelegak, masukkan sotong bersama air asam jawa.
  • Pastikan sotong tidak dimasak terlalu lama, kalau tak dagingnya akan cepat liat.
  • Seandainya warna gulai kurang kekuningan, boleh tambahkan sedikit serbuk kunyit.

Sambal Tempe

Bahan-bahan:
  • 1 paket tempe (dipotong kecil)
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2 cawan ikan bilis (digoreng)
  • 1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
  • 1 biji ubi kentang (dipotong dadu dan digoreng)
  • 3 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 2 biji bawang putih (ditumbuk)
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 1 sudu besar cili kisar
  • Sedikit air
  • Sedikit perasa
Cara-cara:
  • Gaul rata serbuk kunyit, garam dan tempe. Biarkan seketika kemudian gorengkan.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Kemudian tambahkan cili kisar dan goreng lagi sehingga garing.
  • Kemudian masukkan air asam jawa, gula dan biarkan seketika.
  • Setelah sebati masukkan tempe, ikan bilis, kacang tanah, ubi kentang dan kacau rata. Rasa terlebih dahulu sebelum masukkan garam kerana mungkin ikan bilis sudah memberi rasa masin kepada hidangan tersebut.
Selamat Mencuba!!

Saturday, 2 June 2012

Sotong tumis belacan

sila abaikan warna kuali..
(tanda kuali ni da banyak berjasa kepada kami sekeluarga..:p)

hmm first time masak sotong tumis belacan
tak tahu la orang lain panggil apa
biasa mak saya ajar buat telur (telur rebus) tumis belacan je
tapi semalam saya ubah pakai sotong
my sis suka
nak balik USM semalam dia tapau sikit
saya akan rasa kenyang sebenarnya
bila tengok family makan masakan saya
biarpun plating memang hancussss :(
tapi alhamdulillah takda lagi yang muntah hijau bila makan..:p
lagi tambah2 kenyang bila layan suami makan
dan tengok dia tak pernah tak berselera makan

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Bahan-bahan 

  • ½ kg sotong
  • 1½ cm halia - dikisar
  • 1 cm kunyit hidup - dikisar
  • 1 cm lengkuas - dikisar                  
  • 2 biji bawang besar - dikisar        
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 cm belacan - dikisar
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu makan minyak
  • 1 batang serai – diketuk
  • 2 biji bawang merah - dimayang
  • 2 keping asam gelugor
  • 5 biji cili panjang
  • 1 mangkuk kecil santan
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
  • Panaskan minyak dalam kuali.
  • Masukkan bahan kisar dan tumis hingga harum.
  • Tambah cili kisar dan tumis lagi hingga garing dengan api kecil.
  • Masukkan santan, serai, asam gelugor dan dan kacau rata sehingga terbit minyak serta nampak pekat. Tidak perlu masukkan air kerana air sotong dah sedia ada. Kacau selalu.
  • Masukkan sotong, bawang merah, cili panjang dan rasakan dengan perasa.
  • Sedia untuk dihidang.
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers