Saturday, 2 June 2012

Sotong tumis belacan

sila abaikan warna kuali..
(tanda kuali ni da banyak berjasa kepada kami sekeluarga..:p)

hmm first time masak sotong tumis belacan
tak tahu la orang lain panggil apa
biasa mak saya ajar buat telur (telur rebus) tumis belacan je
tapi semalam saya ubah pakai sotong
my sis suka
nak balik USM semalam dia tapau sikit
saya akan rasa kenyang sebenarnya
bila tengok family makan masakan saya
biarpun plating memang hancussss :(
tapi alhamdulillah takda lagi yang muntah hijau bila makan..:p
lagi tambah2 kenyang bila layan suami makan
dan tengok dia tak pernah tak berselera makan

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Bahan-bahan 

  • ½ kg sotong
  • 1½ cm halia - dikisar
  • 1 cm kunyit hidup - dikisar
  • 1 cm lengkuas - dikisar                  
  • 2 biji bawang besar - dikisar        
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 cm belacan - dikisar
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu makan minyak
  • 1 batang serai – diketuk
  • 2 biji bawang merah - dimayang
  • 2 keping asam gelugor
  • 5 biji cili panjang
  • 1 mangkuk kecil santan
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
  • Panaskan minyak dalam kuali.
  • Masukkan bahan kisar dan tumis hingga harum.
  • Tambah cili kisar dan tumis lagi hingga garing dengan api kecil.
  • Masukkan santan, serai, asam gelugor dan dan kacau rata sehingga terbit minyak serta nampak pekat. Tidak perlu masukkan air kerana air sotong dah sedia ada. Kacau selalu.
  • Masukkan sotong, bawang merah, cili panjang dan rasakan dengan perasa.
  • Sedia untuk dihidang.

6 comments:

Anonymous said...

ckp je xjd kak..bg ler resipi sambal sotong tue..huhu

Anonymous said...

alamak silap sotong tumis la....hehe

amirulyaacob said...

kuali tak penting dear yang penting sotong tu sedap

secretGarden said...

owh..insyaallah..nti sy letak..tp nk bagitahu sy masak xreti nak main sukat2 ni..main campak and sesedap rasa je..:p

amirulyaacob said...

ha dah ada org mintak resepi tu syg

secretGarden said...

haah..:)

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers