Anugerah Kecemerlangan Pelajar PMR & SPM, Pelajar Khatam Al-Quran, serta Pelajar Mithali 2011 |
Bila ada majlis-majlis macamni, insan yang paling gembira adalah ibu bapa. Ada yang datang dari Sarawak sebenarnya! Sungguh besar pengorbanan mereka. Alhamdulillah, mereka yang menerima anugerah ini bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi mampu menghafal 30 Juzu' Al-Quran. Bertuahnya perut ibu yang mengandung. Semoga mereka yang berjaya ini akan terus berjaya dan tidak akan pernah lupa untuk sentiasa memandang ke bawah agar kita sedar di mana letaknya diri kita dan dari mana asal-usul kita supaya kita tidak lupa pada insan yang berada di bawah untuk kita bantu mereka agar bersama-sama kita meniti saat manis bersama apabila kita berada di puncak kejayaan. Insyallah...
No comments:
Post a Comment