Monday, 26 November 2012

5 Syafaat Rasulullah s.a.w di akhirat kelak


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pagi tadi dalam pada tengah bersiap nak ke sekolah, terdengar ustaz ( TV9-Tanyalah Ustaz) berbicara tentang 5 syafaat Rasulullah SAW di akhirat kelak untuk umatnya yang terpilih. Setinggi-tinggi rasa syukur ke Hadrat Ilahi kerana dilahirkan sebagai umat Rasulullah SAW di mana pelbagai keistimewaan ditawarkan kepada manusia yang bergelar umat Kekasih Allah SWT ini. Tetapi untuk mendapatkan keistimewaan itu, bukan semudah seperti memetik jari ataupun seperti jawapan " YA, saya mahu ke syurga" kepada soalan "Anda mahu ke syurga atau ke neraka?".

Saya bertanya kepada diri saya sendiri, apakah sudah cukup perlaksanaan mahupun persediaanku untuk mendapatkan keistimewaan-keistimewaan yang ditawarkan? Jawapannya sungguh jauh masih tidak cukup, masih lalai dalam mengejar urusan dunia, semoga Allah tidak membiarkan aku sesat dari jalanNya..Tidak salah untuk kita impikan syurga kelak tetapi janganlah hidup bersenang-lenang di dunia seperti kita tidak akan mati, maksiat dilakukan tanpa rasa malu pada diri sendiri, masyarakat sekeliling mahupun Pencipta, parkara wajib dipandang ringan, buat ikut mood, ada masa buat takda masa tinggal, benda haram di ambil seperti benda halal, nauzubillah. Adakah wajar kita berangan-angan untuk mendapat syurga Allah SWT yang indah itu?

Justeru itu, apabila kita memasang angan-angan ingin mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW, perbanyakkanlah amalan-amalan sunnah, berzikir, berselawat mengingati Rasulullah SAW supaya di akhirat kelak kita akan menjadi umat terpilih untuk menaungi di bawah syafaat Nabi Muhammad SAW dengan izinNya.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat nanti ada 5 jenis :

  • Syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukumnya yang setimpal, agar dicabut hukuman itu.
  • Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa, dari azab neraka. 
  • Syafaat untuk menaikkan ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.
  • Syafaat untuk membebaskan ummat manusia daripada kedahsyatan Padang Mahsyar.
  • Syafaat untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa hisab dan perhitungan apa pun

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Rasulullah SAW bersabda:

"Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku." 
Riwayat Ibn Mas'ud r.a
"Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya."
Riwayat Al Baihaqi & Al Khatib

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers