Monday, 29 July 2013

Sarung kusyen

Salam semua...

Next project selepas alas peti sejuk adalah sarung kusyen. Sebenarnya I tak pernah jahit sarung kusyen..Eh, bohong! pernah la..long time ago..itu pun selepas mak paksa suruh continue jahit sarung kusyen yang dia sedang jahit sebab dia tak sempat banyak kerja lain nak kena buat. Tak silap I sarung tu pakai satu zip je..Bila nak pasang kena lipat dua kusyen tu baru boleh masuk.

Aktiviti ni berjalan time bulan puasa. Kiranya I balik sekolah, lepas solat Asar start la menjahit. Urusan dapur memang serah pada mak 100%. Kalau tak buat camtu memang tak siap. Malam pergi terawih, siang kerja, hari minggu pulak pergi rumah mertua, so terpaksa pulun lepas balik kerja. Total 14 helai yer..

Mula-mula nak jahit tu mahu 3 jam baru siap sehelai. Lepas ukur termenung, pastu ukur lagi, pastu termenung, tapi alhamdulillah berkat usaha yang optimum, alhamdulillah akhirnya siap jugak 14 helai..This time I jahit 1 helai sarung I letak 2 zip..senang nak masukkan kusyen nanti. Tak perlu nak lipat/kelepet kusyen tu, baru la kusyen tak patah..

Zip tu I beli yang 18" (RM 0.70) dan 20" (RM0.80)..zip 20" guna untuk side tepi yang panjang, lebar pendek je. Kusyen zaman sekarang sama besar, ini kusyen zaman dolu-dolu..hihihi...Kain pula guna yang ayah beli long time ago time dia visit Johor dengan kawan-kawan. Lebihan buat langsir ada banyakkkkk lagi...langsir tu pun dah lusuh warnanya..Cuba kalau langsir dan sarung kusyen kain sama...agaknya cantik tak????




Kerusi rotan ni sangat tinggi nilainya pada my parens. Mak cerita, selepas pantang lahirkan I, dia balik rumah dia tengok ada kerusi ni dekat ruang tamu. Kiranya ayah sengaja nak surprise dekat mak. Kawan ayah yang buatkan kerusi rotan ni pun cakap susah sangat nak penuhi citarasa ayah. Sangat cerewet, nak gitu nak gini..Nampak tak dekat bahagian tepi letak tangan tu kosong je, sebenarnya ada rotan halus yang dijalin, tapi usia pun da makan 30 tahun, anak-anak time kecik2 dulu ganas, maka tercabutla ia..yang lain masih utuh sebab tak kuat nak cabut..hahhahah

Sekarang ni tengah siapkan langsir pulak, pastu cadar raya mak..waaaa banyak lagi pending ni...

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers