Assalam kepada semua pembaca
( ada pembaca ke blog nih..muahaha )
Lama sungguh tak datang sini..daripada takda anak..sampaila muncul anugerah terindah tu..( eh..apa kena mengena dengan ada anak takda anak nih? )..almost 2 years la nih...kalau blog ni duk dalam laut, dah bercengkerang dah kulit muka blog nih. ( teringat sayap MH370 yang dijumpai baru-baru ni. AL-FATIHAH dan takziah diucapkan kepada keluarga serta rakan mangsa )
Ok...back to the story...saya mulakan helaian pertama untuk hari ini setelah sekian lama ditinggalkan diari kecil saya ni dengan entry homemade pizza. Sebenarnya lama dah nak try buat..tapi bila fikir harga cheese yang agak mencekik tuh, terus patah semangat. Encik suami pun dah berapa kali juga suarakan keinginan tekaknya nak makan pizza. So, dengan rasminya khamis malam saya terjah Mr. Giant untuk dapatkan segala mak nenek barang untuk buat pizza nih.
Pilih punya pilih si ratu pizza yakni cheese ni..daripada penuh kereta dekat car park, sampailah Mr. Giant announce nak tutup kedai, saya masih duk pusing pilih cheese..Incik Suami berapa kali membebel, konon nak yang murah, end up yang mahal jugak ku pilih..hihihi..dekat RM 100 jugak habis malam tu, entah apa yang dibeli pun tak tau. Kalau beli kat Pizza Hut 2 keping tak sampai harga tu ye dop? Tapi buat sendiri, sambil berkasih sayang dengan suami time sama-sama di dapur, owh..lagi mahal harganya..takda jual kat dunia ni eh..so hang sume mai pakat tiru ceq na, sila buat pizza sendiri.,..hihihihi
Takda pizza pan heh..first time buat nih..so pinjam tudung periuk cap buaya mak dengan aluminium pan yang saya beli dekat Mr.DIY RM2.90 ajer, size lebih kurang 10 inch.
Bahan toping adalah capsicum, bawang Holland, prego sauce, sosej, isi ketam and ratunya si mozarella cheese.
Dapat la 2 biji, cukup untuk first trial..tengok camna jadi. Kalau lulus, 2nd time buat boleh up 4 biji..
Ditaburi cheeseeee...
Dibakar pada suhu 200c selama 15-20minit.
Siap sebiji, terus ngap bersama keluarga tersayang, termasuk anakandaku, rupanya dia suka la..best wooooo..makan panas2, Incik Suami cakap boleh buka warong dah ni..kiranya LULUS la..heh
Pizza cutter takdo,p itu yang nampak tak lawo, so hentam pisau bawang dah, tak yah nak fancy sangat. Later kita beli cutter.
Ni yang second batch.
Keluar dari oven terus ngap and habis tamat.
Resipi untuk menu pizza ni saya cedok dari
Tiffinbiru. Thanks to you che mat gebu.