Staff: Assalamualaikum, ni puan shahida ker?
Puan: Waalaikumussalam..haah, siapa ni?
Staff: Saya dari Pejabat Agama. Nak bagitahu kad nikah puan tak dapat diproses.
Puan: Ha? Kenapa yer?..(rasanya aku nikah kat malaysia, bukan kat siam..apa plak masalahnya)
Staff: Gambar suami Puan takda dalam simpanan kami.
Puan: Subahanallah..(sedikit hangin sebab lepas ni perlu ke Pejabat Agama untuk keberapa kalinya pun tak tahulah)
Yang jadi hangin tu sebab???
1) B4 kawin time pegi hantar borang staff sana cakap bagi gambar kat Tok Kadi time akad nikah.
2) Hari majlis nak bagi gambar tok kadi cakap nanti dulu.
3) Seminggu lepas kawin kami ke Pejabat Agama nak bagi gambar, tapi staff sana cakap suruh bagi kat Tok Kadi jugak.
4) Call Tok Kadi almost everyday banyakkkkk kali tapi tak dijawabnya..
Last2 give malas dah nak fikir.
5) And now Pejabat Agama suruh mai hantar gambar, yang mana kalau dorang ambil hari tu lagi kan senang. Ini tak, nak jugak guna jalan jauh nak banyakkan kilometer..Pi mai pi mai tang tu jugak..Iye dok?
Tapi saya solute sangat dengan Tok Kadi A ni yang sepatutnya beliau yang uruskan majlis kami. Oleh kerana dia ke Mekah, jadi dia terpaksa pindah tugas pada Tok Kadi B. 2 hari b4 majlis saya cal Tok Kadi A untuk buat confirmation, masa tu tak tahu yang dia tak dapat nk uruskan majlis kami..(ayahanda lupa nak bagitahu saya) tapi call saya tak berjawab. Tak sampai 2minit he return my call...saya pun bla..bla..bla..Tok Kadi A jawab: "Sebenarnya saya tak dapat urus sebab sekarang saya kat Madhinah". Mulutku terlopong sekejap..isk..isk jauhnya ustaz. Terus cepat2 saya mintak maaf dan end call. Ini lah sebenarnya contoh yang sangat baik. Tapi tak sangka walaupun dia kat Madhinah sanggup return call walaupun saya baru call sekali.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Rasulullah saw bersabda:
“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”
No comments:
Post a Comment