Friday, 12 April 2013

Happy birthday to me..

Assalamualaikum...

Lama sungguh rasanya tak update blog. Bukan setakat update, jenguk pun tidak. Something came up, boleh kira saat-saat sukar dalam hidup, later la cite sekarang tak bersedia lagi, jadi memang langsung takda hati, malah takda semangat nak buka blog. Since today is my birthday, aku fikir mungkin hari ni adalah hari yang paling sesuai untuk aku start it again.

No celebration, no birthday cake, no present, hahahah..tapi takpe, semua tu tak penting pun, syukur pada Allah, sekurang-kurangnya aku masih diberi kesihatan yang baik untuk aku terus melangkah menyusuri kehidupan ini, biarpun dengan dugaan dan ujianNya yang harus aku tempuhi dan aku pasti semua yang berlaku ini ada hikmahnya. Aku selalu berangan on my birthday tu akan ada orang yang sudi buat surprise birthday party for me, takpun bila bangun tidur ada hadiah atas bedside table (besar lagi cun), tapi takda pun...hahaha berangan je lebey..

Malam tadi 1st person yang wish adalah my only sister, she's in JB now, working at Columbia Asia Hospital, tapi hari ni dah officially unemployed because she got job offer from Prince Court Medical Centre..Alhamdulillah..a better place..

Then followed by my friends, through wassup, FB, mobile. Thanks dude.. How do you celebrate your birthday?? Me? Nothing much to do, tapi aku bangun awal hari ni (bangga!!! sebab biasa hari minggu mesti bangun lewat..hihihi), kemas rumah tolong mak cuci pinggan (dah selalu buat cuma awalkan sikit), basuh baju and cuci kereta!!! I love everything about my car biarpun my mum selalu cakap it looks like "katak gomok"...huhhhh.. Then lepas cuci kereta aku ajak my mum pergi dating. Just two of us. Adik and ayah takleh ikut sebab nak solat jumaat..

Cari restoren nasi beriani tapi tutup daa..lupa hari jumaat. Esok la sambung balik insyaAllah..So singgah dekat food court Giant je, order sizzling yee mee specially to my mum. Dia tengok pelik je bila order sampai, dengan hitamnya kuah, ni mee 'kerek' ke? Rupanya zaman dia kecik-kecik dulu arwah tok selalu guna yee mee tu untuk buat mee rebus..aku pulak dah tua2 baru belajar makan.

Mak:  Nape tetiba bawak mak kuar makan ni? Biasa kalau lepas cuci kereta sayang nak bawak keluar. Mesti selimut kereta tu macam tengah demam. Ke ada pape?
Me:  Takda papela, saje je rasa nak keluar (ayat cover)
Mak:  Ke sempena hari ni hari lahir? (Terharu..Mak tak pernah lupa my birthday) Terima kasih la, semoga panjang umur, murah rezeki, tercapai semua impian yang masih tak tercapai tu..
Me: Sedikit sebak tapi still bertahan la dari meleleh air mata..hihihi

Owh..not forgotten!! SenHeng pun wish a happy and enjoyable birthday to me!! yer ler..baru 2 minggu lepas sebat Panasonic blender satu, kalau tak wish saje la tu..ngehehe

 
Terima kasih cik siti kerana hadiahkan saya sebiji kek!!

2 comments:

Cikgu Gloria said...

Hepi bday...sy pun xsambut sgt bday...dr kecik mmg mcm tu....so xfikir sgt org nak wish ke tak...xda la Sedey sgt...
Moga thn ni lebih ceria, lbh bahagia...
U istri blogger detik islam kan....?

secretGarden said...

TQ..Insyaallah semoga hari-hari yang mendatang lebih baik..hmm detik islam? My husband blogger suatuperjalananmaya.com :)

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers