Friday, 4 September 2015

Jom kita me'roti'

Ni kiranya my first time buat roti, kononnya esok my birthday (peristiwa 11.04.2014) so untuk cari sesuatu yang special untuk gumbirakan hati ini, I pilih untuk cuba buat roti paung berinti sekaya telur. Oleh kerana first time buat, seandainya ada expert roti yang view the pictures mesti akan nampak banyak mistake dari adunan sampai la dah siap bakar.  So kepada sesiapa yang sudi menegur dengan niat untuk membantu I lebih pandai me'roti', please leave a comment.


Adunan yang siap di uli ni I rest supaya jadi double size untuk proses seterusnya.  Resepi macam biasa dari Che Mat Gebu.


Penuh semangkuk bila direhatkan selama lebih kurang 30minit.


Seterusnya proses membentuk adunan doh kepada apa jua bentuk yang disukai.  Perlu rehat sampai double size sebelum proses bakar.  Untuk beginner macam I, korang boleh nampak cara I bulatkan doh tak cantik, permukaan tak smooth, doh pun macam terlebih rehat or mungkin terlebih yis.  Expert please comment ye.



Bila dah jadi double size macam ni, boleh la teruskan dengan proses membakar dalam 15-20min suhu 170C. Pesen I, kalau nampak kat bahagian permukaan atas roti tu dah perang, I keluarkan je, sebab taknak garing sangat, nak sedang-sedang je.


Ni la hasilnya sebelum disapu dengan planta permukaan atas roti tu.  Tak cantik kulit roti tu kan??? Tak smooth macam kat kedai tu..menggerutu je...




Bila dah kena sapuan mentega, baru la nampak real bread..if not???


Bila dirobek sebiji roti tu, as u can see, takla seteruk mana pun.  Teksturnya lembut, serat boleh dikira halus juga and paling penting moist!!!

Akhirnya tercapat juga hasrat untuk buat roti, bukannya sekadar angan mat jenin yer.

Date: 11.04.2014

Thursday, 3 September 2015

Paru goreng berlada


Paru goreng berlada ni my favorite.  Tapi for my mum dia tak suka masak cara ni, dia suka masak paru tu tanpa goreng dahulu, kiranya campak semua sampai masak.  Menu ni best makan dengan nasi panas-panas, takda side dishes lain pun takpe,  ratah pun lagi best sebab tak hanyir macam kalau kita buat cara my mum tadi.

Biasa I akan rebus dulu bersama sedikit garam, then baru potong nipis-nipis, kalau before rebus nak potong nipis alamak menangis la, sebab paru ni kan bersifat elastik, kalau potong kasar tak pe.  Siap potong gorengla sampai garing, sambil tu boleh teruskan dengan masak sambal berlado tu.  Dah settle goreng masuk je terus dalam kuali sambal, settle and siap untuk 'NGAP'.

Date: 24.07.2014

Tuesday, 18 August 2015

Sarung bantal bayi


Next sewing project untuk anakanda adalah sarung bantal. I buat 2 biji bolster, 2 biji bantal kecik untuk kepala and 2 biji bantal size besar sikit dari bantal kepala untuk letak tangan time menyusu..Kononla..sebab time tu tak tahu lagi camna kemenjadiannya.. Maklumla anak first..Last2 bantal yang besar sikit tu apaknya kebas wat lapik kepala dia...heh








Kain bahagian atas I beli fabric Japanese cotton, and yang merah tu cotton biasa. Jappanese cotton tu dalam RM17.80/meter.  Isian bantal tu semua I beli kekabu asli RM11/kg, bukan kekabu polyester yer.  I beli 10kg untuk isi semua bantal and tilam kekabu size besar, bukan NB, kononnya nak pakai lama, and kononnya jugak nak bagi ruang apaknya baring sebelah anaknya atas tilam tu jugak. Baki kekabu tu, my mom buat bantal baru untuk ganti mana-mana bantal yang dah berkulat kat rumah tu.


Gigih jahit semua ni sebelum makin tak larat nak menunduk untuk proses ukur, gunting, tanda and semuanya la untuk dapatkan hasil yang memuaskan hatiku..hihihih..Lepas solat subuh ada masa 1 jam sebelum nak ke sekolah, sambung jahit mana yang tak siap.  Ukuran bantal and bolster tu I tanya Mr. Google, sebab kat rumah ni takda bantal bayi untuk di buat contoh.  Sekarang semuanya dah tersimpan rapi dalam almari, sebab anakanda taknak tidur dalam baby cot dah, nak tidur dengan makpaknya sesama atas katil.  InsyaAllah next baby tak perlu buat dah, pakai je yang ni.

Date: 05/02/2015

Monday, 17 August 2015

Barut bayi



Barut ni I jahit sendiri tau..just for my little daughter. Sibuk ke, susah ke, penat ke, tetap I nak jahit sendiri untuk dia. Alhamdulillah Allah izinkan niat I tu terlaksana. Masa jahit ni pregnancy dah masuk 7 bulan, so dah start jahit sikit-skit barang keperluan anakanda. Nak start awal pun bimbang jugak, takut jadi pape, sebab ni pregnancy ke-3 dah. Barut bayi ni adalah projek pertama untuk menyambut orang baru, lepas dah siap barut mula la berkembang kepada sarung tilam, bantal, comforter, blanket, nursing cover, tilam alas plastik and many more. I akan share one by one yer.




Ni size new born, I buat dua size, lepas habis pantang bulan ke-4, I start jahit size besar sikit, belang hijau, sebab yang new born ni dah tak padan. Anakanda I pakai barut sampai usia 9 bulan tau..hihihi. Nampak tak tali tu agak panjang, masa ni tak reti lagi nak budget panjang tali, dah siap sehelai tunjuk kat mak, mak kata tak lulus sebab tali panjang sangat. Total size NB I buat 10 helai, size L pun i buat 10 jugak. Betul-betul kaya dengan barut.

Date: 18/01/2014

Sunday, 16 August 2015

Sagupal vs Asam gupal

Actually kejadian ni dah lama berlaku..tapi walaupun dah lama tetap gak nak buat entry untuk kenang-kenangan daku di waktu sunyi nanti..ewah..ewah..nanti akan baaaaaaanyak lagi entry macamni tau. Almaklumla, blog ni menyepi selama 2 tahun, so macam-macam kejadian dah berlaku selama 2 tahun tu, and gambarnya tersimpan elok dalam SD card S2 ni. Nasib S2 tak buat hal, maka selamat la semua gambar-gambar yang ada tu.

Di Terengganu makanan ni agak famous la, tapi tang nama ada yang panggil sangupal, sagu kepal and asam gupal. Isinya adalah sagu, kuahnya adalah santan dan inti sagu tu boleh taruk kacang hijau or kacang dhal.  Ikut suka tekak masing-masing. Kalau sagu tu dimasak elok, makan pun best, chewy.  Tapi kalau tak pandai masak sagu, liatnya sagu tu sampai lenguh gusi nak kunyah. Ada orang buat kecik cinonet muat 1 mulut, ada orang nak cepat siap buat besar gedabak kena 2x suap.  N for th first time i rasa nak buat sendiri, so berlaku la peristiwa itu dengan keizinanNya.


Sagu tu i beli kat mydin, tak ingat banyak mana. Letak air panas untuk aktiviti menggentel sagu, kalau tak buh air panas tak boleh nak gentel bebulat. Semua ni kena buat cepat, kalau lambat sagu ni akan mengeras and lagi susah nak gentel. Size ikut suka tekak, and jangan lupa taruk inti sekali. Inti tu dah gentel bebulat siap-siap ye. Kalau tak lambat kerja menggentel. Mesti gentel bagi tutup inti tu dengan biji sagu betul-betul, kalau tak nanti bila kukus terburai inti, dah tak best nak makan takda inti.  Kalau sagu tu mengeras, boleh tambah air panas, agak-agak boleh gentel je ye.


Ni yang separa kukus, tak habis lagi proses kukusnya, tapi gatal tangan nak snap pic. I guna kukusan tupperware yer..hihihihi..saje nak bagitahu. Berapa lama kukus tak tahu, I kukus sampai nampak dah takda putih-putih mata biji sagu tu. Ada orang rebus, ada orang kukus, I pilih cara kukus sebab I tak nak ambil risiko sagu ni pecah terburai isi perut inti kacang tu.  Lupa nak kabo, inti ni I buat pakai kacang dhal, saje nak ubah selera.


Zoom sikit...


Zoom lagi sikit..hihihi..Nampak tak kuning-kuning tu, itu inti kacang dhal yang telah dimasak elok and dah dilenyek lumat.


Alhamdulillah, sedia untuk dimakan. Kuahnya kita guna santan, isi nangka yang dicarik-carik (optional), halba, gula, garam and tepung jagung untuk memekatkan kuah. Bulan puasa lagi famous kuih ni.

Date: 21/03/2014
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers