Ha, ini la rupanya yer bagi sapa yang tak pernah tengok macam eden ni...hihihihi..Cuba perhati, ada sesungut remis ni rupanya..Ni la first time I tengok siput ni hidup-hidup..korang pun macam tu jugakkan?..hahahha..Kawan I bawak ni dia letak remis ni dalam air masin, kiranya dia bawak balik air pantai sikit untuk remis ni 'bermalam' dengan selesanya sebelum di masak lomak....
I nak makan siput sahaja and taknak makan dengan nasi, jadinya I masakla tumis sweet sour tu je..Ada lagi separuh. Sengaja I simpan untuk my little sister and Incik Suami..Bila dorang balik barula masak, bagi dorang rasa keenakkan siput remis ni...
Bahan-bahan:
- 1/4kg siput remis
- 2 sdm bawang merah yang dikisar
- 2 ulas bawang putih
- 2 hiris halis
- 1 sdm sos cili
- 1 sdm sos tiram
- 1 sdm air asam jawa
- Garam dan gula
- 3 sudu besar minyak untuk menumis.
- Tumiskan bawang merah, halia dan bawang putih sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan sos cili, air asam jawa dan sos tiram.
- Masukkan siput remis dan biarkan ia masak.
- Perasakan dengan gula dan garam.
- Sedia untuk dihidang.
Selamat Mencuba!!
2 comments:
SABTU NI OK KITA PI CARI "TIJIN @ REMIS "
misi mencari remis bersama suami terchenta dah tercapai..nanti i post the entry
Post a Comment