Monday, 5 November 2012

Supper

Hari tu my sis, bro and i keluar pergi town untuk beli toiletries my sis untuk di bawak ke Merang Resort for 2 months training tu. Kami gerak dalam pukul 9.00pm, itu pun my mum and husband membebel sebab dah lewat baru nak keluar. Since nak pergi Giant, kalau pergi awal parking full, tu yang keluar lewat sikitttt je..time kami sampai pun still penuh lagi kereta. Eden ajak my bro buat semangat lelaki, asalnya dia taknak pergi, tapi den umpan bagitahu nak singgah KFC, ke main laju je bersiap.

Dah siap beli barang terus ke 2nd floor kononnya nak makan dekat KFC Giant je, my bro jalan laju je menonong pergi KFC, kami sampai tengok dia muncung, dah tutup KFC rupanya..baru 10.30pm tapi semua kerusi dah terlangkup atas meja dah.

Pergi mydin mall pulak kot-kot kat situ 24 hours, watamat jugak, my bro kata dah gelap, tinggal lagi bahagian kaunter je cerah..Nak tak nak eden kena jugak bawak pergi KFC Batu Buruk sebab dah janji kan. Sana surely 24 hours, ater penjaga orang sakit kan cepat lapar, mana ada kedai makan sekitar tu yang boleh pergi dengan jalan kaki je, itu yang dia buka 24 hours.

 Snack plate for her

 X-Meal for him

Budak sakit yang aritu eden ingat umur tak panjang, dah segar bugar ceria meria sebab dapat pergi KFC, macam tak pernah makan ayam lagaknya. Syukur alhamdulillah he's fully recovered. Dah sihat ni ke main banyak lagi makan, tapi tomato dia tak nak makan dah walaupun kalau makan dah tak effect pape since appedix kan dah takda..tapi dia fobia dek kerana kesakitan yang amat sangat time operation hari tu. Badan dia memang nampak sangat susut sejak operation hari tu, tapi rasanya tak lama naik la balik..Ater makan tak sah kalau tak menambah.

Sampai rumah tepat pukul 12.00am, my mum dah lena dibuai mimpi, my dad je lagi tunggu kami sambil layan Discovery Channel. Eden tak terus tidur, still dengan lappy buat kerja sikit. My husband dah bising suruh tidur sebab esoknya sekolah, nanti kang terbabas subuh...eleh, padahal bangun pagi kita la selalu kejut dia.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers