Sunday, 18 August 2013

Biskut 'tunjuk' for raya

Salam uolsss...

Tetiba je biskut raya, story malam raya, pagi raya, hari raya takdak laiiiii..takpe lelompat la sekejap..Entry dalam ni bukan la ada maklumat macam Portal Rasmi SPA pun...ahaksss...nak kena publish on time bagai..ye dop?? tak pasal-pasal SPA jadi mangsa...

Kalau tak silap time masih belia remaja dulu rajin la buat biskut raya tolong mak..Rasanya last time buat lepas habis SPM..Mak pun malas dah nak buat, katanya lebih jimat beli daripada buat. Biskut yang biasa kami buat bukanla yang jenis moden-moden pun, biasanya semperit, biskut kacang, biskut kelapa, kek span sebiji dua..Segala macam kerepek cari kat pasar je..

Untuk raya tahun ni my mum dah warning awal-awal supaya tak memboli biskut raya + kerepek raya + 'barang' raya banyak2 dah macam previous raya..So eden pun pilih a few je la..Lagi pun sambil tolong-tolong kawan kat sekolah yang duk meniaga biskut raya jugak.


Di antara pilihan biskut yang ada ni, I pilih Cheese Tart (RM24), Mama Carrie (RM22), Cappuchino (RM24), Suji Crystal (RM22) dan Untaian aka Pacat Ngesot (RM21)..The best biscuit and akan repeat lagi next year panjang umur is Untaian..The rest takmo dah, 'cukup-cukup sudah..cukup sampai di sini saja..lala.lala.laaaaaaa'

Tart nenas (RM18), Sarang Semut (RM15), Senyum (RM24) and kerepek ubi pedas (RM20) pulak beli dengan orang lain..
TOTAL: RM170.00

Ini la biskut Untaian yang best tu..bentuknya macam ulat bulu sedang mengesot..

Since my sis request Cornflakes Madu, so i buat la sebagai tambahan kepada biskut tunjuk. Lagi pun itu je yang paling dia suka pun.. Se lagi 'pacat ngesot' tu. I rasa baru this year biskut tu wujud..dala comel, sedap pulak tu...kadang yang mahal tak menjanjikan kesedapannya...I buat banyak sikit untuk agih dekat mertua jugak..Incik suami pun tolong gak time potong cherry and isi cornflakes dalam cup tu..Thanks to him sebab ringan tulang tolong :)

 Incik suami tolong tabur chocolate rice untuk tambah seri wajah cornflakes madu..

Setelah siap dibakar selama 3 minit...Ready to eat!!!


Oh ya, tak lupa jugak my mum request nak buat popia mini gulung. Ater takkan la I nak tengok my only bonda tu terbongkok-bongkok gulung popia cinonet tu...Seperti biasa I juga yang amik alih tugas tu. Sambal tu my mum la yang buat..I takda masa muahahahah..

 Nak dapat banyak ni pun alahai sakit leher + pinggang den..Mula-mula nak buat tu payang jugak, lagi pun tak tahu nak potong kulit popia tu lagu mana nak buat yang jenis simpul..Apa lagi, consult dengan Mr Google la...rupanya potong kulit tu senang je, tapi nak menyimpul tu amik masa sikit. Kulit tu tak leh basah sangat n kering sangat..Tapi practise makes perfect...Bila diamati, cantik jugak simpulan aku ni...ok la for beginner cam I ni..

 Semua ni 200 biji ok!! Cukup la sampai di sini sahaja simpulanku...Tak larat dah eden..Pada I simpul lagi cepat berbanding gulung..tu ada yang menyelit 'gulung' tu sebab kulit dah keras tak leh nak di simpul heh..

 Popia Simpulan Kasih nama diberi....

Since I sangat la gumbira sebab dapat menyimpul dengan jayanya..so I nak share la cara potong kulit popia supaya kat tepi-tepi simpulan tu nampak cantik..jadi macam riben gitu...

 Potong segi tiga macam dalam gambar di atas yer..Kiranya untuk sekeping kulit popia kita dapat 8 biji 'simpulan kasih'..selamat menyimpul kawan-kawan..



Thursday, 15 August 2013

Rezeki Ramadhan

Salam semua...

Entry ni sepatutnya keluar di bulan puasa, tapi I ke'bizi'an, itu la jadi lambat. Alhamdulillah sejak I pindah ke sekolah ni, rezeki makanan tu sangat la murah. Ada je Hamba Allah yang ringan tangan bersedekah. 3 hari sebelum raya kami warga sekolah yang masih stay ni dapatla beberapa juadah for Iftar termasuk Kek Raya sorang satu. Pagi tu pulak kami yang tinggal ni buat bubur lambur bersama2..Siap masak pakat agih sesama kita. Bahan masakan ditaja oleh seorang Tukang Kebun yang sangat murah hati. Time tu I tak cuti lagi, I just ambil sehari before raya and 3 hari lepas raya. Selebihnya simpan untuk honeymoon eceh..



Kek raya ni sumbangan pembekal barang mentah dewan makan asrama. Raya kedua baru potong, hahaha lupa nak keluarkan time raya pertama sebab dah terlalu banyak sangat menu atas meja.


Apam gebu ni sumbangan Penyelia Asrama aka Kak Tong.


Koleh kacang ni sumbangan PAR aka En. Mansor. Sambal kat atas kueh tu di panggil 'taik minyalk'. First time I tengok rupa 'taik minyak'.


Puding raja ni sumbangan PAR aka Cik Rafiah. First time jugak I merasa menu ni. Patutla panggil raja, bahan-bahan untuk buatnya pun mahal2..Semua letak sikit-sikit. Al maklumla raja tak makan banyak and makanan dia pun mesti yang mahal-mahal. Katanya kalau dia amik tempahan 1 bekas cinonet ni RM7.00..

I cakap kat my mum, kita asyik terima yang orang punya je, tapi kita tak pernah memberi. Mak cakap takpela, time musim buah kayu like duku and rambutan, kita ada hantar kat sekolah kan..cukupla itu kadar kita...

Wednesday, 14 August 2013

Langsir raya heeeh

Salam semua...SELAMAT HARI RAYA!! Mood raya dah makin berkurang..al maklumla sebab hari ni dah start kerja. Bestnya kalau dapat cuti 2 minggu for raya...Puasa Syawal? Ada yang dah start puasa ke? Pape pun kepada yang belum qada puasa ramadhan tu, jom la kita pakat puasa cepat2 supaya dapat kejar puasa Syawal pulak.

This time I nak 'qada' balik entry2 yang masih belum ter'coret' kat sini, bila tengok balik gambar2 dalam S2 tu, rupanya banyak entry yang pending...waaaaaaaaaa..Kena kuat semangat untuk hapdet semuanya by TODAY!!!

We start with our new curtain for raya. Since warna sarung kusyen tu HIJAU + CREAM, so we decided untuk cari langsir yang color hijau+cream jugak. Semuanya I pulun jahit during Ramdhan. Balik sekolah menjahit balik terawih menjahit. Alhamdulillah Allah masih beri waktu untuk I ber'tadarus' di sekolah bila ada masa terluang. Kalau tak memang takda masa ler..hal ukhrawi kena buat jugak, bukan hal duniawi je semata.

 Picture taken a few days before raya..
..

Tetiba terpadang alas meja bulat tu takda warna hijau or cream..Isk...tak boleh jadi ni..kena pergi town cari kain buat yang baru...My mum cakap 'ala takpe la tak kisah pun'.. Tapi I selaku Tailor yang tak bertauliah ni tetap rasa sakit mata + tak puas hati. My only sister lagi la komennnn memanjang nanti bila tengok warna alas meja tu sangat kontra dengan langsir and kusyen. Esoknya I bawak mak adik2 terawih dekat Masjid Chabang Tiga, kiranya masjid yang paling berhampiran dengan town. If not bila sampai je kedai mungkin dah tutup. Siang I kerja takda masa nak pergi, tambah pulak jammmmmm memanjang.


Sehari sebelum raya I managed untuk siapkan alas meja bulat tu. Lupa nak snap alas meja tu elok-elok, tapi I terjumpa gambar ni dalam S2..Later I publish yang lain kay :). Lepas siap alas tu bila I pandang sudut ruang tamu yang penuh dengan hasil tangan I sendiri, I rasa sangat puas hati. Biarla tak secantik mana pun, but to me sangat cantik..heeeeeeee

My mum bagitahu ada la a few person tanya jahit sendiri ke? Mungkin dia nampak kain alas meja sama patern dengan langsir, if nak cari kat kedai nan ado la, otherwise jahit sendiri..

Hmm gambar untuk entry ni sangat la kelam right? Sebenarnya due to S2 tu dah low battery, tu pasal la jadi gitu. Gambar ni adik I snap malam raya, kononya nak bergambar di malam raya with baju raya. Tema tahun ni OREN, korang warna apa?
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers