Monday, 19 November 2012

Durian kebun tokki

Petang semalam balik kerja mak cerita yang dia dengan ayah pergi kebun durian arwah tokki kat Hulu Terengganu, katanya otw nak pergi kebun tu ada perkampungan orang asli..Maksudnya jauh jugak la kebun tu. Hari khamis ni nak ajak Incik Suami pergi jugak, kebetulan buah rambutan kat rumah lama kitorang dah menguning.





Dapatla 2 guni and diagih-agihkan kepada mak saudara and tok jugak. Eden makan 2 ulas je, selebihnya konon nak buat pengat durian. Tetiba mak bawak mangkuk katanya nak lerai isi nak tempoyak sikit, eden mai teringat kawan den yang suka sangat beli tempoyak kat kantin sekolah. Terus eden wat lebih sikit kasi kat 2-3 orang staff perempuan yang ada tu. Insya Allah banyak lagi kat kebun tu, lain kali la buat pengat..

Tempoyak baru ni sedap sebab masih manis lagi, takda elemen masam langsung. Dibuat fresh terus dari buah tanpa diperam. Tapi bila dibiarkan 2-3 hari baru akan start masam.

Bahan-bahan:
  • Isi durian (dilenyek lumat)
  • 10 tangkai cili padi (bergantung kepada kesukaan)
  • Garam
Cara-cara:
  • Tumbuk cili padi beserta garam sehingga lumat.
  • Kemudian campurkan cili tersebut dengan isi tempoyak dan gaul sebati. Kalau isi tempoyak boleh muat lesung sambal, tak perlu tumbuk asing, tumbuk cili sekali dengan isi durian dan garam
  • Bila tempoyak dah mula masam 2-3 hari, boleh tambah gula untuk lebih rasa sedaaaap.. 
Selamat Mencuba!!

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers