Friday, 9 November 2012

Stack-it-up





Siapa pernah main game ni? Confirm korang dah pernah main kan? Tinggal eden je lagi yang ketinggalan zaman, baru nak kenal. Itu pun sebab my sis bawak balik, dia ambil beli kat mana tak tahu la. Dari hari tu lagi dia ajak main, tapi tak berpeluang, banyak sangat kerja, mana nak jahit langsir lagi, mana nak itu ini lagi.. So hari ini den ajak ajak Incik Suami lawan...kita tengok siapa yang kalah.


Bersungguh dia nak keluarkan block tu, dah la kami setuju untuk rules main sebelah tangan je, tapi time kritikal sikit dia sebat pakai dua belah tangan. Mana-mana la labu...

 My turn..

 His turn.. jatuh merudum..yeayyyyyy 7-6!

Sekali round je main, sebab nak kena bersiap ke rumah mak saudara ada kenduri kesyukuran. Lepas tu Incik Suami pulak nak ke Masjid solat jumaat. Petang nanti kami nak ke rumah mertua Yussof (adik suami), nak pergi tengok our his newborn baby girl, Nur Rania Khalisya. Lepas tu nak singgah rumah mertua jap, sebab esok kami nak pergi bercutii..yeayyyyyyyy..tempat bercuti adalah di Kelantan je, sob..sob..sob..ingatkan dapatla pergi jauh sikit, europe ke..kan??..tapi takpe lah, as long as my husband stay with me, itu pun dah di kira bercuti to us. Percutian yang sangatttttt best..hikhikhik

Plan nak gerak pukul 7.00am, saje nak jalan awal pagi sejuk sikit, tapi tak tahu la, Incik Suami ni boleh bangun pagi ke tak, biasa dia ok je, tapi bangun pagi kita la sokmo kena bangun dulu, dia mesti ada extra 10 minutes before wake up.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers