Saturday, 27 October 2012

2 minute noodles

Di suatu petang yang sangat dingin+sejuk beku, dengan hujan rahmat dari pagi sampai ke petang masih tak berhenti-henti, seolah-olah menggamit hati ini untuk ke dapur...ku selongkar almari makanan mencari sesuatu untuk di masak..yeeeeeaaaaaaaaay maggi mee..dah lama sebenarnya nak buat, ater tidak berkesempatan..bukan ketiadaan masa, tapi kepenuhan makanan kat rumah..kalau masak jugak pembaziran akan berlaku..hehehe..tapi untuk kali ini, hati den sudah tidak tertahan lagi..ingin sangat-sangat makan maggi..

Ketung ketang ketung ketang..taraaaaaa 2 minit siap!

 Caner ada kulit bawang sekali ek???hahaah rasanya kupas bawang tak habis ni, nak cepat punya pasal..

Meh close up sikit...maggi mee ni memang tak bagus untuk kesihatan, so jangan makan eh..tolong, sila jangan makan...eden ni once in a blue moon je...

Kalau blog lain ( refer to Malaysian blogger, exp: masakan melayu ), perasan tak resepi yang dorang share semua vogue and hebat memang da booom la. Dengan france cuisine la, Japanese food la,  aneka biskut best-best + kiut-miut, food plating saje pun dah nampak menarik tertarik, apatah lagi bila dah makan..hopefully la kan..takleh compare la dengan eden punya..Takper la, just be myself, dah eden masak maggi je, eden taruk la resepi maggi, mana la tahu ada hamba Allah yang singgah kat sini tak tahu nak masak maggi mee..

Bahan-bahan:
  • 1 paket maggi kari slurrp berapi (nan adonya pedas)
  • 1 biji telur ayam (Boleh tambah ayam/udang/ketam/kerang/ikan tenggiri/pape sahaja yang berkenan)
  • 1 biji bawang besar
  • 4 helai sawi batang (Boleh tambah lobak merah, bunga kubis, capsicum untuk lebih enak)
  • 1 mangkuk air
Cara-cara
  • Panaskan air sehingga menggelegak selama 1 minit.
  • Masukkan rempah dan kacau sebentar sebelum masukkan sebiji telur.
  • Selepas 30 saat, masukkan maggi mee beserta bawang dan juga sayur-mayur anda.
  • Tutup api selepas 30 saat berikutnya... Alhamdulillah cukup 2 minit.
 Selamat Mencuba!!

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers