Friday, 30 November 2012

Chupa chups

Suatu pagi yang indah, eden ke Guardian cari facial cotton and lips balm. Time nak bayar tu, tertengok si Lollipops Chupa Chups ni..teringat la zaman nak kahwin aritu, eden plan antara items dalam door gift nanti adalah lollipops ni, pastu tengok rege??? over the budget la pulakssss..so tak jadi, sob..sob..sob =]

Eden tak pernah minat pun nak merasa, tapi aritu den terbeli jugak..kononnya ganti sebab tak beli untuk door gift kahwin..Den beli dua biji, satu vanila flavor and satu lagi grape flavor..den makan yang perasa anggur dulu, tak sedap pun, manis je semata..yang vanila tu ada dalam bilik belum makan lagi. Baru-baru ni Incik Suami tengok, dia pun tanya la...

Suami: Syg makan lollipops ni ke?
Me: Haah, beli aritu, kenapa abg?
Suami: Macam budak-budak je..
Me: Hihihihi..kan ustaz azhar cakap, perempuan ni kekadang perangai dia memang kebudak-budakkan pun..kalau tak tak panggil perempuan pulak..

 First time den beli..saje perabis duit syiling..

Price: RM 0.68

Wednesday, 28 November 2012

Best online shopping experience


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari tu dah beli small goody box, this time beli lagi tapi berjenis-jenis sampai my mum dah bising katanya takda kerja perabis duit, beli tak guna pun. Sebenarnya bila dah ada ni, pasti ada gunanya..Order dah sampai a week after yang previous one tu, tapi hari ni baru ber'mood' untuk hapdet...ngeh..ngeh..ngeh..Suka sangattttttt tengok barang-barang ni sampai dengan selamatnya tanpa ada sepet senget retak etc...duit yang dah terbang banyak pun tak terasa bila tengok semua barang ni sebab bayar dulu barang dapat kemudian...rasa macam tetiba je somebody hantar as a present, bukan dibeli...hahahhaha koya sorang-sorang..

Mine cuma tumbler pink tu jer, the rest my sister punya..katanya beli untuk letak kat rumah, yela dia mana ada rumah lagi..tunggu kahwin, opppsss beli baru ye, jangan ambil yang ni..yang ni eden nak pakai..



 
 Total price: RM230.00

 Yellow eco bottle tu adalah free gift untuk pembelian Tall Canister 10L RM50.00.



 Free gift from Johana Lau the retailer..

Tuesday, 27 November 2012

Mee rebus Mr. Father


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Di suatu petang..

Ayah: Kak, malam ni buat mee goreng, tak payah masak nasi..nak?
Me: Tengah makan nasi lauk ikan patin masak tempoyak dengan lahapnya seleranya. Hmm..taknak la, dah kenyang ni makan nasi..esok malam la..isk apa aku ni sadis sangat, ayah nak makan buat jela.. takpelah mak mesti buat nanti..

Waktu maghrib...

Ayah: Yang...buat mee rebus malam ni..
Mak: Mee rebus apa nasi dah masak, nanti membazir lauk tak habis...
Me: Mak buat la, kempunan ayah nanti, kalau la umur ayah tak panjang, mak jugak menyesal nanti tak buatkan mee rebus...aku memujuk..hehehe
Mak: Senyum then terus bangun pergi keluarkan ayam dari freezer..

Eden al malas nak pergi dapur sebab hari tu penat sangat dengan hal dekat sekolah, itu yang makan sampai menambah-nambah, kelaparan jadinya..hahaha..bila dah start bau harum, den punya perangai buruk baru keluar bilik pergi jenguk kat dapur, tengok-tengok my parents bekerjasama masak mee rebus tu, tapi yang tukang masak adalah my dad. Psssstttt..sebenarnya ayah masak lagi sedap dari mak..certain menu la, dulu ada sekali time mak pergi KL, ayah la masak, ada satu lauk tu, tak tahu nama apa, tapi sampai sekarang ingat rasa dia macamana, nak kata sup kuah dia perang..ikan merah rasanya..tanya dia, confirm tak ingat...tapi bestttt sangat..

Zaman bebudak dulu ingat lagi, rasanya almost 2 tahun setiap kali buka puasa, menu kami adik beradik 1 bulan adalah mee goreng, tapi mee tersebut mesti ayah yang masak..jadinya setiap petang mak cuma masak lauk pauk untuk makan dengan nasi, and menu kami tunggu ayah balik baru masak. Memang ada beza mee yang digoreng oleh ayah and mak.


Kalau mak buat, kuah mee rebus tu takkan warna gitu, mesti putih...and telur pun dia takkan letak..beza memang berbeza..=]

Monday, 26 November 2012

5 Syafaat Rasulullah s.a.w di akhirat kelak


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pagi tadi dalam pada tengah bersiap nak ke sekolah, terdengar ustaz ( TV9-Tanyalah Ustaz) berbicara tentang 5 syafaat Rasulullah SAW di akhirat kelak untuk umatnya yang terpilih. Setinggi-tinggi rasa syukur ke Hadrat Ilahi kerana dilahirkan sebagai umat Rasulullah SAW di mana pelbagai keistimewaan ditawarkan kepada manusia yang bergelar umat Kekasih Allah SWT ini. Tetapi untuk mendapatkan keistimewaan itu, bukan semudah seperti memetik jari ataupun seperti jawapan " YA, saya mahu ke syurga" kepada soalan "Anda mahu ke syurga atau ke neraka?".

Saya bertanya kepada diri saya sendiri, apakah sudah cukup perlaksanaan mahupun persediaanku untuk mendapatkan keistimewaan-keistimewaan yang ditawarkan? Jawapannya sungguh jauh masih tidak cukup, masih lalai dalam mengejar urusan dunia, semoga Allah tidak membiarkan aku sesat dari jalanNya..Tidak salah untuk kita impikan syurga kelak tetapi janganlah hidup bersenang-lenang di dunia seperti kita tidak akan mati, maksiat dilakukan tanpa rasa malu pada diri sendiri, masyarakat sekeliling mahupun Pencipta, parkara wajib dipandang ringan, buat ikut mood, ada masa buat takda masa tinggal, benda haram di ambil seperti benda halal, nauzubillah. Adakah wajar kita berangan-angan untuk mendapat syurga Allah SWT yang indah itu?

Justeru itu, apabila kita memasang angan-angan ingin mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW, perbanyakkanlah amalan-amalan sunnah, berzikir, berselawat mengingati Rasulullah SAW supaya di akhirat kelak kita akan menjadi umat terpilih untuk menaungi di bawah syafaat Nabi Muhammad SAW dengan izinNya.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat nanti ada 5 jenis :

  • Syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukumnya yang setimpal, agar dicabut hukuman itu.
  • Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa, dari azab neraka. 
  • Syafaat untuk menaikkan ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.
  • Syafaat untuk membebaskan ummat manusia daripada kedahsyatan Padang Mahsyar.
  • Syafaat untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa hisab dan perhitungan apa pun

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Rasulullah SAW bersabda:

"Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku." 
Riwayat Ibn Mas'ud r.a
"Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya."
Riwayat Al Baihaqi & Al Khatib
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers