Saturday 29 September 2012

Just got home!

Baru sampai rumah dari Kelantan...Hantar Incik suami bersama barang-barang keperluan rumah. Hari khamis tu after office hour terus balik rumah, packing mana-mana barang yang belum masuk kereta and terus heading to Kelantan because my husband was transferred. Half way memang hujan je sepanjang jalan, lebih kurang pukul 8.30pm kami sampai. Mak ayah ikut sekali sebab barang banyakkkkkkkkk.. almost RM600 guna untuk beli keperluan rumah sebab rumah tu kosong sekosong kosongnya..:(. Poor him..Yang penting kat taman perumahan tu masih boleh rasa suasana kampung, and its a wonderful place compared to KL! Tenang je, jiran-jiran semua ramah tamah, pokok durian pun banyak tepi-tepi taman, biarpun tak leh amik, dapat tengok buah kat atas pokok pun jadila..

Tanah sekangkang kera depan rumah ni berangan nak tanam pokok limau kasturi and pokok naga serta pokok bunga yang renek-renek. Kat belakang dah ada serai, lengkuas dan halia. So saya nak tambah pokok kari dan jugak daun pandan. Tambahan, pokok kacang botol, daun pegaga dan terung panjang.


Siap ada laluan keretapi. Time kami sampai malam tu traffic light merah sebab keretapi nak lalu, dahla saya depan sekali, my parents pun teruja melopong sebab tak pernah tengok. hahahha. Seronokla tinggal sini rasa taknak balik, nak cutiiiiiiii lagi.


Hari jumaat tu kami pergi Rantau Panjang sebab dari rumah memang dah dekat, so apa lagi, kat cini memborong periuk belanga, sudu garfu, kuali, tilam, beberapa pasang baju and sedikit buah tangan untuk rakan ofis.


Nak balik da, tinggal yer Incik Suami, semua yang basic dah lengkap, harap dapat berhidup dengan selesa yer . Yang masih lopong-lopong tu kita tambah time by time. Jangan sepah-sepahkan rumah, mesti sentiasa bersih dan kemas. Nanti 2 weeks later syg mai visit eh. This week turn abg balik, penat la nak drive, last week Penang, this week Kelantan, taknak la tiap2 minggu drive, nanti kurus! Kaki pun dah mula sengal-sengal, tanda umur da makin lanjut..hehehe

Tuesday 18 September 2012

Raja Shamri Raja Husin

( *sorry abang raja sebab ubah header ni, just untuk perkenalkan kepada my reader)

Entri ini sebenarnya istemewa untuk 'Abang Raja' bagi menghargai kedatangan beliau ke sekolah pada hari Khamis, 13 Sept 2012. Kata-kata nasihat, dorongan dan semangat beliau bukan sahaja mampu membuka minda calon-calon PMR mahupun SPM untuk lebih gigih berusaha bagi mencapai keputusan cemerlang, malahan saya yang hanya berkesempatan selama 30 minit menyertai ceramah motivasi beliau, turut terkesan dihati terutamanya hal-hal yang disebutkan pernah saya alami tetapi saya tidak sedar sebenarnya tindakan saya itu salah.

Sangat kagum dengan perjalanan hidup beliau, biarpun dilahirkan cacat sebelah kaki, diuji dengan pelbagai ujian sakit sejak dibangku sekolah lagi, yang mungkin tidak semua orang mampu bangkit kembali untuk terus mengejar cita-cita "aku mahu menjadi orang yang sangat2 hebat" dalam mengubah nasib diri dan keluarga. Semua ini terbukti apabila hari ini beliau mampu membuka mata ramai pihak bahawa kecacatan itu bukan penghalang untuk kita berjaya dan "kejayaan itu dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa".

Untuk lebih mengenali beliau, just visit www.abangraja.blogspot

Monday 17 September 2012

Lunch date

 Lepas check out hotel, Incik Suami ajak pergi kedai hp, nak cari no prepaid celcom untuk hp baru dia. Pada saya sesiapa yang ada hp/nombor lebih daripada satu, kebiasaannya orang tu ramai aweks..hahaha..BUT NOT IMPOSSIBLE, tapi since smartphone dia memang sangat la cepat habis batt, so reasonable la for him untuk ada alternate number. New mobile sebagai backup smartphome, sebab saya sangat la pantang kalau call asyik direct to voice mail, terutama time emergency. On the way back home, ater tekak rasa nak makan ikan keli kat Marang, dulu time dengan JKM, after home visit rumah client, selalu singgah situ, tapi nama kedai tak tahu :). Favorite menu adalah ikan keli berlado.

Restoren tu terletak ditepi pantai Kelulut, sambil makan sambil pandang laut, subahanallah cantik sangat.
Saya ringkas je, nasi separuh, ikan keli + kicap. Husband pulak macam-macam dalam pinggan. Lapar katanya, padahal breakfast kat hotel dah banyak makannya. Saya tambah sepiring budu for Incik Suami.

Sunday 16 September 2012

Sleeping in new bed sheets. Thats awesome!


Many thanks to Incik Suami sebab belikan bed sheets ni, sangatttttttt comfortable dan cantikkkkk. Actually his taste not really that bad, don't you?

Saturday 15 September 2012

Breakfast for two


Dalam pukul 7.45am kami turun ke cafe untuk breakfast, time tu dah penuh orang, tapi makanan still ada lagi la. Incik suami 2x ulang ambil pancake+madu, sedap benor agaknya.

1 night stay for 2 with breakfast


Malam ni tidur kat sini..not bad la bilik, RM93.00 per night including breakfast. Kul 10.00 pm Incik suami ajak kuar jalan-jalan+dating. Bukan senang nak ada masa gini, kalau duduk rumah kul 10 tu dah lena dibuai mimpi dah. Lagi pun kalau duduk rumah mesti parents tak bagi keluar malam2. Pastu singgah jap kat medan selera tepi muara sungai Terengganu, order mee hoon soup with satay 10 cucuk. On the way back to hotel terserempak dengan ofismate lama kami, dia tanya dah ada khabar gembira ke? saya pun bagitahu la Allah bagi pinjam sekejap je, sekarang dah takde. Katanya, baby tu dah beralih kat perut suami ni..bukan perut je dah mula nampak bulat, pipi pun makin tembam..Incik suami makin naik badan sejak kahwin ni, senang hati agaknya, hopefully amin..


Midnight stroll at Taman Shahbandar Kuala Terengganu before head hotel.

Friday 14 September 2012

Karipap inti daging



Later nak try buat yang jenis spiral pulak. Pesan mak saudara, nak jadikan kulit karipap ni rangup dan lembut, letak LEMAK SAYURAN yer..

Bahan-bahan:
       Doh Karipap:-
  • 400g tepung gandum (saya guna cap sauh)
  • 4 sudu besar mentega (dicairkan)
  • 1 sudu besar lemak sayuran/vegetable shortening
  • Garam
  • Air
       Inti Daging:-
  • 1 cawan daging (dicincang)
  • 5 biji ubi kentang (dipotong dadu *saya suka guna ubi keledek)
  • 5 biji bawang merah (dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 hiris halia (ditumbuk)
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • 1 cawan air
  • Garam, gula dan serbuk perasa
Cara-cara:
     Doh Karipap:-
  • Gaulkan tepung bersama mentega cair, garam dan lemak sayuran (sedikit demi sedikit) sehingga sebati. Sila pakai sudu sebab mentega panas. Dah agak sejuk baru leraikan ketul-ketul adunan menggunakan tangan.
  • Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh boleh dicanai dan mudah untuk mengelim.
  • Biarkan doh rehat sementara masak inti karipap.
    Inti Daging:-
  • Masukkan semua bahan inti daging ke dalam kuali beserta air dan reneh sehingga ubi dan daging empuk. Sekiranya masih belum empuk, sila jangan takut untuk tambah air..hehehe..saya tak suka tumis sebab nanti ada minyak dalam inti.
  • Setelah masak rasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
  • Kemudian boleh la beramai-ramai buat karipap. Lebih cantik and kemas kalau kelim pakai tangan. Kadang pakai alat, doh cepat terbuka and terburai la segala intinya.
Selamat Mencuba!!

Thursday 13 September 2012

"I am as My servant thinks of Me"


Burger kampung


Malam tadi my bro pergi beli burger kat hujung kampung. Katanya mengidam, kononnya dah 2 bulan lebih tak makan.2 biji benjo, 1 biji beef burger dan 1 biji special double beef. Yang double tu dia punya la, konon nak balas dendam sebab lama tak makan..sighhh. Burger ni lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii best daripada burger McD (oppsss!!). Nampak pada gambar sangat la menyelerakan, sayur-mayur pun hijau2 semua, bila dah dapat kat tangan kita, indah khabar dari rupa. Harga tu pulak faham2 jela. To me bayar lebih kalau berbaloi takper, tapi ni sebaliknya. Well different people got different view. Isn't it??? Saya lagi suka burger yang dijual kat kampung.

 Benjo = RM 1.80

Beef burger = RM 2.00

Special double beef burger = RM 3.50




Wednesday 12 September 2012

Finally...


Dah lama sebenarnya duk timbang2, fikir2, menung2 pasal nak tukar url blog ni. Finally yesterday i changed it! Eventho it will drops my pagerank to zero and of course i have to start it over again but never mind, errrr am a new comer, don't you?

Hak dan tanggungjawab seorang suami..

Monday 10 September 2012

Nasi goreng kampung + cheezy wedges

Tadi lepas balik sekolah terus pergi town. My sis nak cari tiket untuk ke USM kubang kerian, ada exam LJM 19hb nih. 20hb plak kami sekeluarga akan ke USM penang untuk Majlis Konvokesyen my sis. Sampai town my sis bagitahu mak tak masak lagi hari ni. Nak balik masak untuk buka puasa memang tak sempat dah. Kami pun singgah kedai makan tapau nasi goreng kampung and nasi goreng kerabu. For parents beli nasi air.

Kebetulan pulak terasa macam bertahun dan tak makan cheesy wedges, walhal last 2 weeks dah makan dengan Incik Suami...hihihihi..tak cukup dengan ni, my sis yang tetiba nafsu makan menguasai diri kononnya puasa, order 1 set KFC green curry.

Time buka puasa, nasi goreng dapat habiskan separuh je, my sis plak meratah ayam je seketul, ni pun cheesy wedges tak makan lagi. Tapi tak membazir pun, my bro yang memang tukang perabis makanan siap untuk memikul tanggungjawab...:-)

Esok ada lagi majlis raya kat sekolah anjuran unit peperiksaan. Since Syawal dah nak habis, rasanya kalau takda aral nak teruskan lagi esok.


Sunday 9 September 2012

Bee Hoon ala Singapore style

Update: Suka sangat tengok gambar bee hoon ni banyakkkkkk dalam blog...hihihi

Balik sekolah tadi ada kawan tolong tapaukan Nasi Arab sebab hari ni ada majlis raya kat sekolah anjuran guru-guru perempuan. Merasa la jugak makan nasi arab walaupun puasa. Sampai rumah ater tekak rasa takda mood la pulak nak makan nasi. Teringin nak makan bee hoon. So tadi dalam 6.45 pm start tung tang tung tang kat dapur untuk buat fried bee hoon ala singapore style nih..

Bahan-bahan:
  • 2 mangkuk bee hoon (direndam)
  • 3 sudu besar isi ayam (dipotong dadu)
  • 3 sudu besar minyak
  • 4 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 hiris halia (ditumbuk)
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
  • 2 sudu besar ikan bilis (ditumbuk)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar air perahan limau nipis
  • 1 biji buah tomato (potong dadu besar)
  • daun kucai
  • 3 helai daun kubis
  • 3 tangkai cili padi (dibelah tengah)
  • Sedikit air
  • Sedikit perasa
Cara-cara:
  • Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
  • Masuk sos tiram, cili padi, isi ayam, sedikit air dan biarkan sehingga isi ayam masak.
  • Kemudian masukkan bee hoon bersama kubis dan kacau rata. 
  • Akhir sekali masukkan daun kucai, buah tomato, air perahan limau dan perasakan dengan garam serta gula.
Selamat Mencuba!!

Friday 7 September 2012

Nasi goreng ajer..

Tadi petang hujan lebat selebat lebatnya...Ater rasa lapar la pulak. hehehe..eden pun gi la goreng nasi. Lagi pulak tengahari tak makan pape lagi.

Bahan-bahan:
  • 3 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu besar ikan bilis (ditumbuk)
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 mangkuk nasi
  • 3 helai daun kubis
  • 1 biji lada besar (dihiris)
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar isi ayam (dipotong dadu)
  • Sedikit air
  • Sedikit perasa
Cara-cara: 
  • Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga garing.
  • Masukkan kicap cair, sos tomato, sos tiram, potongan ayam dan sedikit air. Selepas ayam masak, masukkan sebiji telur dan kacau rata.
  • Kemudian masukkan nasi, kubis serta hirisan lada besar dan kacau rata.
  • Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula (kalau suka).
Selamat Mencuba!!

My first attempt!

 Tadi lepas kemas rumah dan kerja-kerja seumpama dengannya, tetiba mai perasaan nak buat kek. Hmm since tak pernah lagi buat kek puding karamel, so decided untuk buat kek tu la akhirnya.

Nampak not bad la permukaan kek tu, tapi kang bila dah siap terlangkup dalam pinggan..hehehe
Jeng..jeng..jengggggggggg
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |

Taraaaaaaaaaa
My sis cakap permukaan puding karamel dah macam permukaan tanah di bulan. Isk2 betapa teruknya produkku ini. Sebenarnya yang jadi macamni kes gula hangus sikit la. Ater puding dah manis, nak letak banyak bimbang lagi manis, tambahan pulak kat rumah ni ada staffnurse, ada warga tua, so kena la ikut majoriti. Takpelah next time buat kita adjust la ingredient tu supaya kemenjadian produk berjaya.

 Practice makes perfect!

Wednesday 5 September 2012

Songket asli Terengganu

 Baru-baru ni suami bagitahu nak pergi town cari kain songket. Katanya songket yang ada da lama sangat, dapat time hari pendaftaran semester 1 UUM! Berapa tahun ek abg? Dahla di seterikanya songket tu, nampak kesan herot pada kaki kain..since sekarang bulan syawal, katanya banyak majlis bersama jemputan kehormat, tambah2 pihanraya da makin hampir, jadinya nak carila yang baru sepasang. Tapi kalau pergi town sekarang memang penjual naikkan harga berlipat ganda, lagipun waktu tu cuti raya, lagi pulak nak memilih jenis kain, asli ke pakai mesin ke, tak bape arif sangat.

Ayah pun call la kawan dia yang memang kerjanya mengutip kain songket yang dah siap di upah tenun di rumah penenun2 songket. Ibaratnya dia ni orang kepercayaan usahawan pemilik songket tu la. Maksudnya boleh dijamin keaslian serta harga pun boleh tahan murahhhh berbanding kalau songket dah sampai kat kedai. 2 jam kemudian Kak Yah pun mai hantar 8 pasang songket untuk dipilih. Kalau kat kedai, sape yang tak tahu pape tentang songket, mungkin terbeli songket tenun mesin, takpun songket India. Yang ni kain pun berat dan tebal. Saya siap belek satu2 bunga nak tengok kot2 ada bunga yang tak kena benang. Memang ada la, dah nama pun manusia yang tenun, bukan mesin.Tapi sayang gambar songket kat bawah tak full, badan kain je nampak, tapi kepala takda. 

Tips: Kalau nak pilih songket, tengok pada kepala kain (yang bila pakai, bahagian tu letak kat punggung). Sebab bila kita pakai yang sangat nampak adalah kepala kain bukan badan.

 RM 350
 RM 500
Suami ambil yang kiri, kata Kak Yah, yang kiri bunga yang nak memisahkan kepala dan badan nampak ketara. Jadi lebih cantik berbanding sebelah kanan. Nego dapatlah diskaun RM50.

yang ni RM 800 kecuali yang tengah RM500
songket bunga 'colek' memang mahal sikit kata Kak Yah
* colek = bunga kecil2 yang colourful


Kepada sesiapa yang berminat nak cari songket yang terjamin keasliannya boleh la berhubung dgn saya..
Tak main la tipu menipu ni, kat dunia terlepas la, tapi kat 'sana' for sure tak dapat lari. Fikir2 kan dan selamat beramal..=]

Tuesday 4 September 2012

Syukur kepada Illahi..

Aku bersyukur kepada Illahi kerana aku di beri anugerah untuk mencintai suamiku...
juga diberi anugerah dicintai olehnya...
dan kini kami saling menggenggam anugerah dari-Mu
izinkanlah kami untuk terus selamanya bersama dan menjaga anugerah ini....Amin..

+++++++++++++++++++++++

Alhamdulillah, hari ni saya diberi kekuatan untuk menulis 
dan insyaAllah akan terus menulis untuk setiap kenangan yang berlaku dalam hidup saya
 dah sebulan lebih tak jenguk ke sini
dengan keadaan kesihatan yang tak mengizinkan
emosi yang tak stabil dan terlalu sensitif
(terima kasih abg kerana sentiasa sabar dengan karenah isterimu)
disamping saat-saat sukar yang perlu saya tempuhi untuk pertama kalinya dalam hidup
tapi saya tak keseorangan
suami yang sentiasa memberi nasihat untuk saya bina kekuatan dan keyakinan diri
juga adik yang sentiasa bersama dan menjaga saya ketika di hospital
di samping mak ayah yang tak pernah lupa untuk mendoakan saya
alhamdulillah...kelebihan yang Allah beri pada saya yang mungkin takda pada sesetengah orang

10 Julai
Saya buat ujian UPT di rumah. Positif! gembira+tak percaya+berdebar2+was2, semua bercampur. I was surprised too. Never tot that there's a little tiny thing in my tummy. Terus MMS kat suami.



12 Julai :
Saya ke Klinik untuk buat pengesahan, juga positif. Hamil 5++ minggu. EDD 14/3/13. Dah terbayang-bayang permata hati yang akan menyinari dan menceriakan lagi hidup kami. Bagaimana rupanya nanti, lelaki ke perempuan, tak kisahlah pasal gender, yang penting tak sabar nak lahirkan dia. Dalam kegembiraan tu, sebenarnya sangat takut dan bimbang sebab beberapa hari sebelum tu, ada brown spotting tapi saya tak bagitahu doktor pun. Ingat normal je. Rujuk mr.gooogle, kebanyakan bagitahu early stage of pregnancy.

15 Julai :
Doktor buat refer letter ke HSNZ sebab saya bagitahu ada brownish spotting. Lagipun pv bleeding tu da 11 hari, so doktor bimbang takut pape berlaku. Katanya kandungan awak threatened. Terus admitted 3 hari di HSNZ untuk have a good rest in the hospital.

2 Ogos :
Pertama kali dalam hidup bermula lah rutin ke klinik untuk pregnancy checkup setelah 2 minggu keluar hospital. Allah uji lagi di mana just gestational sac (3.12cm) seen but no yolk sac @ fetal pole. Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan ketika tu. Kata doktor, maybe the pregnancy still early @ errors in remembering the last menstrual period @ having an irregular ovulation pattern. Then doctor told me to wait for a followup ultrasound after two weeks. The wait is very difficult! I would say one of the hardest weeks in my life. Sape yang pernah alami tahula macamana rasa. Just mampu berdoa dan terus berdoa semoga ada keajaiban berlaku. Dengan keadaan time tu puasa dan hampir setiap malam bangun, mohon semoga takdir berpihak kepada saya. Signs of pregnancy yang makin hari makin terasa, morning sickness, fatigue, pedih ulu hati, gastrik, tambah lagi emosi tak stabil sebab bimbang apa keputusan nanti...lepas buka puasa memang flat, terawih kat rumah je, sangat tak larat. Sampai rasa nak amik unpaid leave, kadang rasa nak resign! Masa tu baru realize, gini  la keadaan mak time mengandungkan aku agaknya.

15 Ogos : Checkup untuk kali kedua, sangat mendebarkan. Doctor told me, there's no fetal heartbeat, might be missed abortion! Sekali lagi saya diuji. No words can describe this feeling masa tuh. Tapi  sebenarnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk saya. Semua ni sudah tertulis lama di Luh Mahfuz, tinggal lagi saya perlu lakonkan kembali watak hidup yang Allah dah tentukan ni. Keluar dari klinik saya pergi car wash, sempat lagi dalam pada duk sedih2. Sebenarnya nak balik rumah terus takut nampak sangat kesedihan di wajah, jadi nak redakan keadaan, amik masa bersendirian, muhasabah diri. Tengahari terus pergi GH. 3 hari admitted, 17 hari MC. Raya pun ala kadar je. Walaupun first time raya as husband and wife, tetap takda semangat.
             
Antara nasihat Incik Suami..

 Bersabarlah...Kenapa perlu bersedih atas musibah yang kita tak tahu kebaikannya? Mungkin apa yang dikitakan musibah ini adalah rahmat sebenarnya. Siapa menduga sekiranya berlaku pembentukan anggota, bayi dalam kandungan yang sangat disayangi akhirnya dibenci kerana cacat/sakit dan tidak seperti yang diharapkan? Cuba fikir, mesti lagi sedih kan? Apakah kita tahu perkara ni musibah atau pun rahmat? Sekurang-kurangnya Allah memberitahu kita yang syg boleh hamil dan Allah pinjamkan nikmat tu untuk sementara waktu mungkin kerana Dia sedang sediakan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita ada sebelum ni. Kita redha ye? Yang penting jangan pernah berhenti berdoa.

Setelah lebih 2 minggu berlalu, saya bermuhasabah diri...
Allah bagi peluang kepada saya untuk merasai alam kehamilan biarpun cuma untuk 9 minggu, simptom-simptom awal kehamilan saya pernah alami, pergi klinik untuk pregnancy checkup, banyak info tentang pregnancy, miscarriage yang saya korek dari doktor juga mr.gooooogle..sampaikan banyak medical terms yang saya belajar kerana peristiwa tu, Allah beri saya pengetahuan dan juga pengalaman.
Terima kasih ya Allah..

Kepada pembaca semua, sekiranya korang ada nak tanya, mana tahu mungkin korang sedang mengalaminya sekarang atau sekadar nak berkongsi pengalaman, saya sedia berkongsi dengan sedikit ilmu yang Allah pinjamkan ni.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Firman Allah SWT

“(Allah) Yang menjadikan mati dan hidup, supaya dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya dan dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun”. (Al-Mulk: 2)

 
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers