Showing posts with label mySister. Show all posts
Showing posts with label mySister. Show all posts

Saturday, 1 December 2012

USM's 46th Convocation Ceremony

Entry ni adalah sambungan kepada entry Penang Trip yang ambil masa 3 weeks baru leh update and sambungannya pun ambil masa more than 3 weeks juga...kuikuikui..Kami gerak from homestay pukul 6.45am, pagi-pagi dah bunyi anjing menyalak, iyerla kat kampung pagi-pagi dengar ayam angsa lembu je, kalau bunyi anjing mesti seluruh penduduk kampung takut nak keluar rumah agaknya. Kalau jumpa pun dekat town jarang2 sekali.

Ayah biasala kalau mai tempat orang memang dia yang paling awal bersiap sebab semestinya malam dia takkan dapat tidur lena, campur sengal badan lagi, sambil tunggu kami siap dia akan pusing-pusing tengok kawasan.

Sampai sudahhhh di USM Penang

My dad suruh shoot gambar pokok ni, katanya pokok naga, tempat kita tak pernah jumpa..

Nampak ramai orang dekat gerai pakcik ni, kami pun serbu jugak, tapi makanan dah kering, tak jumpa cafe yang elok sikit kat mana. Belasah jela yang ni pun. Eden makan roti je, mak dengan ayah bihun goreng.







As usual hanya 2 keping invitation card diberikan kepada setiap pelajar, tapi kawan my sis bagi card dia sebab her both parents tak dapat datang. So eden boleh la masuk, kalau tak mana la ada segala gambar dalam dewan bersejarah ni.

Ayah tu bukan mengantuk, tapi silau dengan flash camera. Mak pulak al sibuk buat research nama anak dia ada kat slot mana.

 Sidang ke-5 (Sesi Pagi)
Tetamu dan para graduan mengambil tempat duduk di dalam Dewan

 8.30 am:   Ketibaan Ahli-ahli Senat Universiti
8.35 am:  Ketibaan Pengerusi & Ahli-ahli Lembaga Gabenor Universiti
8.45 am:  Ketibaan Pro-Canselor, Y.Bhg. Tan Sri Dato' Dr. Jegathesan Manikavasagam

 9.00 am:  Bunyi trompet (Hadirin di minta berdiri)
Perarakan Utama memasuki Dewan
Lagu Negaraku
Lagu Menara Ilmu

 9.05 am:  Pro-Canselor mengisythiharkan pembukaan Sidang ke-5 Upacara Konvokesyen ke-46
Upacara dimulakan dengan penerima Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Gunaan)

Teringat zaman eden dulu kat UM, time nama dipanggil tu, rasa macam jalan pun seperti robot, ater nak berhadapan dengan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak, Raja ( Dr) Nazrin Shah kan, mestilah berdebar-debar. Sampaikan nak sebut Terima Kasih Tuanku pun tersebut separuh je, TUANKU tak tersebut..hahahah

Dia (my sis) cakap macam model je dia time ni. Awesome!! Pufffftt

Gambar family takda dengan eden, ada dengan her friend, jadinya hapdet je la mana yang ada ni dulu...

 Dalam pukul 1.00pm kami bergerak untuk balik ke Terengganu. This time kami pilih untuk naik ferry instead of Penang bridge. Bila lagi nak rasa naik ferry kan..

 Asalnya mak tak setuju sebab dia takut ferry tu tenggelam..cakap kat dia "takpe la mak, kalau tenggelam pun kita tenggelam ramai-ramai"

 Ferry terminal

 Nyenyak sungguh kakak tu tidoq

Gelapnya nak hujannnn..

Kelakarnya mak eden tak nak turun dari kereta, katanya takut ferry tenggelam. Agaknya kalau ferry tenggelam, myVi tu terbang selamatkan dia kot..hahahha
 Time nak shoot gambar ni, den terfikir.."kalau la S2 ni jatuh, agaknya Incik Suami nak gantikan dengan S3 tak?"

 Cantik pemandangan ni, dengan bangunan yang sayup-sayup je nampak, dengan awan hitam gelap nak hujan.


 The rules and regulations

Ayah dengan eden memang tak duduk diam pun, kami sibuk melawat kawasan and ambil gambar.

Akhirnya hujan lebat selebat lebatnya..My sis call bagitahu dia tak sempat nak ambil gambar sekitar USM sebab hujan lebat yang amat..Dia balik keesokkan harinya sebab nak tunggu ambil scroll terus.

  
 Feri tak pernuh pun, rupanya tingkat atas ada lagi khas untuk penumpang. Nak ke tingkat atas ada disediakan tangga, tapi kedudukan tangga tu curammm sangat my sis cakap. Suasana dia macam dalam filem Mami Jarum tu kata my sis..Rasa terkilan seminit sebab tak dapat naik..

Sayonara Pulau Pinang...Ada umur murah rezeki kami singgah lagi..:)

Jauh sudah meninggalkan Pulau Pinang..sayup mata memandang.


Last photo adalah di km 105 Gerik, kami singgah di sebuah surau untuk jamak solat Asar + Zohor. OTW tu ada sebuah avanza hijau terbabas, nasib kawasan tu bukan jenis gaung curam gitu, nampak tersadai dalam semak. Time tu my dad baru la mai rasa nak slow sikit bawak kereta. Eden drive from dekat Baling je, pastu my dad sambung.

SINOPSIS:
  •  We drove : Perodua Myvi SE 1.3 GHS Manual
  •  Pit Stop : K. Trg - Jertih - Gerik - Baling - Pulau Pinang - Bandar Seberang Jaya - Jeli - K. Trg
  •  Total Distances : 937km
  •  Traveling period : 2 days
  •  Petron RON95 : RM 75.00
  •  Tol : RM 14.50
  •  TOTAL: RM 89.50

Monday, 5 November 2012

Supper

Hari tu my sis, bro and i keluar pergi town untuk beli toiletries my sis untuk di bawak ke Merang Resort for 2 months training tu. Kami gerak dalam pukul 9.00pm, itu pun my mum and husband membebel sebab dah lewat baru nak keluar. Since nak pergi Giant, kalau pergi awal parking full, tu yang keluar lewat sikitttt je..time kami sampai pun still penuh lagi kereta. Eden ajak my bro buat semangat lelaki, asalnya dia taknak pergi, tapi den umpan bagitahu nak singgah KFC, ke main laju je bersiap.

Dah siap beli barang terus ke 2nd floor kononnya nak makan dekat KFC Giant je, my bro jalan laju je menonong pergi KFC, kami sampai tengok dia muncung, dah tutup KFC rupanya..baru 10.30pm tapi semua kerusi dah terlangkup atas meja dah.

Pergi mydin mall pulak kot-kot kat situ 24 hours, watamat jugak, my bro kata dah gelap, tinggal lagi bahagian kaunter je cerah..Nak tak nak eden kena jugak bawak pergi KFC Batu Buruk sebab dah janji kan. Sana surely 24 hours, ater penjaga orang sakit kan cepat lapar, mana ada kedai makan sekitar tu yang boleh pergi dengan jalan kaki je, itu yang dia buka 24 hours.

 Snack plate for her

 X-Meal for him

Budak sakit yang aritu eden ingat umur tak panjang, dah segar bugar ceria meria sebab dapat pergi KFC, macam tak pernah makan ayam lagaknya. Syukur alhamdulillah he's fully recovered. Dah sihat ni ke main banyak lagi makan, tapi tomato dia tak nak makan dah walaupun kalau makan dah tak effect pape since appedix kan dah takda..tapi dia fobia dek kerana kesakitan yang amat sangat time operation hari tu. Badan dia memang nampak sangat susut sejak operation hari tu, tapi rasanya tak lama naik la balik..Ater makan tak sah kalau tak menambah.

Sampai rumah tepat pukul 12.00am, my mum dah lena dibuai mimpi, my dad je lagi tunggu kami sambil layan Discovery Channel. Eden tak terus tidur, still dengan lappy buat kerja sikit. My husband dah bising suruh tidur sebab esoknya sekolah, nanti kang terbabas subuh...eleh, padahal bangun pagi kita la selalu kejut dia.

Sunday, 4 November 2012

Baby turtles

Pagi raya korban baru ni my sis bagitahu nak korban baby turtles ni since orang lain korban lembu tapi dia tak sanggup nak korban lembu, kesian katanya, so dia berkorban dengan melepaskan haiwan belaannya untuk meneruskan kehidupan di bumi Allah yang sangat luas ni. Lokasi pembebasan adalah di belakang rumah tepi sawah padi.
Den mintak my sis buat kura-kura ni keluarkan kaki, ater my sis agah dia macam agah baby..hahah
Time agah tu dia keluarkan la kaki sikit, ater nak shoot bukan senang kan, nak kena focus betul2 kalau tak  gambar blur, bila ready nak shoot kaki dia sembunyikan balik..
Lastly sempat jugak snap time dia keluarkan kaki..malu agaknya dengan eden..baby turtles ni cute sangat time kecik-kecik gini, tapi time dia dah dewasa dah besar, nak pegang pun takut..kalau gigit jari my mum cakap tunggu bunyi guruh baru dia lepas..mitos orang tua-tua..

Tuesday, 16 October 2012

Save the date!

 Tengahari semalam my sis call bagitahu GEMS offer dia training kat Cherating for 2 months with RM600 monthly allowance. Dia tanya kawan-kawan dia, katanya ramai yang tak nak terima sebab allowance ciput, diploma holders pun dapat RM2k per/month, mana boleh survive, so for them kita yang degree takkan dapat RM1k je.

Adik-adikku sayang, my opinion is gain experience dulu, develop skills, fresh graduate jangan demand sangat nanti buruk padahnya, daripada duduk rumah menghabiskan beras, meninggikan bill elektrik duk mengadap tv lepas satu channel satu channel, last-last mata sampai jadi bengkak + kepala jadi bengong macam orang kerja lebih masa and stay up kat office. Padahal kerjanya melangut kat depan tv je. Jauh jauh jauh lebih baik attend training macam ni, ye dop???. Mana la tahu dalam pada kita masih training, dengan izinNya Allah temukan kita dengan seseorang yang boleh bawak kita terus ke badan-badan tertentu, based on our performance la bukan membodek, tak kisah la goverment ke swasta yang penting halal. Tapi yang tersangat penting BERKHIDMAT UNTUK MANUSIA tu biarla seikhlas hati yang boleh..Nak dapatkan degree pun korang bermula dengan UPSR, ke ada yang lepas UPSR terus dapat degree? Meh habaq mai kat chek. Hok gifted tu cerita lain la pulak. Bermulalah dari bawah kerana kenikmatannya lebih terasa bila mengecapi kejayaan. Kalau la my sis insist tak nak pergi pun, saya akan try to push her untuk terima.

Sebenarnya pihak GEMS minta lapor diri hari ni. Alahai mana la nak sempat, saya nak apply cuti pun serba salah, kalau emergency sakit lain cerita, ini alasan nak bawak adik lapor diri, tak ke kelam-kabut + kelabu asap namanya, mana nak packing barang lagi, orang perempuan kalau tak penuh kereta tak sah. Due to that, my sis call merayu minta di hantar ke branch yang lebih dekat. Alhamdulillah dapat kat Merang Resort, Setiu and lapor diri pada 3 Nov. Barula den boleh bernafas sikit..

Ater den ni nak save the date untuk apa??? confius sekejap xoxoxo tapi dah waras balik di mana saya ni tak lain tak bukan sebagai PERSONAL DRIVER la<--- part time job without payment

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

A piece of advice...

"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"

Sunday, 14 October 2012

Penang trip - Day 1

Story ni dah berkurun sebenarnya, almost 3 weeks ago kami ke Penang untuk Majlis Konvokesyen my only sister. From KT kami bertiga je, balik pun bertiga jugak, my parens and i sebab my sis balik esoknya untuk ambil scroll. Husband ada kerja tak dapat join, same thing goes to my brother, dia pulak ada kem dekat sekolah. My sister ke Penang from Kubang Kerian sebab a week before dia dah ada kat USM untuk exam Lembaga Jururawat Malaysia. Alhamdulillah result dah keluar last week, and she passed the exam. Kami bertolak dari rumah around 4.15 am on Thursday.
Kami sampai Penang pukul 12.30 pm dan menginap di sebuah home stay milik Song Gim Hoe di Lorong Batu Uban 1. Rumah ni cantikkkkkk sangatttt. Kebersihan memang tip top, layanan pekerja dan juga owner macam satu keluarga pulak. Kat sini ada 11 bilik, saya ambil 2 bilik, lagi 9 semua chinese, semuanya datang Penang untuk majlis konvo tu. Penyewa lain pun sangat friendly, time kami duduk tengok tv kat living room tu, ada yang baru nak keluar makan and ada yang baru sampai, bila kami senyum, dorang mesti stop menyapa, tanya itu ini. Dalam hati, 'eh ramah la pulak', yela sebab kami kat kampung mana ada bergaul dengan chinese. My mum la excited, 'ramah ek orang-orang cina sini..'
Parking is limited to two motor vehicles.

Pat-pat siku lipat, siapa cepat dia dapat..Time ni hujan, tapi sangat lebattttt dekat Penang Bridge, drive pun slow jer sebab campur sesak and kelabu mata.
 Landskap depan rumah pun cantik.
Sebenarnya nak sampai rumah ni pusing 3 kali jugak, GPS dah membawa kami masuk dalam Taman ni, tapi jadi payah sebab rumah ni takda no, dari hujung kami bilang 30, 32, 34, 36, ivillehomein , 40..time tu tak terfikir pulak no rumah dia susun genap macamtu...hahah..dah penat sangat keliling kami stop depan homestay ni untuk call onwer, time tengah tunggu call out tu, (dalam hati) 'pagar ni sama macam pagar homestay yang den sewa', pastu dongak kepala tengok rumah pulak (sebab pagar tinggi), ye sungguh bagai difikir, kami sebenarnya dah sampai depan rumah..
Receptionist cinonet je..Resit printed okay, bukan handwriting eh..Gate pun automatic. Class you Madam Song !! My mum cakap macam duduk kat rumah sendiri (psssstt, mak rumah kita rumah papan ok, jangan mengarut :p)
 Kami dah siap-siap bawak bekal lauk pinggan mangkuk gelas sudu semua. Tak guna pun peralatan dapur kot-kot yang ada ni bekasan pork.
Lampu biruuuuu..Di setiap bilik pun ada TV, yang ni untuk santai-santai dengan family and jiran serumah.
Ini toilet bawah, my parents guna yang ni, bilik yang jenis private bathroom ada 3 je kot, time saya call dah full. Terpaksa la ambil bilik yang shared bathroom. Sebenarnya time saya duk google hotel near to USM, tak sangka pulak yang saya booking tu adalah homestay. Tahu ada je lagi available room, terus grab, takda masa dah nak tengok website, takut tak sempat sebab date dah dekat sangat. Ingatkan hotel biasa je and hal-hal berkenaan bathroom ni mana nak ambil kisah, yang penting katil. Balik rumah baru berkesempatan telek website Madam Song. Tengok punya tengok, baca punya baca, baru tahu yang bilik kami shared bathroom. Ater nak kena la pakai tudung semua bila nak g mandi. Takpelah sekali sekala tukar angin, asyik tidur hotel je, tak pernah lagi duduk homestay macamni. Biasa home stay keluarga kita je, ni berbagai bangsa dalam satu rumah..
Standard room = RM 75.00

Saya share bilik ni dengan my sister, tingkat 3 1/4..My parents cakap bilik ni lagi best, sayup mata memandang, tapi yela dah tinggi sangat mana nak larat turun naik.
Rules and regulations!

Lebih kurang pukul 8.00 pm kawan my sister mai ambil kitorang except my dad untuk keluar makan and before that singgah hotel kawan dia untuk ambil jubah. Singgah di restoran mamak, tak silap Subaidah rasanya. Kesedapan makanan okla daripada langsung takda..Alhamdulillah..ater tekak den tekak orang melayu, bukan melayu india...hihihi
Korea apa entah nama menu ni. Ada 2 biji telur goreng, aiskrim lagi, manala tak muak. My sis makan suku je rasanya.
 Saya order mee goreng mamak, banyakkkk wooooo, separuh pun tak habis. Tapaukan selebihnya, jangan membazir..
 Naan bread ni for my mum. Actually dia nak makan roti canai, tapi saya recommend naan bread nih, asyik roti canai je, cuba ubah selera mai tempat orang. Asalnya my mum refuse sebab takut tak sedap keras semua, saya bagitahu la takkkkk lembuttttt je. Sekali dia makan keras tak sedappppp..hahahah
Kawan my sis ambil nasi kandar, tengok ayam goreng berempah dia sangatttt rangup krap krap..telan air liur
Singgah Quensbay Mall sekejap tengok orang..tak beli pape pun, just jalan-jalan kenal tempat. Parking depan mall mahal, tapi jalan tak rata, berlubang-lubang and bad condition. Tak berbaloi bayar mahal
 Sempat lagi snap night view laman rumah..
Macam professor pulak..
Okay selesai first day episode di Penang...to be continued..
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers