Dia meninggal dekat rumah anak dia, adala dalam 1.5km dari rumah dia. According to my mum, selama ni dia tak pernah la sampai nak bermalam rumah anaknya tu, dah tua-tua tak larat macamni lagi la jarang dia pergi situ, biasa anak dia je mai jenguk. Tapi semalam anak dia pelawa ajak bermalam, tanpa banyak soal dia ikut je. Dengan izin Allah pukul 4.00 am tadi dia meninggal. Sabit kepada kematian kena tunggu balik sekolah baru tahu, my sister mesti tahu cerita sebab cucu dia rapat dengan my sister. Arwah isteri dia meninggal hari ke-6 Syawal akibat komplikasi jantung, tapi sejak isteri dia takda memang nampak da jugak dia tak berapa ceria.
Insaf sekejap bila dengar berita kematian, yela ajal maut tak mengenal orang sihat-sakit, kaya-miskin, muda-tua, takkan lambat sesaat mahupun awal sesaat, waktunya pasti tiba. Dan setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, bagaimana caranya bergantung pada bahagian masing-masing. Semoga Allah matikan kita dalam iman..Amin...
Al-Fatihah untuk arwah tokki chik
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Rasulullah saw bersabda:
"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap
manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang
merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak
ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini,
sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi
dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa." Manusia tidak akan sedar
bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali
orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.
(Riwayat Abdullah bin Abbas r.a)
2 comments:
We are a group of volunteers and opening a new scheme in our community. Your web site provided us with valuable information to work on. You’ve done a formidable job and our whole community will be grateful to you.
tqvm
Post a Comment