Monday, 24 June 2013

Salam Nisfu Sya'ban


Salam semua...
Pejam celik pejam celik, lagi 15 hari kita akan menyambut Ramadhan. Rasa macam baru je lagi kita berpuasa. Sekejapnya masa yang berlalu..Tapi yang pentingnya nak kabo, bulan Ramdhan bulan 'jualan murah'. Bukan untuk shopping persiapan raya sahaja, tapi Allah kurniakan pahala berlipat kali ganda untuk setiap amalan baik HambaNya..
Kepada yang belum habis qada puasa tahun lepas, kerjakan la ia secepat yang mungkin. Mak I selalu pesan, untuk tidak jadi 'liat' atau terlupa nak qada, lepas je 2 Syawal, start la puasa (sekali dengan puasa enam Syawal tu), bukannya dah nak sampai Ramdhan baru terhegeh-hegeh nak ganti. Dibuatnya kita 'pergi' sebelum sempat qada akibat melengah-lengahkan waktu, dikira berhutang la kita dengan Allah..Kalau ada yang baik hati nak tolong qada takpe, kalau tak da???

Malam tadi Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik oleh Allah untuk habiskan bacaan Yassin 3 kali bersama-sama penduduk kampung di Surau. My hubby pulak ke Masjid Pasir Mas untuk menyambut malam Nisfu Sya'ban. Dia pun asalnya terlupa kalau tak diberitahu, iyer la sibuk sangat katanya. I pun kalau la tak duduk dengan parents, mungkin lupa jugak. Itu la manusia, terlalu mengejar hal duniawi. Semoga aku tidak berterusan lalai seperti itu..Amin...


Dah menjadi kebiasaan penduduk kampung I untuk pakat-pakat bawak juadah ke surau bila datangnya malam Nisfu Sya'ban ni. Kiranya lepas je bacaan Yassin solat Isyak, jemput-jemputla menjamu selera beramai-ramai. Kami sekeluarga pun tidak ketinggalan..My mum cakap kalau buat kuih yang manis-manis rasanya macam kurang sambutan. Bebudak lagi la tak makan mana. So I dengan penuh kasih sayang volunteer untuk masak bihun ni.

Balik je sekolah, singgah kedai jap cari timun batang untuk garnishing..hehehhe
Tok (nenek) pulak sponsor sebungkus bihun untuk bahagian dia, katanya aku tak nak buat tak larat, nak tumpang je.
So sampai je rumah, I nampak dia tercongok dah tunggu I nak masak bersama. Siap je solat Asar I nampak dia dah start potong bawang sayur kat dapur. So misi bermula selama 45 minit..


Untuk memudahkan jemaah surau makan, kami siap-siap bungkus dalam bekas 'polistrin' ni. Untuk 2 bungkus bihun bersaiz besar tu, dapatla dibungkus sebanyak 17 bekas. Itu pun setelah di'ngap' oleh adik I sebanyak 2 pinggan. Kalau tak boleh 20 bungkus. Kita tak buat banyak sebab jemaah lain pun bawak makanan masing-masing. Ada yang bawak pulut kuning, keropok lekor, kuih gulung, pulut gaul nyior, qasidah, karipap and many more..alhamdulillah..rezeki di malam Nisfu Sya'ban.

Dekat masjid Pasir Mas tidak ada juadah pape pun kata suami, lain tempat lain cara ye dop? Yang penting amalan kita di malam Nisfu Syaaban itu perlu diperbanyakkan, bukan perbanyakkan apa yang kita makan...hehehehe

1 comment:

amirulyaacob said...

bestnya rugi xleh balik kalu dok leh makang bihung sutung candat

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers