Showing posts with label School. Show all posts
Showing posts with label School. Show all posts

Wednesday, 12 December 2012

Interview...

Hari ni a bit busy...tak busy mana pun sebenarnya, tapi dah ramai orang luar mai sekolah nampak la busy sikit..almaklumla sekarang kan cuti sekolah...hhihihihi..Actually today ada sesi temuduga untuk pelajar lepasan UPSR bagi kemasukkan pelajar baru tahun 2013. Jadinya sebagai warga sekolah, nak tak nak eden kena melibatkan diri la..hmm as stated dalam jadual, eden kena bahagian key in data, tapi since staff yayasan terengganu dah take over semua tu, so den meringankan tulang ke bahagian pendaftaran..

Dalam dewan tu, yang sangat ketara kelihatan adalah ibu bapa, pelajar tak nampak mana. Sebab apa? yela, tukang kelek fail mak, surat panggilan ayah pegang, kakak/abang tolong bawak beg sekolah, candidate merewang celah ketiak mak. Tu yang tersembunyi candidate tu..



Yang ni, mak dia pulak yang sibuk tanya itu tanya ini, tengok si anak kat belakang duk melilau macam takda kena mengena dengan dia..budak-budak zaman sekarang, terlalu dimanjakan...tu mak dia tersenyum sebab ditegur "Ibu bapa sila duduk dan biarkan anak yang masih muda belia tu berdiri untuk selesaikan proses pendaftaran. Latih mereka untuk berdikari yer.."...

Seorang ibu mestila nak yang terbaik untuk anak dia, ye dop? Tapi tu la, kadang kita kena yakin yang anak kita boleh berdikari. Macam gambar kat atas ni, mak dia lagi excited dari anak, macam tak berapa yakin nak bagi anak daftar sorang-sorang. Padahal yang diminta masa pendaftaran apa la sangat, just offer letter dengan result UPSR, lain la nak kena bayar yuran ke, signature parents ke..patutla mak mengekor. Anak dia nampak macam nak buat sendiri, tapi mak dia tak berapa yakin dia boleh buat...

Selesai proses pendaftaran, calon akan dibawa ke Bilik Kuliah untuk di'kuarantin'kan. Di sini  mereka akan diberi sehelai kertas yang mengandungi 10 ayat Al-Quran daripada surah terpilih yang jarang di baca (Yassin, Al-Mulk, Waqiah, yang ni sah2 tak ditanya) untuk di hafaz. Rasanya dalam masa 1 jam kot..

Sedang di temuduga..

Panel: Qayyum, ustazah adalah warden di sekolah, pernah satu ketika seorang student menangis-nangis telefon mak dia bagitahu ada kawan pakai shampoo dia, mak dia pun call la ustazah mengadu. Agak-agak Qayyum akan bertindak macam tu jugak ke? Soalan psyco..

Calon: Isk tak la, tak kisah la kalau ada orang nak pakai pun, berkongsi pun tak pe sebab Qayyum pernah je kongsi underwear dengan adik...hahaha budak ni, sampai hal seluar dalam pun keluar...

Suka tengok calon ni, dengan necktie + blazzer, memang sangat bersemangan attend interview. Jawapan untuk setiap soalan yang ditanya dijawab formal dan penuh yakin. Cuma tang membaca Al-Quran tu kurang lancar. Sekolah ni melaksanakan sistem perlakasanaan kurikulum, ko-kurikulum dan hafazan Al-Quran, jadinya pemilihan adalah berdasarkan kelancaran membaca Al-Quran selain result UPSR mesti 5A, sebab nanti nak menghafaz senang. Lagi pulak target sekolah, habis PMR, student dah boleh hafaz atleast 20 juzuk.

Selesai di uji kecekapan menghafaz, mereka akan diuji dengan kelancaran membaca Al-Quran, tajwid semua akan diambil kira. Lepas tu barulah ditanya soalan mengenai personaliti dan sahsiah diri. Nak tengok kepetahan dorang bercakap je.

Ini calon favorite and recommended, sebab bacaan Al-Quran dia sangat menggetar jiwa, sejuk perut mak dia mengandung. Dengan suara serak-serak basah, siap taranum lagi, lancar bacaannya. Boleh hafaz sampai 7 dari 10 ayat kalau tak silap. Memang mengagumkan..semoga dia terpilih berada di sekolah ni..amin..Cuma part loghat terengganu sangat pekat, suruh guna standard malay tak reti..hahahah sampai gitu sekali, memang anak jati Terengganu sungguh la ni. Penyertaan koko memang banyak diperingkat kebangsaan selain hafazan dan bacaan al-quran, tapi lupa nak test speaking..bonus la kalau dia fluent english jugak. Full package kata orang.

Panel: Firdaus lancar yer baca Quran, hafaz Quran pun lancar takda sekat-sekat, sebelum ni dah pernah menghafaz ke?
Firdaus: Tak pernah hafaz cuma biasa pergi pertandingan tilawah BACKUP sekolah...

Kami kat depan dia tergelak, kononya perli kat ustaz sebelah, fuih siap backup ustaz kat sekolah tu, hebatla firdaus, dah tu ustaz firdaus pergi mana yang tak dapat pergi tilawah?hihihih


Muhammad firdaus

Panel: Kalau la firdaus dapat offer dari Imtiaz dan MRSM, mana satu yang firdaus akan pilih?
Calon: Saya pilih sekolah ni, lagi pun saya tak pergi pun Interview MRSM...


Calon ni nama tak ingat tapi sangat fluent english, eden test dia, hmm please tell us about yourself in 1 minute. Dia cakap macam kena kejar harimau, laju mak aih..perkataan dia guna pun bukan yang basic-basic..bonus to her la..cumanya bab hafazan and bacaan Quran kureng sikit..


Siap temuduga, dorang akan berada di ruang menunggu untuk mengambil ujian bertulis, soalan objektif 50 soalan, subjektif pun ada. Antara soalan adalah menukar teks jawi kepada rumi dan juga menulis perkataan jawi daripada perkataan rumi yang diberikan. Soalan objektif tu merangkumi math, english, malay dan sedikit mengenai hal sekolah seperti "Bilakah waktu pembelajaran pelajar di Imtiaz?" Ha siapa yang rajin google bonus la boleh jawab..

Jawab elok-eloknya, semoga berjaya...

So selesai setengah hari bersama adik-adik comel...Calon yang dijangka hadir 600 orang, tapi hadirnya 382 orang je, jadi tak banyak saingan tahun ni. Calon from sarawak/sabah dekat kaunter den takda, tak tahula kaunter lain kot-kot ada. Hmm tahun ni akan ada 4 kelas tingkatan 1, jadinya mungkin dalam 100 orang yang akan diterima. Kepada ibu bapa yang nakkkkkkkkkkkkk sangat anak dia jadi hafiz/hafizah, selain akademik cemerlang, boleh la cuba untuk mohon bersekolah di sini, kepada calon yang sedang menunggu keputusan tu, banyakkan berdoa moga takdir memihak pada kamu..amin

Thursday, 8 November 2012

School holiday!

Yeayyyyyy cuti sekolah dah bermula hari ni starting from 12.30pm 8th Nov till 31 Dis 2012. Seronoknyaaaaaaaaaaaa saya untuk student dan guru je la. Kakitangan awam yang lain walaupun kerja kat sekolah tetap bekerja ok..Sekolah dah mula dibanjiri dengan kereta parents yang datang untuk bawak balik anak kesayangan mereka. Ada yang dekat sekangkang kera and ada yang jauh nun from KL. Lepas ni sangat la sunyi sepi kat sekolah, sampaikan orang berbisik pun masih boleh dengar dari jauh..Tapi time cuti sekolah la best nak buat kerja, sebab takda gangguan!!!


Bas ni untuk student luar Terengganu, jadinya mereka akan dihantar ke Stesen Bus MBKT, tiket bus mungkin pihak MPP yang tolong belikan kot untuk semua, yang ni den tak berapa pasti...Untuk student Sabah/Sarawak, ada yang tumpang kawan yang tinggal berhampiran dengan airport, ada yang pergi terminal bus dulu, then baru naik teksi untuk ke aiport, tak kisah la apa cara sekalipun, yang penting kena tahu jaga diri supaya selamat sampai ke destinasi. So kena berdikari la yer anak-anak, nanti kalau ada rezeki belajar oversea, lagi lagi lagi la kena berdikari.

Wednesday, 7 November 2012

Jamuan akhir tahun

Lagi sehari untuk meninggalkan sesi persekolahan bagi tahun 2012, seminggu dua ni memang murahla rezeki kami warga sekolah. Sebab apa? Yela bila dah sampai akhir tahun, setiap unit, setiap tingkatan, setiap kelas mesti akan mengadakan jamuan akhir tahun, murah rezeki la maksudnya, syukur alhamdulillah.

Pagi tadi semalam pun sampai clash jamuan, ada seorang hamba Allah ni beri sumbangan berbentuk makan pagi untuk semua staff sokongan dan juga dijemput semua ustaz yang pernah bertugas untuk menyampaikan tazkirah pagi, pastu seorang Ustaz ni pulak ada jemput semua guru dan staff untuk makan nasi minyak di kantin. Maksudnya makan pagi sahaja ada 2 pihak yang beri sumbangan. Kepada hamba Allah yang dermawan itu, semoga Allah murahkan lagi rezeki kalian, Amin...

Baru-baru ni Pusat Sumber sekolah juga telah mengadakan jamuan akhir tahun, semua AJK dan Pengawas PSS terlibat sekali. Yang best tu, siap bakar satay lagi dalam Library, and yang jadi aunty kakak bakar satay adalah saya sendiri. Tak pakai arang k, yang ni modern sikit, pakai pembakar elektrik. Bau satay tu sampai 3rd flloor u!





Monday, 5 November 2012

Good Luck to all SPM candidates!

First of all, good luck untuk semua pelajar yang sedang menduduki SPM sekarang. Hari ni paper BM, senang je kan...bukan paper Punjabi pun..Semalam beramai-ramai SPM candidate mai bilik eden bersalam-salaman mohon restu bagai..mohon didoakan kejayaan mereka 11A's..

Student: Assalamualaikum
Eden: Waalaikumussalam...eh, lain macam je salam, macam ramai-ramai nak datang beraya pulak.
Student: Kami nak mintak maaf untuk segala kesalahan, mohon doa agar kami berjaya dapat 11 A's
Eden: La, ingat mai serbu ni nak beraya..yela, appology accepted, banyakkan solat hajat, tidur awal malam ni..bla..bla..bla..eii, den plak mai seriau teringat time nak exam SPM 1998 dulu..

 Al kemalasan nak turun, so shoot je la from 3rd floor. Semua sedang tekun menjawab, Semoga mereka dikurniakan kejayaan setimpal dengan usaha mereka, amin.

Pagi tadi sampai sekolah dah penuh kereta depan dewan. Their parents mai tengok anak-anak yang disayangi akan berjuang di dewan keramat ni..Biasa den parking depan dewan, tapi kerana ada exam, ruangan tu khas hanya untuk Pengawas Peperiksaan sahaja.

Nampak tak pakcik yang sedang berdiri tu, dia dari pagi tadi lagi mundar-mandir tunggu anak dia habis exam. Tinggal lagi 2 kereta je, tadi penuh, agaknya bila anak dah start jawab setengah jam, dorang pun balik la kot, tapi pakcik ni masih setia menunggu.

Tuesday, 10 July 2012

1 murid 1 sukan (senamrobik)

ni aktiviti kat sekolah pagi tadi
tapi kemenjadian program kurang sikit
sebab instructor dikalangan student
bukan instructor yang bertauliah
tak berapa happening la
tapi takpe
yang penting ENJOY!!!

Thursday, 5 July 2012

Sunyi sepi weh...

Hari ni start kul 1.00pm da mula lengang kat sekolah
cuma tinggal beberapa orang student
yang duk berkeliaran tunggu mak pak mai amik
minggu ni balik WAJIB!!
saya plak kat bilik sorang2..
selama ni pun sorang2 gak..hehe
tapi kt blok ni tggal saya soranggggggggg je lg..
sebab kul 10.00am tadi sume guru and staff
dah bertolak ke megaview kuantan
ada kursus LADAP selama 2 hari kat sana
dek kerana perlu ke KB sok..
HARUS mohon pelepasan kursus dari pengetua..
alhamdulillah diluluskan..:)

Ini lah empunya badan yang menjadi penyebab saya harus ke KB..
my only younger sister
4 tahun dihabiskan di USM Kubang Kerian
akhirnya berjaya menamatkan pengajian...alhamdulillah
actually barang dia kat campus muat lori pasir!!!!
mana muat keta saya yang cinonet tu ngan van my dad!
my mum cakap sepatutnya kena sewa lori Pok We..
bulan Sept ni InsyaAllah kalau tak da aral
akan ke USM Penang untuk Majlis Konvokesyen

may ur roads be smooth & ur burdens be light…
may u find the dreams & never forget how special u r !!!!
c u tomorrowwwwwww...


Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers