Tuesday 25 June 2013

Ekpedisi mencari siput remis

Salam uolssss..

Hari ru cerita pasalal ekpedisi mencandat sotong, tapi kali ni meredah pasir mencari remis. Betul ke ayat I ni, mintak maaf cikgu BM kalau salah tolong betulkan eh?..Lepas Incik Suami balik solat Jumaat kami siapkan barang2 untuk ekpedisi tersebut..hahahha beria je kan, padahal apa la sangat, baldi kecik 2 biji, air minuman itu je pun..Suami pulak dengan alatan memancing, katanya sambil2 cari remis boleh la hulur joran. Umpan dia bawak sotong candat aritu. Lokasi pencarian remis adalah nun jauhhhhhhhhhhh ke Pantai Pulau Kerengga.

Sebab apa jauh sangat???? Terengganu kan kaya dengan pantai, napa jauh sangat perginya? Kan hari tu office mate I bagitahu, dia cari kat sana, thats why dapat banyak, so I pun jadi tamak haloba nak la jugak dapat banyak macam dia. Niat di hati ni nak bagi kat mertua..itu je sebenarnya. 

Kami gerak dari rumah pukul 4.00 ptg, kiranya sampai je sana masuk waktu Asar. Kami singgah solat di Surau Penjara Marang..Sunyi je koooo kawasan penjara tu. I nak solat pun mai seram sebab takda orang. Incik suami duk intai I kat sebelah perempuan, agaknya dia nak tengok isterinya ni masih selamat ke tidak kat sebelah..hahhaha



Gaya mesti lebey ye dop suamiku??? Lagaknya macam nak gi mancing ikan yu..hahha..siap dengan topi dengan joran bagai. Padahal nak gi cari remis je pun. Nasib baik tak bawak nasi gulai bagai.


Ce korang tengok, jauhnya suami I tinggalkan I, macam tak sempat2 je. Bukannya dia nak holding my hand ke..cheeewah, nak pegang pinggang I ke menyusuri tepian pantai tu, tapi ditinggalnya eden jauhhhh ke belakang. Dibuatnya si monyet kidnap I, eh ada ke monyet nak kidnap I ni, hehehhe..ha time tu baru la sibuk menggagau mana isteri aku...


Korang rasa suami I tu sedang buat apa?Choose eh?
1) Tengah cuba buat mini pool untuk sand castle <-- apa kejadah nak sand castle pulak??
2) Tengah telek kaki dia sendiri "Eh putih + gebu pulak kaki aku bila kena air masin ni, habis hilang segala daki bagai.
3) Sedang cuba belajar menari twist.
hahaahhah

Jawapan tu semua salah ye tuan puan kecuali no.3, yang tu ada masih boleh dipertimbangkan. Mesti la dia sedang gigih mencari remis. Its not that eassyyyyyyyyy to get 'them'...
Balik je I rasa macam nak demam, punya la penatttttttt..

I wonder macamane my friend tu dapat begitu banyakkkkkkkkk sekali, penuh botol air mineral besar tu!!!
Yang kami dapat cuma....


secoet ini sahaja....Ini la dinamakan rezeki kami hari itu yer...Kami gerak balik pukul 6.45, masa tu penuh sikit je dari yang dalam gambar ni. Kiranya tak nampak la tapak baldi tu.
Diantara secoet ni remis yang kami dapat, bahagian I hanyala secubit cuma..7-8 ekor je I dapat. Selebihnya sang suami punya..hahahha...ater kakinya besar+panjang, I ni kaki size 4, mana la nak jumpa si remis tu. Plus memang I takda pengalaman cari remis, kiranya tak pandai cari la senang kabo...

Baru I tahu remis ni rumanya pandai tau..bila ombak sapu permukaan pasir tu, konon kite ni nampak la dia. Tapi si remis ni akan mengiring untuk masuk ke dalam pasir balik. Kalau lambat nan ado la untuk kita. Cepat gila dia sembunyi..Kuasa Tuhan, tu fisrt time I tengok...

Tak dapatla nak bagi kat MIL since hasil tangkapan pun sikit je, buat lekat celah gigi je orang cakap...Later kami akan ke pantai lagi untuk tujuan di atas..InsyaAllah...


Monday 24 June 2013

Salam Nisfu Sya'ban


Salam semua...
Pejam celik pejam celik, lagi 15 hari kita akan menyambut Ramadhan. Rasa macam baru je lagi kita berpuasa. Sekejapnya masa yang berlalu..Tapi yang pentingnya nak kabo, bulan Ramdhan bulan 'jualan murah'. Bukan untuk shopping persiapan raya sahaja, tapi Allah kurniakan pahala berlipat kali ganda untuk setiap amalan baik HambaNya..
Kepada yang belum habis qada puasa tahun lepas, kerjakan la ia secepat yang mungkin. Mak I selalu pesan, untuk tidak jadi 'liat' atau terlupa nak qada, lepas je 2 Syawal, start la puasa (sekali dengan puasa enam Syawal tu), bukannya dah nak sampai Ramdhan baru terhegeh-hegeh nak ganti. Dibuatnya kita 'pergi' sebelum sempat qada akibat melengah-lengahkan waktu, dikira berhutang la kita dengan Allah..Kalau ada yang baik hati nak tolong qada takpe, kalau tak da???

Malam tadi Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik oleh Allah untuk habiskan bacaan Yassin 3 kali bersama-sama penduduk kampung di Surau. My hubby pulak ke Masjid Pasir Mas untuk menyambut malam Nisfu Sya'ban. Dia pun asalnya terlupa kalau tak diberitahu, iyer la sibuk sangat katanya. I pun kalau la tak duduk dengan parents, mungkin lupa jugak. Itu la manusia, terlalu mengejar hal duniawi. Semoga aku tidak berterusan lalai seperti itu..Amin...


Dah menjadi kebiasaan penduduk kampung I untuk pakat-pakat bawak juadah ke surau bila datangnya malam Nisfu Sya'ban ni. Kiranya lepas je bacaan Yassin solat Isyak, jemput-jemputla menjamu selera beramai-ramai. Kami sekeluarga pun tidak ketinggalan..My mum cakap kalau buat kuih yang manis-manis rasanya macam kurang sambutan. Bebudak lagi la tak makan mana. So I dengan penuh kasih sayang volunteer untuk masak bihun ni.

Balik je sekolah, singgah kedai jap cari timun batang untuk garnishing..hehehhe
Tok (nenek) pulak sponsor sebungkus bihun untuk bahagian dia, katanya aku tak nak buat tak larat, nak tumpang je.
So sampai je rumah, I nampak dia tercongok dah tunggu I nak masak bersama. Siap je solat Asar I nampak dia dah start potong bawang sayur kat dapur. So misi bermula selama 45 minit..


Untuk memudahkan jemaah surau makan, kami siap-siap bungkus dalam bekas 'polistrin' ni. Untuk 2 bungkus bihun bersaiz besar tu, dapatla dibungkus sebanyak 17 bekas. Itu pun setelah di'ngap' oleh adik I sebanyak 2 pinggan. Kalau tak boleh 20 bungkus. Kita tak buat banyak sebab jemaah lain pun bawak makanan masing-masing. Ada yang bawak pulut kuning, keropok lekor, kuih gulung, pulut gaul nyior, qasidah, karipap and many more..alhamdulillah..rezeki di malam Nisfu Sya'ban.

Dekat masjid Pasir Mas tidak ada juadah pape pun kata suami, lain tempat lain cara ye dop? Yang penting amalan kita di malam Nisfu Syaaban itu perlu diperbanyakkan, bukan perbanyakkan apa yang kita makan...hehehehe

Sunday 23 June 2013

Baju Kurung Ke-2

Salam semuaaa....

Kali ni entry pasal my second home made baju kurung. Hmm yang ni untuk I la pulak..My friend cakap cantik, tak besar sangat and tak kecik sangat. Dia pun apa lagi nak mintak jahitkan sehelai for her. Katanya ada 3 pasang lagi kain tak berjahit. I taknak la ambil risiko, sebab I baru je ada pengalaman jahit DUA PASANG baju kurung sahaja. Tunggula kalau umur I panjang, jahit sampai 100 helai, then baru I bersedia untuk ambil upah jahit..hihihi...just my 2 cents la..


Mata I mesti jadi camtu bila first time shoot, hahaha, nak wat gane Allah anugerahkan mata kuyu for me and hubby..
Kali kedua baru paksa besarkan mata, then nampak la macam terkejut, nak senyum pun tak jadi sebab pada masa yang sama nak kena besarkan mata..

Mak I ada cabar I haritu lepas dia tengok I siapkan baju kurung ke-2 ni. Katanya mak cabar jahitkan baju kurung untuk mak guna kain pasang yang mak beli kat Pasir Mas hari tu. Mahal kain ni...hahahha, RM30 je pun, I ingat kain sutera...OK, I'LL TAKE THE CHALLENGE!

Kawan I yang lelaki kat sekolah ni pun tegur tadi, hihihi..sebab aritu I pun ada bagitahu sekarang asyik tidur lambat je sebab duk jahit baju kurung..mungkin sebab tu dia tanya kot..

Dia: Lawanya baju Ida, yang jahit sendiri eh?
Me: (kembang kuncup hidung) haah, cantik tak? baru belajar jahit ni..
Dia: Pandai Ida jahit...
Me: Boleh la untuk pakai sendiri...

Not forgotten many thanks to Incik Suami sebab belikan kain and support me 100% untuk projek jahit-menjahit ni..

Wednesday 19 June 2013

Expedisi mencandat sotong 2

Salam uollssss..

Malasnya nak hapdet..mengantuk sebenarnya..Lepas perkena nasi lemak tadi pastila mengantuk. Bukan banyak pun makan.. Tapi kena jugak hapdet sebab ini yang last untuk aktiviti mencandat sotong buat tahun ini..Tak tahu la kot-kot sok lusa ada lagi. Dengar kata kawan ayah sekarang bulan dah tak cerah mana, sotong pun kurang. Kalau pergi pun membazir duit je...Bulan puasa bulan cerah, tapi takkan nak pergi bulan puasa. Baik la pergi masjid terawih...

Hari tu suami pergi dengan ex-office mate dia from KL kan? This time pulak pergi dengan ex-office mate JKM Marang..Nak dijadikan cerita my dad pun ikut serta sebab katanya seumur hidup dia, dia tak pernah lagi pergi mencandat. My brother pun gatal jugak nak ikut, katanya nak cari pengalaman, mungkin pertama dan terakhir..
Nak ikut sangat, tapi padan habis masa dengan mabuk + tidur je. Sotong lagi la tak dapat langsung..

 
Sampai di Jeti Pulau Kapas dalam 5.15pm..lepas 10minit peluk cium bagai terus gerak..

 Abang Ri (driver JKM) sebagai ketua misi kali ini...

 Lambaian suami terchenta....

 Dalam hati bimbang jugak nak melepaskan dorang pergi, yela dalam minggu tu ada kes boat nelayan karam, boat penumpang pun ada jugak karam..Tapi sekarang duduk tengah laut pun boleh berhubung lagi..Kadang I sms kadang I call tanya keadaan..Tawakal je la, ajal maut semua di tangan Tuhan..

Charge per person RM50, kali ini menu tengah laut adalah sotong kunyit, sotong bakar and sotong tumis..wahhhhh mewah dengan sotong..no more sardines k...

Hasil tangkapan sangatla memuaskan alhamdulillah..dapatla 10kg, tak sia-sia bawak tong gabus beserta ais semua. Reserve 2kg untuk MIL, selebihnya jual and simpan sikit untuk makan. Kami tak jual mahal pun, RM14.00 per kg..kalau kat pasar RM18.00..

Gambar sotong tadakkk..tak ingat nak snap..entah kenapa diriku pun tak tahu..biasa pantang ada kes mesti sambar terus S2..My dad cakap ikan tambang sisik banyakkkkkkkkkkk sangat. Naik gila tengok ikan banyak gitu..tak pernah tengok..Dia sauk jugak, boleh la kukus untuk kucing kat rumah tu..

Tuesday 18 June 2013

Acar jeruk buah-buahan

Malam sabtu baru ni kami sekeluarga buat kenduri tahlil arwah abang, jadinya untuk menu kenduri tu kami buat nasi minyak, ayam masak kurma and acar buah..

Nasi my dad and my hubby yang masak, while lauk ayam tu pulak my mum and the gang yang buat. Acar pulak eden la...First time I buat, dorang suka..menjadi la tu kalau tak takkan habis kan?

Kami tak tempah katering macam orang lain biasa buat tu, lebih suka gotong-royong buat, and nanti boleh pakat bawak balik sikit sorang. Kalau buat sendiri rasa tu boleh la adjust nak tawar ke nak manis ke nak lebih itu ke lebih ini ke..Kalau katering tu terima je la apa je rasa yang dorang bawa dari dapur dorang, ye dop. Cuma penatla sikit, tapi takpe puas hati...

Next time before puasa kami nak buat kenduri sekali lagi, menu nasi ayam pulak, kali ni nak jemput kaum hawa di kampung mai baca yasin kat rumah and tahlil sekali lagi untuk arwah. Baru ni kaum adam je yang di jemput untuk tahlil, kaum hawa yang sekitar rumah tu je jemput.

Lebihan buah jeruk tu I try buah acar johor ni pulak...yang orang cakap kalau kena pada cara acar ni boleh tahan sampai 5-6 bulan..yang I punya ni tak tahula berapa lama tahan..Sikit je pun buat, tak perlu tahan lama-lama, bekalkan untuk my sis balik KL sikit, and bagi kat kawan sikit untuk dia komen.

Tapi ada sedikit masalah la ngan menu ni, time duk ketung-ketang kat dapur semalam, duk p mai p mai, terhangit sikit bawang yang ditumis tu sebab leka buat benda lain. Jadinya rasa acar ni ada sedikit pahit la, nak buat yang baru bahan pun dah takda. Mintak mak rasa, dia cakap, pahit ni masih boleh ditelan...hahahhaha..so proceed je la sampai siap.


Bahan-bahan:
  • Buah-buahan jeruk (Prune kering, limau kasturi, jeruk cili, mangga, kana hijau+kuning+merah, asam masin etc)
  • 5 sdm bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 4 sdm cili kisar
  • 1/2 inci halia (dimayang)
  • 2 sdm cuka
  • 2 sdm gula
  • 1 sdk campuran jintan manis+jintan putih
  • Rempah halus (bunga lawang, cengkih & kulit kayu manis
  • Garam & serbuk perasa secukupnya
Cara-cara:

  • Tumis rempah halus, bawang putih, bawang merah, halia, cili kisar sehingga pecah minyak.
  • Kemudian masukan jintan manis, jintan putih, ketumbar dan masak lebih kurang 30 minit. Masukkan cuka.
  • Masukkan buah-buahan jeruk yang keras, air dan masak sehingga empuk.
  • Last sekali masukkan buah-buahan lembut, bawang merah berulas, bawang putih dan kacau sebati.
  • Perasakan dengan gula dan garam. Kacau dan biarkan kering.

Selamat Mencuba!!

Monday 17 June 2013

Sambal goreng tempe

Menu ni request from my friend. Dia buat nasi lemak bawak kat sekolah, I buat sambal tempe..Kebetulan my sis ada kat rumah, jadi I serahkan tugas menggoreng tempe untuk dia..Dahla malam tu kami dinner kat luar, sampai rumah dalam 10.30pm. Kemalasan yang melampau sebenarnya nak buat. Tapi janji ditepati, kena la adakan jugak ye..yang penting masak dengan penuh kasih sayang barula sedapppp :p..

Kami 2 beradik duk ketung-ketang kat dapur siapkan sambal tempe ni. Nak buat esoknya takut tak sempat. Di buatnya terbabas tidur, memangla langsung tak berbau sambal tempe ni..


Dek kerana kesuntukkan waktu and mata pun dah mengantuk, I snap gambar tempe fresh dari dalam kuali jer, takda nak hias menghias dalam plate cantik-cantik bagai..

Dulu my sis tak suka tempe, sejak dia duk KL sekarang, dah pandai makan tempe. Siap request nak balik KL esok nak tapau sambal tempe ni. Nak manis-manis pedas katanya, kalau kat kedai tak leh nak request camni. Apa yang ada depan mata, ha cedokla berapa senduk ko nak pun, asalkan ada duit nak bayor...

Tempe ni my favourate jugak, start belajar makan tempe sejak I study kat KMB, Banting dulu..First time makan memang tak sedapppppp, cam makanan basi je bau dia...Lama-lama eh ketagih plak..Kalau la hari yang ada menu sambal tempe, laju je menonong ke dewan makan. Banting kan ramai orang Jawo, memang la menu ni hidangan wajib..

Bahan-bahan:
  • 2 paket tempe (digoreng setelah digaul bersama kunyit + garam)
  • 4 sdm bawang merah yang dikisar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 sdm cili kisar
  • 1 sdm sos cili
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 1 biji bawang merah yang dimayang kasar
  • Garam dan gula
  • 3 sudu besar minyak untuk menumis.
Cara-cara:
  • Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga garing.
  • Masukkan air asam jawa, cili sos, garam dan gula.
  • Setelah cukup rasa masam manis masin semua, masukkan tempe bersama hirisan bawang mayang dan biarkan seketika.
  • Sedia untuk dihidang.
Selamat Mencuba!!

Sunday 16 June 2013

Siput remis sweet and sour..

Cuti sekolah baru ni punya cerita...Tengah-tengah duk bercerita dengan kawan sorang ni, tetiba dia bagitahu semalam lepas balik kerja dia ke Pantai Pulau Kerengga cari siput remis. Katanya banyak jugak dapat. I pun teruja la jugak nak tengok sebab kebiasaannya kalau I pergi pantai takda jumpa pun remis bagai ni, yang jumpa kulitnya je..Terus I mintak dia bawakkan sikit kalau ada lebih.



Ha, ini la rupanya yer bagi sapa yang tak pernah tengok macam eden ni...hihihihi..Cuba perhati, ada sesungut remis ni rupanya..Ni la first time I tengok siput ni hidup-hidup..korang pun macam tu jugakkan?..hahahha..Kawan I bawak ni dia letak remis ni dalam air masin, kiranya dia bawak balik air pantai sikit untuk remis ni 'bermalam' dengan selesanya sebelum di masak lomak....



I nak makan siput sahaja and taknak makan dengan nasi, jadinya I masakla tumis sweet sour tu je..Ada lagi separuh. Sengaja I simpan untuk my little sister and Incik Suami..Bila dorang balik barula masak, bagi dorang rasa keenakkan siput remis ni...

Bahan-bahan:
  • 1/4kg siput remis
  • 2 sdm bawang merah yang dikisar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 hiris halis
  • 1 sdm sos cili
  • 1 sdm sos tiram
  • 1 sdm air asam jawa
  • Garam dan gula
  • 3 sudu besar minyak untuk menumis.
Cara-cara:
  • Tumiskan bawang merah, halia dan bawang putih sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan sos cili, air asam jawa dan sos tiram.
  • Masukkan siput remis dan biarkan ia masak.
  • Perasakan dengan gula dan garam.
  • Sedia untuk dihidang.
Selamat Mencuba!!

Saturday 15 June 2013

Jambu arang si hitam legam



I tak tahu la dekat negeri lain panggil apa buah ni. Tapi i diberitahu oleh my mum buah ni dikenali dengan nama Jambu Arang..sesuai dah nama tu, dengan kulitnya hitam bila dah masak ranum.. Rasanya tu sangatla masam, kadang-kadang je jumpa yang masam+manis sikit-sikit..

Kalau la tunjuk dekat budak zaman sekarang I rasa for sure dorang tak kenal.. I pun dah dekat 15 tahun tak tengok buah ni. Dulu ada la sepohon dekat belakang rumah, time tu I darjah 3 tak silap. Terbongkok-bongkok cari buah tu di celah2 daun atas tanah.  Yelam, ater pokoknya tinggi, nak ambil buah tu kena baling dengan batu/ranting kayu, bila dah jatuh bersepah tak tahu ke mana..

Ni yang jadi jumpa balik ni pun sebab seorang staff kat office bawak mai sekolah. Katanya kat rumah mertua dia banyakkkkk...Agaknya buah ni dekat kampungku je yang pupus kot...hihihihi
Mak I pun cakap lamanya tak tengok buah nii..tapi bila i bawak balik takdanya pun dia makan...


Friday 14 June 2013

Alas peti sejuk

Salam semuaaaaaaaaa....

Seronok ni nak mulakan entry ni...hikhikhik...
Nak tau kenapa???Jeng..jeng..jeng..aktiviti menjahit la apa lagi..

Satu lagi projek menjahit telah dilancarkan sepenuhnya sejak minggu lepas, dan sampai hari ni masih belum siap lagi..hehehe..Tapi takpe nak sharing jugak walaupun separuh je siap..excited weii bila ada hobby baru ni..tak siap bukan sebab malas, tapi bahan tak cukup. Bila keluar ke town lupa nak singgah kedai..




Kain ni adalah lebihan daripada kain buat langsir rumah. Cari span nipis kat kedai, zup zap zup zap jadila rupa ini...kononnya nak letak di rumah kat Kelantan, tapi cancel la, pasang kat rumah mak la. Yang di sana kita buat kain lain yer Incik Suami...

Tinggal nak buat lace tepi dan letak poket je lagi..pastu siap ler..Untuk pemegang pintu tak perlu buat sebab peti ais zaman sekarang nan adoo pemegang pintu dah..

Tengok secara kasar garisan blok tu takla nampak herot, tapi kalau di amati garisan tu sangatlah bengkang-bengkok. I dah cuba untuk luruskan, jahit pun perlahan-lahan je konon berhati-hati, tapi membelok jugak..hahahhah..

PRACTICE MAKES PERFECT!!!

Thursday 13 June 2013

Expedisi mencandat sotong 1

Salam semua....

Hmm entry ni sebenarnya yang sebulan lepas punya, tapi baru hari ni rasa nak sharing...kali ini kisah candat sotong..Siapa yang pernah ada pengalaman mencandat sotong ni? Biasa aktiviti ni memang popular di Pantai Timur..Lokasi pilihan kebiasaannya Terengganu..

Nak dijadikan cerita, ex-officemate my hubby mintak dia handle trip tu..Dah dia je from Terengganu, so dia la kena jadi kepala. Kebetulan ex-office mate kami kat JKM Marang memang ada kaki untuk urusan candat-mencandat ni..Satu kepala charge RM70...Pergi 10 orang tak termasuk tukang masak and driver boat. For my hubby, ni first time dia la ke laut untuk mencandat. I siap bekalkan dia dengan kek and sedikit mangga muda+colek untuk hilangkan mabuk..konon...hahahah..padahal kalau dah mabuk memang tak leh makan, pasti muntah la..

Dorang gerak pukul 5.30pm, kiranya berjumpa di LKIM, Chendering lepas asar. Makan malam adalah lauk sardin yer, budget murah...lain boat lain menu yer..Tandas pasti ada, sebab ni boat pelancong, bukan boat tangkap ikan tu. Bilik tidur of course takda la, ni bukan nak pergi tidur, nak pergi cari REZEKI yer..



Pagi tu i buat kek gula hangus untuk bekal my hubby and the gang. Dera dia sekejap..hihihi..takla mana boleh dera my soul mate ni, cuma minta tolong je sebab masa tu i pun tengah masak benda lain jugak..

Kebiasaannya kalau pergi mencadat ni, pukul 10.00 am sampaila di darat semula. Hari tu my hubby trip kul 12.00pm baru sampai, Request dari gang from KL tu nak stop memancing sekejap. Dapat la haruan tasik 2 ekor. My hubby xdapat pape pun..takda rezeki la tu..

Hasil tangkapan sotong hari tu sangatla tidak memberansangkan. Kenapa???? Daripada 10 orang yang pergi tu, hanya 4 orang je yang berjaya mengharungi onak dan duri di laut tu..maksud i tak mabuk sangat and boleh mencandat. Yang lain tewas di awal masa pertama...semua ketiduran and duk bergilir muntahhhhhhhhhhhhh aje..Kiranyanya pengalaman mencandat takda la, pengalaman mabuk ada...kikikiki... My hubby alhamdulillah okay, cuma pening lalat je la..My hubby dapat la 7 ekor sotong..oklah daripada balik tangan kosong. Nasib baik i tak suruh dia bawak tong gabus nak letak ais tu..hahahha..


 Untuk lunch i masak sotong tumis belacan..Bestla sotong besar + segar. Kalau kat pasar mana nak jumpa sotong keras gini..

Untuk minum petang pulak i buat sotong celup tepung..Isk kalau kat kedai sepinggan gini tak tahu la berapa puluh hengget ni..Kenduri sotong la kami hari tu..



 Merah lagi mata 'nelayan' sotong ni, mencandat la sangat yer..
 
 Makan pun mamai lagi, mabuk tak hilang sepenuhnya lagi..Nak dijadikan cerita, hari isnin dia balik Kelantan, hari rabu dia balik Terengganu balik sebab demam teruk..Kejutan budaya agaknya lepas pergi mencandat.. Tapi takpe la, pengalaman mahal tu takleh dibeli di pasar-pasar berdekatan k..

Wednesday 12 June 2013

My first home made baju kurung

Salam uolllllsss....

Lama sangat tak hapdet blog yer...it's okay ..bukan ada bos pun yang nak pantau..kalau tak hapdet potong gaji mahunya setiap hari ada 5-6 entry...

This time saya nak sharing dengan semua yang pernah singgah kat sini, dengan penuh rasa syukur alhamdulillah bahawa saya sekarang dah 'pandai' jahit bahu kurung...so lepas ni tak perlu la susah2 pergi upah kat tailor..dahla upah jahit lagi mahal dari kain..contohla kain sepasang RM25, tapi upah sekarang RM30 ke atas dah..kalau letak paiping naik lagi..

Actually longgggggggggg time ago pernah la belajar dengan arwah mok tua  (nenek)...Time tu berusia 13 tahun..and the age of 13 yo saya dah hasilkan my own baju sekolah..Lepas tu bila duduk asrama, ke matrik, masuk u, terus tinggalkan semuanya..Ni bila dah nak akhir abad baru la realize yang aku mesti recall balik teknik menjahit baju kurung AT LEAST..:)

Am so glad sebab my MIL pun boleh menjahit...So cedok la sedikit2 ilmu menjahit dari dia. Ajak my hubby cari kain kat Desa Murni, yang murah-murah untuk tujuan belajar. Tak silap sepasang RM12.90..Unfortunately, semua kain yang ada tu kebanyakkannya kain 'berkaki'..Waaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat mencabar nak memotong kain ituuuuuuuu...untuk beginner like me la...Tapi takpa, kita bersusah-susah dahulu, later baru bersenang-senang.. tak gitu???

It's okay, LET'S TRY!
It tooks almost 3 hours hanya untuk fasa memotong!!!!! hahahhaha..yela..nak design bunga tu supaya center dengan bahagian badan baju, dengan lengan baju, pesak and so forth...bukan senang cik kak oiiiiii...kalau pakar tu zup zap zup zap dah siap 5 pasang dalam masa 1 jam..

Alhamdulillah i manage untuk siapkan proses memotong tu biarpun lambat..Kain tu pun tak rosak, bak kata orang takda la membazir sebab salah potong ke apa..Hantar pergi kelim tepi dulu kat rumah jiran..siap je kelim malam tu terus jahit...amik masa 2 hari sebab malam je ada masa, siang kan i keja uolllsssss..lagi satu mesin jahit tu tak sihat mana, yang my mum punya zaman tok kaduk dulu. Bila nak jahit pinggang, part tebal sikit terus la benang tu ber'bolot'..hahahhaha...cukup mencabar kesabaranku..By the way, my mum dah panggil 'doctor' untuk ubatkan last week...so sekarang dah makin sihat...

Bila dah siap tu hari-hari i telek baju tu. Tak sangka kan boleh jahit baju kurung....sukaaaaaaaaaaaaaaaa sangat...rasa nak buat announcement kat youtube..pfffftttt padahal apa la sangat setakat baju kurung...kalau kurung peplum tu lain la...tapi for me sangat bermakna la sebenarnya...dahhh no more talking, picture time plak..layanzzzzzzzzz

 My first baju kurung ni aku hadiahkan khas untuk ibuku tersayang...




Time peragakan baju ni, kain tak siap lagi sebenarnya. Nampak tak lengan pun tak sembat lagi tu..bukan setakat lengan, leher pun berbulu lagi...hihihih...Al maklumla tak sabar nak tengok jadi ke tak..itu yang suruh pakai tak menyempat-nyempat..hihihi

Tunjuk dekat ofismate my new hobby ni, terus dia nak upah jahit baju dia...owh nooooooooooooooo..i tak nak rosakkan kain orang yang mahal2 tu...Biar i jahit until 100 pasang dulu baru leh ambil upah...sekian, terima kasih :)
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers