Ayah biasala kalau mai tempat orang memang dia yang paling awal bersiap sebab semestinya malam dia takkan dapat tidur lena, campur sengal badan lagi, sambil tunggu kami siap dia akan pusing-pusing tengok kawasan.
Sampai sudahhhh di USM Penang
My dad suruh shoot gambar pokok ni, katanya pokok naga, tempat kita tak pernah jumpa..
Nampak ramai orang dekat gerai pakcik ni, kami pun serbu jugak, tapi makanan dah kering, tak jumpa cafe yang elok sikit kat mana. Belasah jela yang ni pun. Eden makan roti je, mak dengan ayah bihun goreng.
As usual hanya 2 keping invitation card diberikan kepada setiap pelajar, tapi kawan my sis bagi card dia sebab her both parents tak dapat datang. So eden boleh la masuk, kalau tak mana la ada segala gambar dalam dewan bersejarah ni.
Ayah tu bukan mengantuk, tapi silau dengan flash camera. Mak pulak al sibuk buat research nama anak dia ada kat slot mana.
Tetamu dan para graduan mengambil tempat duduk di dalam Dewan
8.30 am: Ketibaan Ahli-ahli Senat Universiti
8.35 am: Ketibaan Pengerusi & Ahli-ahli Lembaga Gabenor Universiti
8.45 am: Ketibaan Pro-Canselor, Y.Bhg. Tan Sri Dato' Dr. Jegathesan Manikavasagam
9.00 am: Bunyi trompet (Hadirin di minta berdiri)
Perarakan Utama memasuki Dewan
Lagu Negaraku
Lagu Menara Ilmu
9.05 am: Pro-Canselor mengisythiharkan pembukaan Sidang ke-5 Upacara Konvokesyen ke-46
Upacara dimulakan dengan penerima Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Gunaan)
Teringat zaman eden dulu kat UM, time nama dipanggil tu, rasa macam jalan pun seperti robot, ater nak berhadapan dengan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak, Raja ( Dr) Nazrin Shah kan, mestilah berdebar-debar. Sampaikan nak sebut Terima Kasih Tuanku pun tersebut separuh je, TUANKU tak tersebut..hahahah
Dalam pukul 1.00pm kami bergerak untuk balik ke Terengganu. This time kami pilih untuk naik ferry instead of Penang bridge. Bila lagi nak rasa naik ferry kan..
Dia (my sis) cakap macam model je dia time ni. Awesome!! Pufffftt
Gambar family takda dengan eden, ada dengan her friend, jadinya hapdet je la mana yang ada ni dulu...
Dalam pukul 1.00pm kami bergerak untuk balik ke Terengganu. This time kami pilih untuk naik ferry instead of Penang bridge. Bila lagi nak rasa naik ferry kan..
Asalnya mak tak setuju sebab dia takut ferry tu tenggelam..cakap kat dia "takpe la mak, kalau tenggelam pun kita tenggelam ramai-ramai"
Ferry terminal
Nyenyak sungguh kakak tu tidoq
Gelapnya nak hujannnn..
Kelakarnya mak eden tak nak turun dari kereta, katanya takut ferry tenggelam. Agaknya kalau ferry tenggelam, myVi tu terbang selamatkan dia kot..hahahha
Time nak shoot gambar ni, den terfikir.."kalau la S2 ni jatuh, agaknya Incik Suami nak gantikan dengan S3 tak?"
Cantik pemandangan ni, dengan bangunan yang sayup-sayup je nampak, dengan awan hitam gelap nak hujan.
The rules and regulations
Ayah dengan eden memang tak duduk diam pun, kami sibuk melawat kawasan and ambil gambar.
Akhirnya hujan lebat selebat lebatnya..My sis call bagitahu dia tak sempat nak ambil gambar sekitar USM sebab hujan lebat yang amat..Dia balik keesokkan harinya sebab nak tunggu ambil scroll terus.
Feri tak pernuh pun, rupanya tingkat atas ada lagi khas untuk penumpang. Nak ke tingkat atas ada disediakan tangga, tapi kedudukan tangga tu curammm sangat my sis cakap. Suasana dia macam dalam filem Mami Jarum tu kata my sis..Rasa terkilan seminit sebab tak dapat naik..
Jauh sudah meninggalkan Pulau Pinang..sayup mata memandang.
Last photo adalah di km 105 Gerik, kami singgah di sebuah surau untuk jamak solat Asar + Zohor. OTW tu ada sebuah avanza hijau terbabas, nasib kawasan tu bukan jenis gaung curam gitu, nampak tersadai dalam semak. Time tu my dad baru la mai rasa nak slow sikit bawak kereta. Eden drive from dekat Baling je, pastu my dad sambung.
SINOPSIS:
- We drove : Perodua Myvi SE 1.3 GHS Manual
- Pit Stop : K. Trg - Jertih - Gerik - Baling - Pulau Pinang - Bandar Seberang Jaya - Jeli - K. Trg
- Total Distances : 937km
- Traveling period : 2 days
- Petron RON95 : RM 75.00
- Tol : RM 14.50
- TOTAL: RM 89.50
1 comment:
Salam,
Reply dari cerita bonda tentang pertanyaan puan ttg shaklee collagen: price for non member is RM298. before this sy jual dgn price member iaitu rm248. Tapi bulan December ni ada promosi collagen shaklee, jadi price RM225 sahaja.email sy kalau berminat: sitinorsarah@gmail.com
Post a Comment