Baru sampai rumah dari Kelantan...Hantar Incik suami bersama barang-barang keperluan rumah. Hari khamis tu after office hour terus balik rumah, packing mana-mana barang yang belum masuk kereta and terus heading to Kelantan because my husband was transferred. Half way memang hujan je sepanjang jalan, lebih kurang pukul 8.30pm kami sampai. Mak ayah ikut sekali sebab barang banyakkkkkkkkk.. almost RM600 guna untuk beli keperluan rumah sebab rumah tu kosong sekosong kosongnya..:(. Poor him..Yang penting kat taman perumahan tu masih boleh rasa suasana kampung, and its a wonderful place compared to KL! Tenang je, jiran-jiran semua ramah tamah, pokok durian pun banyak tepi-tepi taman, biarpun tak leh amik, dapat tengok buah kat atas pokok pun jadila..
Tanah sekangkang kera depan rumah ni berangan nak tanam pokok limau kasturi and pokok naga serta pokok bunga yang renek-renek. Kat belakang dah ada serai, lengkuas dan halia. So saya nak tambah pokok kari dan jugak daun pandan. Tambahan, pokok kacang botol, daun pegaga dan terung panjang.
Siap ada laluan keretapi. Time kami sampai malam tu traffic light merah sebab keretapi nak lalu, dahla saya depan sekali, my parents pun teruja melopong sebab tak pernah tengok. hahahha. Seronokla tinggal sini rasa taknak balik, nak cutiiiiiiii lagi.
Hari jumaat tu kami pergi Rantau Panjang sebab dari rumah memang dah dekat, so apa lagi, kat cini memborong periuk belanga, sudu garfu, kuali, tilam, beberapa pasang baju and sedikit buah tangan untuk rakan ofis.
Nak balik da, tinggal yer Incik Suami, semua yang basic dah lengkap, harap dapat berhidup dengan selesa yer . Yang masih lopong-lopong tu kita tambah time by time. Jangan sepah-sepahkan rumah, mesti sentiasa bersih dan kemas. Nanti 2 weeks later syg mai visit eh. This week turn abg balik, penat la nak drive, last week Penang, this week Kelantan, taknak la tiap2 minggu drive, nanti kurus! Kaki pun dah mula sengal-sengal, tanda umur da makin lanjut..hehehe
2 comments:
pasni kena duk dengan abg kat pasir mas.. sorang2 manalah best
Insyaallah :)
Post a Comment