Sunday, 16 June 2013

Siput remis sweet and sour..

Cuti sekolah baru ni punya cerita...Tengah-tengah duk bercerita dengan kawan sorang ni, tetiba dia bagitahu semalam lepas balik kerja dia ke Pantai Pulau Kerengga cari siput remis. Katanya banyak jugak dapat. I pun teruja la jugak nak tengok sebab kebiasaannya kalau I pergi pantai takda jumpa pun remis bagai ni, yang jumpa kulitnya je..Terus I mintak dia bawakkan sikit kalau ada lebih.



Ha, ini la rupanya yer bagi sapa yang tak pernah tengok macam eden ni...hihihihi..Cuba perhati, ada sesungut remis ni rupanya..Ni la first time I tengok siput ni hidup-hidup..korang pun macam tu jugakkan?..hahahha..Kawan I bawak ni dia letak remis ni dalam air masin, kiranya dia bawak balik air pantai sikit untuk remis ni 'bermalam' dengan selesanya sebelum di masak lomak....



I nak makan siput sahaja and taknak makan dengan nasi, jadinya I masakla tumis sweet sour tu je..Ada lagi separuh. Sengaja I simpan untuk my little sister and Incik Suami..Bila dorang balik barula masak, bagi dorang rasa keenakkan siput remis ni...

Bahan-bahan:
  • 1/4kg siput remis
  • 2 sdm bawang merah yang dikisar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 hiris halis
  • 1 sdm sos cili
  • 1 sdm sos tiram
  • 1 sdm air asam jawa
  • Garam dan gula
  • 3 sudu besar minyak untuk menumis.
Cara-cara:
  • Tumiskan bawang merah, halia dan bawang putih sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan sos cili, air asam jawa dan sos tiram.
  • Masukkan siput remis dan biarkan ia masak.
  • Perasakan dengan gula dan garam.
  • Sedia untuk dihidang.
Selamat Mencuba!!

2 comments:

amirulyaacob said...

SABTU NI OK KITA PI CARI "TIJIN @ REMIS "

secretGarden said...

misi mencari remis bersama suami terchenta dah tercapai..nanti i post the entry

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers