Bangun pagi tadi
teringat yang laksa kuning
ada lagi separuh lebihan buat mee rebus malam tadi.
Tanya Incik Suami
nak makan mee goreng tak?
Dah dia cakap "boleh jugak yang.."
..then ini hasilnya..tadaaaaaa...
Suami cakap
"Apa sahaja masakan yang dimasak dengan penuh kasih sayang pasti akan sedap."
Two thumbs up for this one! <-- Incik Suami
Bahan-bahan:
- 1 paket mee kuning (cuci bersih)
- 1 ketul isi ayam (dipotong dadu)
- 4 batang fish cake
- 4 sudu besar minyak
- 2 batang sawi
- 3 biji cili padi (ditumbuk kasar)
- 1 biji tomato (dipotong dadu besar)
- 5 biji bawang merah (dimayang kasar)
- 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 3 sudu besar kicap pekat
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil serbuk lada putih
- 4 sudu besar cuka (boleh guna air perahan limau nipis)
- Gula, garam dan serbuk perasa
- 1 cawan air
Cara-cara:
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan putih sehingga keperangan.
- Masukkan sedikit air, garam, isi ayam dan biarkan sehingga ayam empuk.
- Kemudian tambah sos tiram, kicap pekat, gula dan biarkan 1 minit.
- Selepas itu masukkan mee kuning, fish cake, air dan kacau rata. Saya tambah air untuk jadikan mee tersebut basah, kalau suka kering tak perlu tambah air.
- Apabila kelihatan mee telah sebati dengan perencah, masukkan sawi, tomato, cuka, lada putih, cili padi dan serbuk perasa.
- Angkat setelah sayur nampak layu.
No comments:
Post a Comment