Thursday, 31 May 2012

Laminator 'berasap'


Saya jarang guna laminator
jadi tak amik cakna sangat la cara nak guna
nak dijadikan cerita, tadi pagi saya pun guna la
bila masuk helaian yang ketiga
biasa dia akan keluar on the other side
tapi ni tak keluar2! (terus off power takut meletop..hahaha..penakut!)
pastu on balik
1 minit tunggu....eh plastik+kertas ni da cair ke? 
tapi tak nampak pun bendasing yang meleleh  bawah laminator nih
tetiba hah amik, kuar asaaaaaaaaappp berkepul2
bau hangit dalam bilik macam ada aktiviti pembakaran
cuak sangat sampai tak ingat nak snap gambar...(sempat lagi tu..:p)
itu la padahnya kalau malas nak buka user manual
buat2 tahu tapi sebenarnya langsung tak tahu
gambar di atas sebenarnya lepas mesin tu da siap dibersihkan..(kobek laminator lak arini..hihi)
cuba kalian perhati dekat tempat kertas masuk tuh
nampak kuning2 roler tu
ha tu kesan plastik terbakar la tu!


okay anak-anak..
meh nak royak sikit..(pada yang tak tahu la)
sebenarnya pada machine itu sendiri dah ada sticker sebagai guideline
untuk tentukan berapa suhu yang sesuai perlu kita guna.. 
(saya tengok b4 guna tadi, tp ingatkan iklan saje2..hikhik)
dats y kena ingat, apa saja benda/perkara yang wujud pasti ada sebab bukan saje2
first thing kena tentukan berapa nilai micron thickness laminating pouch tu
lepas tu rujuk pada sticker kat mesin tu untuk laraskan suhu
jangan main hentam je kononny nak cepat panas supaya cepat siap keja
nanti sejarah tadi akan berulang dekat korang plak..hihihi 


 tadi saya guna suhu 140c untuk ketebalan 100 mic
mahunya mesin tu tak berasap!

Sabor ajerler...

Pagi semalam Pejabat Agama telefon..

Staff: Assalamualaikum, ni puan shahida ker?
Puan: Waalaikumussalam..haah, siapa ni?
Staff: Saya dari Pejabat Agama. Nak bagitahu kad nikah puan tak dapat diproses.
Puan: Ha? Kenapa yer?..(rasanya aku nikah kat malaysia, bukan kat siam..apa plak masalahnya)
Staff: Gambar suami Puan takda dalam simpanan kami.
Puan: Subahanallah..(sedikit hangin sebab lepas ni perlu ke Pejabat Agama untuk keberapa kalinya pun tak tahulah)

Yang jadi hangin tu sebab???
1) B4 kawin time pegi hantar borang staff sana cakap bagi gambar kat Tok Kadi time akad nikah.
2) Hari majlis nak bagi gambar tok kadi cakap nanti dulu.
3) Seminggu lepas kawin kami ke Pejabat Agama nak bagi gambar, tapi staff sana cakap suruh bagi kat Tok Kadi jugak.
4) Call Tok Kadi almost everyday banyakkkkk kali tapi tak dijawabnya..
Last2 give malas dah nak fikir.
5) And now Pejabat Agama suruh mai hantar gambar, yang mana kalau dorang ambil hari tu lagi kan senang. Ini tak, nak jugak guna jalan jauh nak banyakkan kilometer..Pi mai pi mai tang tu jugak..Iye dok?


Tapi saya solute sangat dengan Tok Kadi A ni yang sepatutnya beliau yang uruskan majlis kami. Oleh kerana dia ke Mekah, jadi dia terpaksa pindah tugas pada Tok Kadi B. 2 hari b4 majlis saya cal Tok Kadi A untuk buat confirmation, masa tu tak tahu yang dia tak dapat nk uruskan majlis kami..(ayahanda lupa nak bagitahu saya) tapi call saya tak berjawab. Tak sampai 2minit he return my call...saya pun bla..bla..bla..Tok Kadi A jawab: "Sebenarnya saya tak dapat urus sebab sekarang saya kat Madhinah". Mulutku terlopong sekejap..isk..isk jauhnya ustaz. Terus cepat2 saya mintak maaf dan end call. Ini lah sebenarnya contoh yang sangat baik. Tapi tak sangka walaupun dia kat Madhinah sanggup return call walaupun saya baru call sekali.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Rasulullah saw bersabda:

“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”


Wednesday, 30 May 2012

Jemput-jemput


Makan tengahariku sekadar jemput-jemput
siap-siap bawak bekal dari rumah
alhamdulillah mengenyangkan
cukup untuk alas perut
daripada langsung dibiarkan perut kosong
nanti kalau kenyang sangat mengantuk pulak
nak buat keja pun jadi malap je..
sesungguhnya hargailah nikmat makan yang Allah masih beri tu
kerana Dia mampu menariknya bila-bila masa je

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Rasulullah saw bersabda:

“Janganlah kamu mematikan hati dengan banyak (berlebih) makan dan minum, walaupun yang halal. Kerana hati itu ibarat tumbuh-tumbuhan, ia akan mati jika terlalu banyak disirami air”

'Kobek' komputer


..sebuah desktop pc telah di'kobek'
bagi menghasilkan image di atas..
actually sume ni untuk anak-anak pelajar
atleast dorang belajar untuk kenal PCs component
idak le tahu guna seguna-gunanya
bila da tak berfungsi baru menggelabah
banyak data/keja la dalam tu..(muka sedih nak menangis)
g kedai mula la sibuk nak tanya
'komputer saya rosak apa?'
'berapa ek kena bayar?'
bila diberitahu pun still tak tahu apa benda yang rosak kan?
yang penting nak komputer tu 'hidup'
ye tak?...(including me la dolu-dolu..sekarang tak lagi..idok la teman nak berada ditakuk lama :p)
tu yang kedai kadang letak harga tak padan patut..kadang membunuh
tapi tetap bayar kan???

Moral of the story:
- belajar la untuk ambil tahu supaya kita tak ditipu hidup2
- ambil cakna bila nampak komputer tu 'berubah perangai'
- tak tahu tanya..MR. GOOGLE sedia membantu
- kenali simpton2 komputer 'sakit'
- mencegah lebih baik dari mengubati..ye tak?
so carilah info2 untuk prevent komputer daripada 'sakit'
kalau sakit jugak maksudnya dah sampi ajal nak kena tukar baru...:-]

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hadis Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah:
 
Janganlah kalian menuntut ilmu untuk membanggakannya terhadap para ulama 
dan untuk diperdebatkan di kalangan orang-orang bodoh dan buruk perangainya. 
Jangan pula menuntut ilmu untuk penampilan dalam majlis (pertemuan atau rapat) 
dan untuk menarik perhatian orang-orang kepadamu. 
Barangsiapa seperti itu maka baginya neraka … neraka


Tuesday, 29 May 2012

Pn. Doktor & En. Ustaz

Alhamdulillah..kenyang..
tadi tengahari sempat pergi ke
Majlis Perkahwinan anak YDP MBKT
Doktor Afni & Ustaz Al-Hafiz

 Buffet makanan ditempatkan di bawah rimbunan pokok anggur..sejuk je jiwa raga


time duk tunggu turn nak cedok lauk tadi
mata duk melilau ke atas ke bawah ke tepi
tetiba..subahanallah cantiknya ciptaan Allah..(kat atas kepala)
pandang punya pandang
ternampak anggur hijau kecik2 di celah2 daun tu
tak pernah tengok buah anggur segar kat pokok depan mata gini..
biasanya tengok kat Mall
yang da siap packing..hihihi


 sampai dalam pukul 1
tapi tak namapk ramai pun tetamu yang hadir
kalau kat kg time ni la crowded dengan rakyat jelata


Menu kenduri:
daging kurma
ayam masak merah
acar campuran
ikan kering
sambal belacan
bubur kacang
air sirap
buah oren dan pisang

Pelamin yang simple tapi cantik...(yang tak cantik photoshoot angle..:p )


 ..ole-ole dari pengantin..
 

finally..
pasangan raja sehari yang nampak tenang
dengan pakaiannya yang cukup simple
yang penting menutup aurat
walaupun sebenarnya mereka mampu
untuk berpakaian lebih mewah dari itu..
yang penting get to the point
dan tidak bercanggah dengan agama..
thumbs up!!!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hadis Riwayat Muslim dari Abdullah Ibn Mas’ud:


“Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah.”



Monday, 28 May 2012

Lunch dishes..



Makan tengahari + malam yang sangat simple...
tapi super best sebab dimasak dengan penuh kasih sayang 
bersama suami + MIL.
Lepas solat asar baru masak
lagipun makan pagi dah lewat since tunggu Incik Suami bangun
dia kurang sihat (kesian Suamiku..)
dek kerana tak nak Incik Suami breakfast sorang2 nanti
jadinya Puan Isteri bertahan la sekejap and kasi can dia tidur dulu..
MIL pesan kat suami:-
"Gini la bagus, isteri masak suami tolong, 
tak nak tolong masak takpe
tolong tengok isteri masak pun dia dah cukup berbesar hati"

Dan saya sangat bersyukur
kerana masih diberi peluang untuk menyediakan makanan buat suami
biarpun masa kami sangat terbatas.

KALAU TOLONG ISTERI DI DAPUR BETUL KE SUAMI DAH KENA @#$%%^^???

May ALLAH protect us from that. Amin

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Rasulullah s.a.w bersabda:  

“Tiap-tiap wanita atau isteri adalah pengurus terhadap rumah suaminya, dan dia akan ditanya (oleh Allah di hari kemudian) dan perkara urusannya itu.” – hadis riwayat Bukhari

Sunday, 27 May 2012

OTW to post office..


Sebenarnya nak kongsi
this is the 1st time saya naik motor bersama Incik Suami..
dulu before kahwin selalu terpandang pasangan kekasih naik motor bersama
and sekarang bila kami naik motor bersama
terasa macam kekasih plak..hikhik..
"Peluk abang cepat nak jalan dah ni"
hehehe..tapi tak peluk pun just pegang baju je,
maluuuuuuu la org tengok...
walaupun dah halal still rasa malu lagi..
kalau kat umah lain la cite kan :p
Terasa seperti banyak mata yang memandang (walaupun sebenarnya takda orang kisah pun hal kite)
TETAPI pasangan kekasih tu tak rasa malu ke???

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Malulah kamu sekelian kepada Allah dengan sebenar-benarnya. "
"Wahai Rasulullah bukankah kita sudah malu dengan Allah?"
"Bukan itu yang di namakan malu dengan Allah, akan tetapi yang di namakan malu dengan Allah yang sesungguhnya adalah orang yang sudah boleh menjaga kepalanya dari maksiat dan apa yang ada di kepalanya, dan menjaga perutnya jangan sampai masuk barang yang haram, dan menjaga kemaluannya jangan sampai berzina, dan menjaga tangan dan kakinya dari perbuatan maksiat, dan ingat dengan mati, dan ingat bahawa dirinya akan rosak. Dan barangsiapa yang menghendaki kebahagiaan akhirat hendaklah meninggalkan kesenangan dunia dan memilih kebahagiaan akhirat daripada dunia, barangsiapa yang sudah dapat mengerjakan semua yang telah tersebut di atas barulah orang tersebut di namakan orang yang malu kepada Allah, orang yang malu kepada Allah adalah orang yang malu bila melakukan maksiat sehingga tidak jadi mengerjakan maksiat dan itulah yang di namakan malu yang sesungguhnya."


Breakfast..


Bangun pagi tadi
teringat yang laksa kuning
ada lagi separuh lebihan buat mee rebus malam tadi.
nak makan mee goreng tak?
Dah dia cakap "boleh jugak yang.."
..then ini hasilnya..tadaaaaaa...

Suami cakap
"Apa sahaja masakan yang dimasak dengan penuh kasih sayang pasti akan sedap."
Two thumbs up for this one! <-- Incik Suami

Bahan-bahan: 
  • 1 paket mee kuning (cuci bersih)
  • 1 ketul isi ayam (dipotong dadu)
  • 4 batang fish cake
  • 4 sudu besar minyak
  • 2 batang sawi
  • 3 biji cili padi (ditumbuk kasar)
  • 1 biji tomato (dipotong dadu besar)
  • 5 biji bawang merah (dimayang kasar)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 4 sudu besar cuka (boleh guna air perahan limau nipis) 
  • Gula, garam dan serbuk perasa
  • 1 cawan air
 Cara-cara:
  • Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan putih sehingga keperangan.
  • Masukkan sedikit air, garam, isi ayam dan biarkan sehingga ayam empuk.
  • Kemudian tambah sos tiram, kicap pekat, gula dan biarkan 1 minit.
  • Selepas itu masukkan mee kuning, fish cake, air dan kacau rata. Saya tambah air untuk jadikan mee tersebut basah, kalau suka kering tak perlu tambah air.
  • Apabila kelihatan mee telah sebati dengan perencah, masukkan sawi, tomato, cuka, lada putih, cili padi dan serbuk perasa.
  • Angkat setelah sayur nampak layu.
Selamat Mencuba!!

Saturday, 26 May 2012

MEE REBUS PUAN ISTERI YANG BEST...

Alhamdulillah...

Malam ni dapat makan masakan mee rebus oleh puan isteri best.. makan ramai-ramai dengan adik-adik & mak dan ayah..

terima kasih Isteriku... sampai 2 kali tambah abg best sangat... semua kata best..

Nanti incik suami tolong puan isteri masak lagi yer... tolong rasa jer heheh...

Teringat  satu Hadis Nabi berkaitan bantu-membantu dalam rumahtangga

Dari Aswad r.a, katanya : Saya bertanya kepada Aisyah r.a, apa yang dilakukan Nabi saw dalam rumahtangganya. Ia berkata, “Beliau (Nabi saw) selalu mengerjakan urusan rumahtangga. Kalau masuk waktu solat, beliau pergi bersolat.” [1707] Sahih Bukhari 

Suami yang mencintai isterinya juga sebaiknya membantu kerja-kerja rumah dan bukan menganggap isterinya sebagai orang gaji. Membantu isteri membuat kerja-kerja rumah juga mendapat pahala kerana mengikuti sunnah Rasulullah saw.

Love u Puan Isteri

Bahan-bahan:
  • 2 paket mee kuning
  • 3 batang sawi (potong kecil)
  • 1/2 batang lobak merah (diparut kasar)
  • 3 ketul ayam (di potong kecil)
  • 5 biji bebola ikan (dipotong dua)
  • 3 batang fish cake (dipotong dadu)
  • 2 biji tomato (dipotong dadu besar)
  • 2 biji telur ayam
  • 5 biji bawang merah (dimayang kasar)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 3 cawan air
  • Gula, garam dan perasa.
Cara-cara:
  • Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bawang merah dan bawng putih sehingga kekuningan.
  • Kemudian masukkan sedikit air, ayam, lobak merah, sos tiram, kicap, garam dan masak seketika sehingga ayam empuk.
  • Selepas itu masukkan 3 cawan air (bergantung kepada kesukaan) dan reneh sehingga menggelegak.
  • Masukkan mee kuning, bebola ikan, fish cake, sayur dan biarkan seketika sehingga mendidih.
  • Setelah mendidih masukkan telur, serbuk lada putih dan lada hitam.
  • Matikan api setelah telur masuk dan kacau rata buah tomato. Perasakan dan sedia untuk dihidang.
Selamat Mencuba!!

Walit untuk bonda..


Tengok bonda kebelakangan ni nampak tak bermaya je. Bila tanya takda apa-apa. Beli gamat healing tak makan pun. Katanya bau kuat sangat sampai takleh nak telan. Sudahnya ayahanda yang habiskan. Try beli walit ni pulak. Harga RM25 je. Tak tahu la tu cane penerimaan bonda, harap-harap dia boleh makan. Ya allah jauhkanlah ibuku dari penyakit-penyakit merbahaya..amin

Friday, 25 May 2012

Dialog suami isteri di pagi jumaat

Suami: Sayang g mandi, siap2 g solat jumaat.
Isteri: Sayang g solat jumaat???? (Apa suami aku merepek nih)
Suami: Yela sayang ganti abang la arini. Abang nak tido ngantuk! Penat semalam tak hilang lagi.
Isteri: Takda maknanya abang..(dush! dush! dush! tumbuk manja :p)


Incik suami da pegi solat jumaat.. Tinggallah puan isteri sorang2. Tapi tadi dia janji petang karang nak g pantai...yeeeeeeeeeeeeeeyy.

Keranamu Ya Allah


Aku mencintai dirinya keranamu Ya Allah,
Aku mengahwininya keranamu Ya Allah,
Jangan biarkan aku hidup seorang diri,
Tetapkanlah hati-hati kami,
Tambahkanlah kasih sayang diantara kami,
Jadikan kami hambamu yang sentiasa bersyukur,
Jauhkanlah kami dari godaan syaitan laknatullah,
Kekalkanlah kebahagiaan ini sehingga ke akhir hayat kami,
Amin..amin..amin ya rabbal alamin..

Cemerlang dunia dan akhirat



Anugerah Kecemerlangan Pelajar PMR & SPM, Pelajar Khatam Al-Quran, serta Pelajar Mithali 2011


Bila ada majlis-majlis macamni, insan yang paling gembira adalah ibu bapa. Ada yang datang dari Sarawak sebenarnya! Sungguh besar pengorbanan mereka. Alhamdulillah, mereka yang menerima anugerah ini bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi mampu menghafal 30 Juzu' Al-Quran. Bertuahnya perut ibu yang mengandung. Semoga mereka yang berjaya ini akan terus berjaya dan tidak akan pernah lupa untuk sentiasa memandang ke bawah agar kita sedar di mana letaknya diri kita dan dari mana asal-usul kita supaya kita tidak lupa pada insan yang berada di bawah untuk kita bantu mereka agar bersama-sama kita meniti saat manis bersama apabila kita berada di puncak kejayaan. Insyallah...

Wednesday, 23 May 2012

Sejuknyaaaaaa...

Hujan di petang hari...

Sejuknyaaaa...tengahari tadi mendung je..n petang tadi hujan selebat-lebatnya..Biasanya akan ada rungutan (including me!) seperti ini -->.."ala hujan lagi!", "macamane nak balik ni da hujan" dan banyak lagi la..tapi hakikatnya hujan itu satu RAHMAT. Sepatutnya ini yang keluar dari mulut kita "Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami". Renung-renungkan dan selamat beramal!

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." 
(Al-A'raf : 57)

Template editing...:p

Credit picture to tallboyz.blogspot.com

Hmm hari ni kerja editing..almaklumla nama pun BEGINNER dlm dunia blogger ni..tp takpe..bak kata pepatah melayu "Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit". Baru ni Incik Suami buatkan black n white color for background..nampak suram je...so hari ni tukar lain la..lepas tu plan nk tambah gadget.. Incik Suami tolonggggg..

Tuesday, 22 May 2012

1 Rejab


Manfaatkanlah kedatangan bulan Rejab yang penuh bermakna ini. InsyaAllah

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hadis riwayat Anas bin Malik:

"Sesungguhnya dalam surga ada sungai yang bernama 'Rajab', airnya lebih putih dari susu, dan lebih manis dari madu, barang siapa yang bepuasa pada salah satu hari bulan Rajab, Allah akan meminumkan untuknya dari air sungai rajab itu"

My 1st Writing...



1st of all thanks to my dearest hubby lurim.blogspot.com yg duk sibuk sgt suh create this blog...apsal 10s?of cos la sekiranya ditunaikan apa saja yg menjadi permintaan suami..insyaallah ada barakahnya..amin..EXCLUDING!!! perkara2 yg bertentangan syarak...kalau pun tak nampak sekarang..insyaallah sooner or later..ececeh..tazkirah pagi sekejap..

okay..since masih blur nak tulis apa..so lets read my merapu session..my hubby ada kt sebelah ni, kononnya as a facilitator la :p..let me share sumtin special about him..
dia selalu ingtkn sy kalau nk hidup senang kte kena ada lebih dari satu sumber pendapatan..so..dats y la dia suh sgt sy create my own blog..almaklumla..dunia dihujung jari..so as we know macam2 leh wat dengan dunia cyber..salah satunya business online! yg sy ckp special sebab macam2 dia buat sekarang ni untuk pertingkatkan taraf hidup kami..of course la untuk kesenangan isteri and anak2 tercinta..insyaallah..walaupun sibuk as a full time worker di AIM..tp semangat nk tambah pendapatan tak penah luntur..tp ingt wahai pembaca sekalian..jangan terlalu taksub mengejar duit..kena kaji dulu kebolehpercayaan sumber tu..takut nanti tersilap langkah, kte jugak yg merana..

So see you guys later..we'll see sejauh mana blog ni boleh bertahan..hopefully till the end..amin
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers