Showing posts with label foodNrecipes. Show all posts
Showing posts with label foodNrecipes. Show all posts

Tuesday, 27 November 2012

Mee rebus Mr. Father


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Di suatu petang..

Ayah: Kak, malam ni buat mee goreng, tak payah masak nasi..nak?
Me: Tengah makan nasi lauk ikan patin masak tempoyak dengan lahapnya seleranya. Hmm..taknak la, dah kenyang ni makan nasi..esok malam la..isk apa aku ni sadis sangat, ayah nak makan buat jela.. takpelah mak mesti buat nanti..

Waktu maghrib...

Ayah: Yang...buat mee rebus malam ni..
Mak: Mee rebus apa nasi dah masak, nanti membazir lauk tak habis...
Me: Mak buat la, kempunan ayah nanti, kalau la umur ayah tak panjang, mak jugak menyesal nanti tak buatkan mee rebus...aku memujuk..hehehe
Mak: Senyum then terus bangun pergi keluarkan ayam dari freezer..

Eden al malas nak pergi dapur sebab hari tu penat sangat dengan hal dekat sekolah, itu yang makan sampai menambah-nambah, kelaparan jadinya..hahaha..bila dah start bau harum, den punya perangai buruk baru keluar bilik pergi jenguk kat dapur, tengok-tengok my parents bekerjasama masak mee rebus tu, tapi yang tukang masak adalah my dad. Psssstttt..sebenarnya ayah masak lagi sedap dari mak..certain menu la, dulu ada sekali time mak pergi KL, ayah la masak, ada satu lauk tu, tak tahu nama apa, tapi sampai sekarang ingat rasa dia macamana, nak kata sup kuah dia perang..ikan merah rasanya..tanya dia, confirm tak ingat...tapi bestttt sangat..

Zaman bebudak dulu ingat lagi, rasanya almost 2 tahun setiap kali buka puasa, menu kami adik beradik 1 bulan adalah mee goreng, tapi mee tersebut mesti ayah yang masak..jadinya setiap petang mak cuma masak lauk pauk untuk makan dengan nasi, and menu kami tunggu ayah balik baru masak. Memang ada beza mee yang digoreng oleh ayah and mak.


Kalau mak buat, kuah mee rebus tu takkan warna gitu, mesti putih...and telur pun dia takkan letak..beza memang berbeza..=]

Sunday, 18 November 2012

Nasi dagang versi Kelate

Assalamualaikum kawe-kawe semuo..hihiii..siapa pernah makan nasi dagang Kelantan? Saya third time kot makan, nasi dagang versi Terengganu pakai beras putih je, tapi di Kelantan kebiasaan mereka guna beras khas bukan beras Faiza Taj Mahal eh, tapi beras nasi dagang yang warna dia perang kemerahan.

Kami dapat rasa pun sebab rezeki jiran sebelah rumah hantar untuk breakfast pagi Khamis aritu. Kiranya berbalas hidangan la sebabnya on Wednesday pagi tu saya buat nasi kebuli lebih sikit, jadinya pass kat jiran bagi dia rasa air tangan orang Terengganu sekali, hihihi..pastu tengahari pulak saya buat nasi ayam and sengaja jugak buat lebih bagi kat jiran sebelah. Pagi Khamis tu kononnya nak buat mee goreng untuk breakfast, dah jerang kuali dah, tetiba bunyi orang bagi salam. Pergi jenguk tengok ada rezeki untuk kami di pagi hari..Alhamdulillah tak perlu masak, sebabnya barang nak bawak balik Terengganu pun tak kemas lagi, kononnya pukul 10.00am nak gerak, bung bang bung bang pukul 12.00pm jugak gerak..

Gulai ikan aya dia tak sama macam kat Terenggganu, this one sangat pekat. Rasa dia boleh tahan.

 Banyak sangat dia bagi nasi, telur sampai 2 biji! Sah-sahla masuk perut den sikit je, perut suami lebih sikit hihih..Tengok beras dia, warna perang+putih..Tok saya cakap dia tak lalu nak makan nasi dagang kelate sebab warna nasi tu telah membantutkan selera. Tapi den belasah je..

 Oleh kerana banyak, terpaksa la ditapaukan, buang???? tak sampai hati...

 Price: RM 58.00

Sebenarnya nak tunjuk mangkuk tingkat yang saya baru beli dekat Rantau Panjang ni hikhikhik..Dulu dah ada tapi 3 tingkat je, brand Eagle, tapi my sis bawak g USM, dia cuci tinggal kat toilet, esoknya terus hilang..sedih..takda rezeki nak wat camane, tapi ni suami gantikan dengan Zebra brand..yeaaayyyyyyyy

Sampai rumah pukul 10.30pm sebab singgah rumah mertua dulu agih barang-barang yang kami beli kat Wakaf Che Yeh on Rabu malam..Buka mangkuk tingkat ni nak tunjuk nasi dangang kat my dad, tengok-tengok tak basi lagiiii, kalau versi Terengganu biasa dah basi kalau lambat hangatkan balik.. My dad makan tak habis pun, jadi selebihnya jadi rezeki ayam pulak.

Tuesday, 13 November 2012

Repeat Char Koi again..

Semalam dah makan, hari ni mintak Incik Suami belikan lagi, muahahaha..kali ni dia beli RM2.00, so dapatla 10 biji..puas dapat makan kuih ni..thank dear..

Cute je bentuk kuih ni kan? yang penting sangat la lembuttttttt di dalam and rangup di luar. Kuah manis tu pulak tak la manis sangat and ada rasa lemak-lemak sikit. Mungkin di buat pakai santan kot..

Eden baru duk berkira-kira nak shoot gambar, nak focus nak zoom semua, my husband dah settle makan 3 biji!!waaaaaaaaaaaaaaaaa

Tuesday, 23 October 2012

Burger 2!

Ni story 3 hari lepas, lepas solat asar, tanya Incik Suami nak makan burger tak? dia ok je bab makan, pape je dia makan tolak batu and kayu je..syukur aku punya suami yang tak memilih bab makan pakai..Eden buat 3 biji, 2 for us, and satu lagi untuk my brother..parents tak gemar! hahaha

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Rasulullah SAW bersabda:
 “Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu iaitu yang halal lagi baik."
(al-Maaidah: 88)

Monday, 22 October 2012

Cuti-cuti Malaysia

Semalam eden cuti, sebab kelantan cuti (langsung takda kaitan..tskk...) yeayyyyy...takler, ater Incik Suami cuti sebab malam kelmarin ada game Kelantan vs ATM kang, eden pun apply cuti jugak ler, perabih cuti dah nak hujung tahun dah ni..Eh, dah menang tu tambah lah sehari lagi YM Tuanku Sultan..patik mohon sangat-sangat agar diperkenankan...

Tengah-tengah tengok game tu, my dad ajak suami pergi tangkap ayam kampung, dalam kul9.30 pm rasanya. Dorang tangkap 2 ekor, suami dapat scratch macam harry porter tu atas dahi..hahahha..ater orang bandar tak pernah main-main ayam nih, beli yang dah siap je senang. Ater orang suh pegang kaki ayam, dia kan rabun sikit, jadinya ter'pegang' si bontot ayam...kalau ter'pegang' bontot orang pun makan penampar, ni pulak bontot ayam.. hah ambik ko, terkejut monyet ayam tuh, time terbang tu tercakar la dahi suami..hahaha..takpe la luka sikit, yang penting dapat pengalaman and teknik-teknik nak tangkap ayam..yang penting suluh mata ayam tu baru senang nak tangkap, jangan suluh bontot/kaki ayam!

Dah selamat sembelih ayam jantan 2 ekor..
 Selamat di celur dengan air panas untuk di cabut bulu-bulunya..


Suami and mak yang tukang cabut bulu, eden tukang tengok je..hikhik
 Taraaaaa dah siap pun gulai ayam kampung 2 ekor...penuh seperiuk! Sebenarnya bukan untuk kami sekeluarga je ni makan, tapi rezeki Allah Taala ini telah dibahagi-bahagikan kepada nenek, mak saudara, and nenek saudara yang tinggal berjiran dengan kami. Terima kasih Incik Suami tolong hantarkan ke rumah dorang..
 Disamping itu ada menu tambahan jugak, acar rampai kubis..
 Ikan kering ikan seluang aka ikan sungai (thank mr.hubby tolong gorengkan)..ikan ni hanya wujud di musim hujan je..rumah eden kan dekat dengan sungai, senang la nak mendapat ikan ni..Semalam hujan je kat kampung, al cepatla lapar yer..jadinya nasi seperiuk habis licin di tambah menu ayam kampung yang lama dah tak makan..terima kasih Allah..

 Sedar tak wahai saudaraku, alangkah baiknya kalau ayam kita nak makan tu kita sembelih sendiri dan proses sendiri. Tak sampai 20 minint pun untuk seekor ayam. Sebabnya, yang penting HALALLANTOYYIBAH, kita yakin lebih bersih dan sedap terutamanya kalau isteri/ibu kita yang masak. Doa dan masakan isteri-isteri solehah akan lebih diberkati dan dijauhi Allah daripada penyakit-penyakit kronik yang bermacam-macam akibat makanan tidak HALAL.. Pahala makan masakan isteri, pahala makan bersama keluarga jauh lebih besar dan afdalnya dari makan/beli di warung-warung tepi jalan atau pasar malam..
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah S.W.T. mewajibkan untuk berbuat baik terhadap sesuatu, oleh itu jika kamu membunuh, perbaikilah cara membunuhnya. Apabila kamu menyembelih maka perelokkanlah cara sembelihannya serta tajamkanlah pisaunya untuk memudahkan penyembelihannya.”
(An-Nawawi, Sohih Muslim)

Sunday, 21 October 2012

Dinner date with Mr. Hubby

On the way nak pergi ambil suami dekat Bus Station last weekend, dalam kepala duk fikir malam ni nak ajak suami makan kat mana eh? Asyik ulang tempat sama je, bosan jugak yer. Hmm apa kata pergi Restoren Mama Tomyam dekat bulatan Ladang, ater tekak ni tetiba lak rasa nak makan siakap masam manis. Last time makan rasanya 2010 kot..Masuk je dia dalam kereta, dah salam kelecop-kelecop semua saya pun tanya la dia;-

Me: Abang nak makan kat mana?
Hubby: Mama Tomyam sambil tersenyum kambing..
Me: Terkesima terus pandang dia sambil membulatkan lagi mata (seolah-olah bertanya 'did i told you abang?')
Hubby: Kenapa???
Me: Same thought!

Terus dikelecopnya eden..chemistry la tu. Sila layan gambar di bawah dan jangan lupa esok pagi-pagi pergi market cari ikan siakap untuk di masak sweet and sour.
Ni je paling kecik, sampai-sampai je order  rasa nak pengsan tengok besar sangat, tapi takpe Incik Suami sanggup habiskan.
Tomyam putih kurang ummmph sebab kurang pedas serta kurang masam.
Kailan ikan masin ni tak fresh, boleh nampak daun dah kekuningan.

Ikutkan perut eden, siakap tu dah cukup, ater perut suami???? Ini pun ada hati nak tambah telur dadar. Time lapar gulai gajah sekor pun rasa tak cukup..hahhaha

Total = RM54.00

Sunday, 14 October 2012

Penang trip - Day 1

Story ni dah berkurun sebenarnya, almost 3 weeks ago kami ke Penang untuk Majlis Konvokesyen my only sister. From KT kami bertiga je, balik pun bertiga jugak, my parens and i sebab my sis balik esoknya untuk ambil scroll. Husband ada kerja tak dapat join, same thing goes to my brother, dia pulak ada kem dekat sekolah. My sister ke Penang from Kubang Kerian sebab a week before dia dah ada kat USM untuk exam Lembaga Jururawat Malaysia. Alhamdulillah result dah keluar last week, and she passed the exam. Kami bertolak dari rumah around 4.15 am on Thursday.
Kami sampai Penang pukul 12.30 pm dan menginap di sebuah home stay milik Song Gim Hoe di Lorong Batu Uban 1. Rumah ni cantikkkkkk sangatttt. Kebersihan memang tip top, layanan pekerja dan juga owner macam satu keluarga pulak. Kat sini ada 11 bilik, saya ambil 2 bilik, lagi 9 semua chinese, semuanya datang Penang untuk majlis konvo tu. Penyewa lain pun sangat friendly, time kami duduk tengok tv kat living room tu, ada yang baru nak keluar makan and ada yang baru sampai, bila kami senyum, dorang mesti stop menyapa, tanya itu ini. Dalam hati, 'eh ramah la pulak', yela sebab kami kat kampung mana ada bergaul dengan chinese. My mum la excited, 'ramah ek orang-orang cina sini..'
Parking is limited to two motor vehicles.

Pat-pat siku lipat, siapa cepat dia dapat..Time ni hujan, tapi sangat lebattttt dekat Penang Bridge, drive pun slow jer sebab campur sesak and kelabu mata.
 Landskap depan rumah pun cantik.
Sebenarnya nak sampai rumah ni pusing 3 kali jugak, GPS dah membawa kami masuk dalam Taman ni, tapi jadi payah sebab rumah ni takda no, dari hujung kami bilang 30, 32, 34, 36, ivillehomein , 40..time tu tak terfikir pulak no rumah dia susun genap macamtu...hahah..dah penat sangat keliling kami stop depan homestay ni untuk call onwer, time tengah tunggu call out tu, (dalam hati) 'pagar ni sama macam pagar homestay yang den sewa', pastu dongak kepala tengok rumah pulak (sebab pagar tinggi), ye sungguh bagai difikir, kami sebenarnya dah sampai depan rumah..
Receptionist cinonet je..Resit printed okay, bukan handwriting eh..Gate pun automatic. Class you Madam Song !! My mum cakap macam duduk kat rumah sendiri (psssstt, mak rumah kita rumah papan ok, jangan mengarut :p)
 Kami dah siap-siap bawak bekal lauk pinggan mangkuk gelas sudu semua. Tak guna pun peralatan dapur kot-kot yang ada ni bekasan pork.
Lampu biruuuuu..Di setiap bilik pun ada TV, yang ni untuk santai-santai dengan family and jiran serumah.
Ini toilet bawah, my parents guna yang ni, bilik yang jenis private bathroom ada 3 je kot, time saya call dah full. Terpaksa la ambil bilik yang shared bathroom. Sebenarnya time saya duk google hotel near to USM, tak sangka pulak yang saya booking tu adalah homestay. Tahu ada je lagi available room, terus grab, takda masa dah nak tengok website, takut tak sempat sebab date dah dekat sangat. Ingatkan hotel biasa je and hal-hal berkenaan bathroom ni mana nak ambil kisah, yang penting katil. Balik rumah baru berkesempatan telek website Madam Song. Tengok punya tengok, baca punya baca, baru tahu yang bilik kami shared bathroom. Ater nak kena la pakai tudung semua bila nak g mandi. Takpelah sekali sekala tukar angin, asyik tidur hotel je, tak pernah lagi duduk homestay macamni. Biasa home stay keluarga kita je, ni berbagai bangsa dalam satu rumah..
Standard room = RM 75.00

Saya share bilik ni dengan my sister, tingkat 3 1/4..My parents cakap bilik ni lagi best, sayup mata memandang, tapi yela dah tinggi sangat mana nak larat turun naik.
Rules and regulations!

Lebih kurang pukul 8.00 pm kawan my sister mai ambil kitorang except my dad untuk keluar makan and before that singgah hotel kawan dia untuk ambil jubah. Singgah di restoran mamak, tak silap Subaidah rasanya. Kesedapan makanan okla daripada langsung takda..Alhamdulillah..ater tekak den tekak orang melayu, bukan melayu india...hihihi
Korea apa entah nama menu ni. Ada 2 biji telur goreng, aiskrim lagi, manala tak muak. My sis makan suku je rasanya.
 Saya order mee goreng mamak, banyakkkk wooooo, separuh pun tak habis. Tapaukan selebihnya, jangan membazir..
 Naan bread ni for my mum. Actually dia nak makan roti canai, tapi saya recommend naan bread nih, asyik roti canai je, cuba ubah selera mai tempat orang. Asalnya my mum refuse sebab takut tak sedap keras semua, saya bagitahu la takkkkk lembuttttt je. Sekali dia makan keras tak sedappppp..hahahah
Kawan my sis ambil nasi kandar, tengok ayam goreng berempah dia sangatttt rangup krap krap..telan air liur
Singgah Quensbay Mall sekejap tengok orang..tak beli pape pun, just jalan-jalan kenal tempat. Parking depan mall mahal, tapi jalan tak rata, berlubang-lubang and bad condition. Tak berbaloi bayar mahal
 Sempat lagi snap night view laman rumah..
Macam professor pulak..
Okay selesai first day episode di Penang...to be continued..

Thursday, 11 October 2012

Tutti Fruiti

Total = RM 15.60

Last weekend Incik Suami ajak makan frozen yogurt dekat Tutti Fruiti. Ni first time la makan, just ambil 3 jenis perisa je (chocolate, kiwi and strawberry). Sampingan topping tu adalah 5-6 jenis. Boleh la pada yang suka masam, to me tak makan pun takper. Portion ni 80% my husband habiskan. Den makan cheesy wedges, kebetulan KFC dekat.

Monday, 17 September 2012

Lunch date

 Lepas check out hotel, Incik Suami ajak pergi kedai hp, nak cari no prepaid celcom untuk hp baru dia. Pada saya sesiapa yang ada hp/nombor lebih daripada satu, kebiasaannya orang tu ramai aweks..hahaha..BUT NOT IMPOSSIBLE, tapi since smartphone dia memang sangat la cepat habis batt, so reasonable la for him untuk ada alternate number. New mobile sebagai backup smartphome, sebab saya sangat la pantang kalau call asyik direct to voice mail, terutama time emergency. On the way back home, ater tekak rasa nak makan ikan keli kat Marang, dulu time dengan JKM, after home visit rumah client, selalu singgah situ, tapi nama kedai tak tahu :). Favorite menu adalah ikan keli berlado.

Restoren tu terletak ditepi pantai Kelulut, sambil makan sambil pandang laut, subahanallah cantik sangat.
Saya ringkas je, nasi separuh, ikan keli + kicap. Husband pulak macam-macam dalam pinggan. Lapar katanya, padahal breakfast kat hotel dah banyak makannya. Saya tambah sepiring budu for Incik Suami.

Saturday, 15 September 2012

Breakfast for two


Dalam pukul 7.45am kami turun ke cafe untuk breakfast, time tu dah penuh orang, tapi makanan still ada lagi la. Incik suami 2x ulang ambil pancake+madu, sedap benor agaknya.

Thursday, 13 September 2012

Burger kampung


Malam tadi my bro pergi beli burger kat hujung kampung. Katanya mengidam, kononnya dah 2 bulan lebih tak makan.2 biji benjo, 1 biji beef burger dan 1 biji special double beef. Yang double tu dia punya la, konon nak balas dendam sebab lama tak makan..sighhh. Burger ni lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii best daripada burger McD (oppsss!!). Nampak pada gambar sangat la menyelerakan, sayur-mayur pun hijau2 semua, bila dah dapat kat tangan kita, indah khabar dari rupa. Harga tu pulak faham2 jela. To me bayar lebih kalau berbaloi takper, tapi ni sebaliknya. Well different people got different view. Isn't it??? Saya lagi suka burger yang dijual kat kampung.

 Benjo = RM 1.80

Beef burger = RM 2.00

Special double beef burger = RM 3.50




Monday, 10 September 2012

Nasi goreng kampung + cheezy wedges

Tadi lepas balik sekolah terus pergi town. My sis nak cari tiket untuk ke USM kubang kerian, ada exam LJM 19hb nih. 20hb plak kami sekeluarga akan ke USM penang untuk Majlis Konvokesyen my sis. Sampai town my sis bagitahu mak tak masak lagi hari ni. Nak balik masak untuk buka puasa memang tak sempat dah. Kami pun singgah kedai makan tapau nasi goreng kampung and nasi goreng kerabu. For parents beli nasi air.

Kebetulan pulak terasa macam bertahun dan tak makan cheesy wedges, walhal last 2 weeks dah makan dengan Incik Suami...hihihihi..tak cukup dengan ni, my sis yang tetiba nafsu makan menguasai diri kononnya puasa, order 1 set KFC green curry.

Time buka puasa, nasi goreng dapat habiskan separuh je, my sis plak meratah ayam je seketul, ni pun cheesy wedges tak makan lagi. Tapi tak membazir pun, my bro yang memang tukang perabis makanan siap untuk memikul tanggungjawab...:-)

Esok ada lagi majlis raya kat sekolah anjuran unit peperiksaan. Since Syawal dah nak habis, rasanya kalau takda aral nak teruskan lagi esok.


Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers