This entry bukan pasal my hobby, but hobby Incik Suami. Sebenarnya I dah sedia maklum hobi dia before kami kahwin lagi and I bagitahu I kurang gemar dengan hobi dia tu. Bukan sebab I tak suka langsung, I pun suka mancing ni..cumanya bila balik lewat, nak berhubung susah bila dah leka mancing, itu yang buat I jadi tak gemar...
Dua minggu sebelum puasa hari tu dia request nak mancing dekat pantai Teluk Ketapang aka pantai Airport. I on je sebab I pun suka ke pantai ni. Lagi pulak sekali sekala buang masa bersama suami apa salahnya. Mungkin dia nak release tension dari permasalahan pejabat, nak lepas gian dah lama tak pegang joran..mana tahu kan?
Lepas solat Asar kami gerak, dalam 30min sampai la, lebih kurang 5.30pm waktu tempatan..Ingt dah redup tapi masih panas membara. Tetap kugagahi diri ini panjat batu-batu besar tu untuk sampai ke port yang dirasakan selesa.
Sampai puncak snap sekali gambar dari atas. Nun di hujung adalah Airport Sultan Mahmud. Selalu je lalu jalan ni, tapi tak pernah terdetik di hati nak panjat batu-batu besar ni. Tup-tup Incik Suami ajak, no choice la..ku turutkan sahaja..
Bila dah sampai puncak, tak sangka rupanya di sebalik tembok batu-batu besar ni tersembunyi pemandangan yang cukup indah..subahanallah...
Senyum je 'watak utama' ni bila hajatnya terlaksana..
Batu-batu ni besar giler, batu bukit suami cakap, nak landing pun boleh sebab ada batu yang permukaan rata. Ramai juga yang datang melepak, ada yang mancing, ada yang amik gambar, ada yang bercinta..
Renung sampai ke dasar laut kot-kot leh dapat anak Yu sekor petang ni..
Seronok bila tengok wajah suami yang happy dapat pergi mancing
Dia bawak umpan sotong je, lebihan candat dolu-dolu tu..
Since tak tahu lagi tempat tu camne, I just bekal jagung rebus with jambu batu je. Later I nak masak bihun ke mee goreng ke, terus picnic..bawak kain tebal satu buat landing atas batu tu.
Tangkapan pertama..
Tak tahu nama ikan, cinonet je..takpe asalkan puas hati dapat mancing.
Tangkapan kedua..
Tangkapan ketiga...
Terpaksa habiskan jagung cepat nak letak ikan ni..hanyir habis my tuppy...
Tangkapan kelima...
Yang ke-6 malas dah nak snap..sebab ikan sama je..Semua ikan tu mak singgang pedas except ikan panjang tadi for kucing...
Ada sorang Hamba Allah ni sengaja datang lewat senja just untuk snap sunset..I pulak rugi tak snap, al malas nak panjat batu sebenarnya..
Awang kenit di celah jari..
Kami tak berduaan di sini, waktu ni dalam 7.20..masih ada lagi insan yang tak reti nak balik...hihihi..Kami gerak dulu sebab dah nak maghrib..
Ini la aktiviti hujung minggu kami di minggu terakhir puasa...Nantikan entry sepagi di Pantai Airport pulak...
1 comment:
mcm kenal je pemancing tu...
Post a Comment