Showing posts with label kenduri. Show all posts
Showing posts with label kenduri. Show all posts

Saturday, 3 November 2012

Aqiqah

Hari raya kedua kami ke rumah sepupu ayah coz dia ada buat kenduri aqiqah anaknya + kenduri kesyukuran kahwin untuk anak saudaranya. Al sukanya tengok di kiri kanan rumahnya penuh bonsai renek dalam pasu. Eden tanyala sepupu ayah tu, kak fatimah ke bela semua pokok ni? suaminya jawab takdanya nak di layan jaga..jarang nak jumpa lelaki yang minat pokok bagai nih..tapi sayang tak snap gambar bonsai tuh..al ruginya la..

My sis pakai jubah putih, husband pun putih, tinggal lagi mak and ayah je tak putih. :)
 Her (my sis) large portion for a large eater. Makan banyak pun badan kerding gak, tak macam den, makan banyak al kembang la sinun sinin.
 My portion
Kat sekolah pulak jamuan situ sini, kejap form 3 buat, kejap form 5 buat, tak nak pergi tak boleh, wajib hadir kalau orang jemput melainkan ada aral yang tak dapat dielakkan. Cuma dengan cara disiplin ambil makanan jangan tamak untuk elak makan berlebihan..tolong jangan tamak k.

Tuesday, 16 October 2012

Kenduri tahlil

 Just got home, tadi pergi rumah arwah tokki chik, cucu dia jemput pergi rumah untuk kenduri tahlil..sambil tu boleh tolong kerja-kerja dapur di samping mengeratkan silatulrahim sesama jiran..Oh ya kepada yang tak tahu, tokki chik ni jiran depan rumah kami, dan dia pun selalu mai rumah..Semoga keluarga arwah tokki chik ikhlas dalam menyediakan majlis itu dan diharapkan juga agar tetamu yang hadir tu ikhlas mendoakan si mati kerana sekiranya mereka ikhlas, insya Allah pahala itu akan sampai kepada si mati..Amin
Menu yang disediakan kepada tetamu tadi..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Diriwayatkan dari Saidatina Aishah r.a. menceritakan:

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.;

‘Sesungguhnya ibuku telah mati. Aku mendapatinya jika sekiranya ia berpeluang bercakap (ketika hampir matinya) nescaya ia akan bersedekah (yakni menyuruh agar dikeluarkan sedekah dari hartanya). Maka apakah baginya pahala jika aku bersedekah bagi pihaknya?’. Jawab baginda s.a.w.; ‘Ya’.

 (Riwayat Imam Bukhari & Muslim)

Thursday, 19 July 2012

Kenduri tahlil arwah abang

kami ada buat kenduri tahlil untuk arwah abang baru2 ni (14/07/2012)
Al-Fatihah untuk arwah
semoga arwah ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman
Amin...
pagi tu Incik Suami n adik lelaki kuarkan ayam dari reban
panggil Tok Bilal untuk sembelih
tangkap 5 ekor tapi dapat sembelih 4 ekor je
belum tiba ajal ayam tu lagi kata Incik Suami
kerja2 'korek' isi perut ayam mestila mak yang buat..hahaha
saya tukang pegang getah paip air je
tapi lepas tu Incik Suami dan saya kena cabut bulu ayam!
ini dia rupa ayam kampung yang dah siap dibersihkan
tinggal lagi nak dipotong kecik2
untuk dibuat gulai
ayam daging ni pulak nak buat ayam masak merah
tapi before that kena goreng kunyit dulu

saya tukang goreng ayam
kerja mudah2 je saya buat
sebab keadaan tak mengizinkan
tapi sebenarnya dah 'terbuat' kerja2 berat sebelum tu
mop lantai, angkat kerusi
then ada kejadian yang tak disangka2 terjadi
1st round da siap goreng
ada ber'round2' lagi...
sambil duk menggoreng, Incik Suami and ayah kat sebelah duk ricih kulit tebu
ayam kampung untuk digulai
yang ni belum masuk santan lagi
mak long yang handle
acar rampai ni bonda yang handle
jiran2 ramai yang mai tolong
orang kampung memang biasa la aktiviti camni
pantang ada jiran nak wat kenduri
mesti ringan tulang mai nak menolong tuan rumah
lagi seronok dari catering
ayam masak merah..SIAP!
gulai ayam kampung..SIAP!
nasi minyak yang tak berapa kuning
ayah yang masak
tetamu datang lepas Isyak
makan time..
lepas semua tetamu balik
kami sekeluarga amik part masing2 bersih mana yang patut
saya , my sis n 2 orang jiran cuci pinggan mangkuk
Incik Suami, Bonda n Ayah settle hal dalam rumah
adik lelaki kena hantar lauk kat umah jiran
lepas cuci pinggan tu baru terasa sakit sangat pinggang nih
tapi Allah pelihara lagi sampai hari ni..
semuanya berjalan dengan lancar
hidangan pun cukup untuk tetamu
alhamdulillah
semoga allah sampaikan kepada arwah di sana..amin
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers