Sunday, 25 November 2012

Hospital for Gaza (H4G)

Assalamualaikum =]

Entry ini adalah sumbangan kecil saya untuk seluruh warga Palestin yang kini semuanya terancam akibat serangan berterusan ke atas wilayah Gaza, Palestin oleh Rejim Zionis di Israel baru-baru ini. Serangan-serangan kejam ini telah mengakibatkan banyak nyawa warga Palestin terkorban termasuk kaum wanita, kanak-kanak dan warga tua yang tidak mampu untuk mempertahankan diri mereka. Tentera Israel terus membedil wilayah Gaza dan melakukan kerosakkan serta pemusnahan harta benda.

Justeru itu, saya sangat berbesar hati mengajak para pembaca budiman sekalian untuk berganding bahu dengan pihak MAPIM menyertai Kumpulan Hospital Gaza (H4G) sebagai Pendokong Projek Hospital Gaza bagi membina semula Hospital Materniti & Pediatrik yang telah dimusnahkan oleh Rejim Zionis pada peperangan tahun 2008/2009.

SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN

Setelah berjaya mendirikan semula Masjid An-Nasr dan Masjid Umar Abdul Aziz di bandar Gaza, kini MAPIM dengan sokongan OIC dan Kerajaan GAZA, akan mendirikan sebuah hospital di GAZA yang bernilai lebih dari RM100 juta. Hospital ini akan membantu merawat saudara-saudara kita di GAZA terutamanya anak-anak kita di sana yang hampir bilangannya 60% dari 1.8 juta penduduk di sana.

Jadilah Salah Seorang Ahli Kumpulan H4G 
( Hospital For Gaza )


Ahli Kumpulan H4G terdiri daripada :

        1) 100,000 orang pelajar H4G @ minima RM1.00 sebulan
        2) 10,000 orang pendokong H4G @ minima RM10.00 sebulan
        3) 1,000 orang dermawan H4G @ minima RM100.00 sebulan @ RM1,000.00 setahun
        4) 1,000 organisasi H4G @ minima RM500.00 sebulan @ RM5,000.00 setahun
        5) 1,000 usahawan H4G @ minima RM100.00 sebulan @ RM1,000.00 setahun @ 1% jualan bulanan
        6) 30 Negara H4G @ USD1 juta setahun
        7) 1,000 Sukarelawan H4G seluruh Malaysia
        8) 100 Penceramah H4G seluruh Malaysia
        9) Sekretariat H4G sepenuh masa

Kumpulan ini diuruskan oleh :

Sekretariat Hospital Gaza MAPIM

dan dibantu oleh :

100 orang penceramah H4G
1,000 orang sukarelawan H4G

di seluruh negara.....

100,000 Orang Pendokong Diperlukan Segera 
( Sekurang-kurangnya )

Projek ini merupakan sebuah projek yang sangat besar kos serta komitmennya. Alhamdulillah, MAPIM telah berjaya membuktikan keupayaannya di dalam menguruskan pengumpulan dana dan pembinaan masjid An-Nasr dan Umar Abdul Aziz.

Bagi hospital ini pula, MAPIM amat-amat memerlukan sokongan dan dokongan ANDA, umat Islam khasnya serta rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa amnya, untuk turut serta secara aktif membantu membina hospital ini.

DAFTARLAH sebagai pendokong PROJEK H4G, hari ini juga!!!

 


No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers