Showing posts with label myFamily. Show all posts
Showing posts with label myFamily. Show all posts

Saturday, 13 April 2013

As promised!

Assalamualaikum..

Since semalam aku cari nasi beriani manyak kedai tutup lorrr..so by today as promised kami keluar lagi untuk perkena nasi beriani gam..tapi pada aku tak gam mana pun, boleh la. Kami singgah ni di Restoren Maidah, Jalan Kamaruddin K.Trg, kalau kat sini famous la restoren ni..Not forgotten bawak balik 2 bungkus to my dad and little brother. Dorang malas nak ikut..Aku tak makan pun, kenyang lagi sebab breakfast pagi tadi pun dah lewat. So cubit sikit je dari pinggan bonda buat syarat.. Sambil tunggu bonda makan tu, aku shoot la mana-mana view yang rasa menarik di hati untuk tatapan umum..Hmm malas nak cerita panjang, layan jela gambar yang ada yer..


 Price per Serving: RM 8.00


Mak: Lepas ni mak tak nak makan sini lagi, mahal sangat la :(..
Aku: Tak kisah la mahal pun mak, kalau nak makan makan je, jangan pk sangat sal mahal murah..Janji halal, berkat and kenyangggggg..bulpppp..alhamdulillah

Berseleranya bondaku makan..sampai bertaburan nasi atas meja..Entah apa yang dia tengok pn tak tau ler..

Tuesday, 27 November 2012

Mee rebus Mr. Father


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Di suatu petang..

Ayah: Kak, malam ni buat mee goreng, tak payah masak nasi..nak?
Me: Tengah makan nasi lauk ikan patin masak tempoyak dengan lahapnya seleranya. Hmm..taknak la, dah kenyang ni makan nasi..esok malam la..isk apa aku ni sadis sangat, ayah nak makan buat jela.. takpelah mak mesti buat nanti..

Waktu maghrib...

Ayah: Yang...buat mee rebus malam ni..
Mak: Mee rebus apa nasi dah masak, nanti membazir lauk tak habis...
Me: Mak buat la, kempunan ayah nanti, kalau la umur ayah tak panjang, mak jugak menyesal nanti tak buatkan mee rebus...aku memujuk..hehehe
Mak: Senyum then terus bangun pergi keluarkan ayam dari freezer..

Eden al malas nak pergi dapur sebab hari tu penat sangat dengan hal dekat sekolah, itu yang makan sampai menambah-nambah, kelaparan jadinya..hahaha..bila dah start bau harum, den punya perangai buruk baru keluar bilik pergi jenguk kat dapur, tengok-tengok my parents bekerjasama masak mee rebus tu, tapi yang tukang masak adalah my dad. Psssstttt..sebenarnya ayah masak lagi sedap dari mak..certain menu la, dulu ada sekali time mak pergi KL, ayah la masak, ada satu lauk tu, tak tahu nama apa, tapi sampai sekarang ingat rasa dia macamana, nak kata sup kuah dia perang..ikan merah rasanya..tanya dia, confirm tak ingat...tapi bestttt sangat..

Zaman bebudak dulu ingat lagi, rasanya almost 2 tahun setiap kali buka puasa, menu kami adik beradik 1 bulan adalah mee goreng, tapi mee tersebut mesti ayah yang masak..jadinya setiap petang mak cuma masak lauk pauk untuk makan dengan nasi, and menu kami tunggu ayah balik baru masak. Memang ada beza mee yang digoreng oleh ayah and mak.


Kalau mak buat, kuah mee rebus tu takkan warna gitu, mesti putih...and telur pun dia takkan letak..beza memang berbeza..=]

Monday, 22 October 2012

Cuti-cuti Malaysia

Semalam eden cuti, sebab kelantan cuti (langsung takda kaitan..tskk...) yeayyyyy...takler, ater Incik Suami cuti sebab malam kelmarin ada game Kelantan vs ATM kang, eden pun apply cuti jugak ler, perabih cuti dah nak hujung tahun dah ni..Eh, dah menang tu tambah lah sehari lagi YM Tuanku Sultan..patik mohon sangat-sangat agar diperkenankan...

Tengah-tengah tengok game tu, my dad ajak suami pergi tangkap ayam kampung, dalam kul9.30 pm rasanya. Dorang tangkap 2 ekor, suami dapat scratch macam harry porter tu atas dahi..hahahha..ater orang bandar tak pernah main-main ayam nih, beli yang dah siap je senang. Ater orang suh pegang kaki ayam, dia kan rabun sikit, jadinya ter'pegang' si bontot ayam...kalau ter'pegang' bontot orang pun makan penampar, ni pulak bontot ayam.. hah ambik ko, terkejut monyet ayam tuh, time terbang tu tercakar la dahi suami..hahaha..takpe la luka sikit, yang penting dapat pengalaman and teknik-teknik nak tangkap ayam..yang penting suluh mata ayam tu baru senang nak tangkap, jangan suluh bontot/kaki ayam!

Dah selamat sembelih ayam jantan 2 ekor..
 Selamat di celur dengan air panas untuk di cabut bulu-bulunya..


Suami and mak yang tukang cabut bulu, eden tukang tengok je..hikhik
 Taraaaaa dah siap pun gulai ayam kampung 2 ekor...penuh seperiuk! Sebenarnya bukan untuk kami sekeluarga je ni makan, tapi rezeki Allah Taala ini telah dibahagi-bahagikan kepada nenek, mak saudara, and nenek saudara yang tinggal berjiran dengan kami. Terima kasih Incik Suami tolong hantarkan ke rumah dorang..
 Disamping itu ada menu tambahan jugak, acar rampai kubis..
 Ikan kering ikan seluang aka ikan sungai (thank mr.hubby tolong gorengkan)..ikan ni hanya wujud di musim hujan je..rumah eden kan dekat dengan sungai, senang la nak mendapat ikan ni..Semalam hujan je kat kampung, al cepatla lapar yer..jadinya nasi seperiuk habis licin di tambah menu ayam kampung yang lama dah tak makan..terima kasih Allah..

 Sedar tak wahai saudaraku, alangkah baiknya kalau ayam kita nak makan tu kita sembelih sendiri dan proses sendiri. Tak sampai 20 minint pun untuk seekor ayam. Sebabnya, yang penting HALALLANTOYYIBAH, kita yakin lebih bersih dan sedap terutamanya kalau isteri/ibu kita yang masak. Doa dan masakan isteri-isteri solehah akan lebih diberkati dan dijauhi Allah daripada penyakit-penyakit kronik yang bermacam-macam akibat makanan tidak HALAL.. Pahala makan masakan isteri, pahala makan bersama keluarga jauh lebih besar dan afdalnya dari makan/beli di warung-warung tepi jalan atau pasar malam..
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah S.W.T. mewajibkan untuk berbuat baik terhadap sesuatu, oleh itu jika kamu membunuh, perbaikilah cara membunuhnya. Apabila kamu menyembelih maka perelokkanlah cara sembelihannya serta tajamkanlah pisaunya untuk memudahkan penyembelihannya.”
(An-Nawawi, Sohih Muslim)

Wednesday, 10 October 2012

Kepala dah 'weng'

Pagi tadi around 4 am baru sampai rumah sebab berkampung di HSNZ sejak petang. Lepas tu bangun pukul 6.30 untuk ke sekolah, macamana tak weng, ye dop??My brother admitted pagi semalam suspect appendix. Sebenarnya isnin malam dah bawak dia pergi kecemasan, and sepatutnya dah kena tahan, tapi dia insist mintak tangguh sebab ada exam esoknya. Keesokkan harinya, bukan berkejar nak pergi sekolah, tapi repeat pergi kecemasan sebab sakit yang teramat sangat. Saya pergi sekolah dulu clock in punch card, isi borang keluar then baru ke HSNZ.


Check in 3rd class sebab 2nd class dah full, waiting list pun dah ramai..hukhuk. Bukan nak memilih sangat, tapi sangat berbezaaaaaaa bila kita ni ber'status'. Sepatutnya sebagai jururawat, tak kisah la berstatus ke tak, tapi pesakit tetap kena layan biar dia rasa macam berada kat rumah, rasa sangat selesa dari segi layanan, facility out takpe (ater bayar RM1 nak aspect too much melampau la) tapi janganlah attitude pun out jugak. 'Ikhlaskan hati melayan pesakit seperti rakan'. Cuba la kalau anak/suami/ibu ayah dorang dilayan seperti itu. Hah??? takda perasaan ke nak 'terasa'. ye dopp???

Due to this, saya perlu korbankan waktu menjahit langsir yang masih belum siap-siap lagi..hukhuk..lagi 70% untuk siapkan, ingatkan minggu depan dah nak bawak pergi kelantan, harap diberi kelapangan untuk itu..Amin

 Watak kedua penting untuk episode kali ini adalah my sister, since dia pun pelajar nursing, rasanya lebih afdal dia yang stay. Lagi pun dah takda orang lain, hahaha, nak tak nak pun dia kena jugak stay sebab saya kerja. Time saya admitted last 2 months pun dia jugak yang stay. Terima kasih ye kak ada, only Allah can repay..Amin..Mintak pas kebenaran menunggu dari U29, ONLY HER yang dikira baik hati dan sangatlah penuh sopan dan santun bila bercakap biarpun pening kalut kejar situ kejar sini dalam pada dia siapkan borang ni.

 After office hour balik kejap mandi manda, then terus ke HSNZ, kesian dia duk sorang-sorang. Dalam pukul 11.05 pm baru O.T call, 12jam menahan sakit, kesian sangat tengok. Sampai kita sendiri nak menangis bila dia asyik ulang 'kak sakit kak, dop tahan sakit sangat'. Last antibiotic via iv drip nama GENTA-100, my sis cakap ni antibiotic kuat, tu yang menggelupur sakit sampai menangis tu. Saya tak tahan tengok, mintak doctor inject pain killer bagi kurang sikit.


Heading to O.T room at 3rd floor. Gambar tak clear sebab snap sambil berjalan+berdebar+berkejar..(sebenarnya tak pandai snap :p)

You know what?????? We waited 4 HOURS in front of the O.T room!!!!! 'Penantian itu suatu penyeksaan' Siapa tak setuju kembangkan lubang hidung yer...Ya Allah, setiap kali lift terbuka, mesti mata kami terpacak kat pintu lift kot-kot la yang keluar tu adalah staff-nurse dari wad kami, sebab bila mereka datang, maksudnya patient tu dah stabil untuk di bawa ke wad. Itu je tanda untuk kami tahu status patient, and time mereka buka pintu nak bawak masuk stretcher, cepat-cepat my sister curi-curi intai. Kami langsung tak tahu status my brother dalam O.T tu, in progress ke, done ke, apa ke..Sepatutnya pihak unit dewan bedah display la status patient untuk makluman waris, samsung monitor wall ada, tapi tak berfungsi pun, duk display desktop pc nak buat apa? ye dop? Waris dahla bimbang, macam-macam rasa, al-maklumla main pisau gunting bagai nih, kalau potong ayam takda la risau sangat, ini lagi menambahkan blood pressure waris.

O.T room tu berhadapan dengan ICU, time kami menunggu tu tiba-tiba dengar pompuan menangis meraung, 'Aku nak pergi mati'. Rupanya kakak dia dah 50-50, kami and beberapa orang waris lain duk beranggapan agaknya suami dia accident meninggal kot, isk2. Tumpah darah selepas bersalin, menurut adik ipar patient, dia bersalin normal and baby pun sihat, tetiba nak pergi buang air, keluar darah penuh lantai tandas, ngeri sangat bila bayangkan. 3 hari berlarutan tumpah darah and malam tadi kemuncak bila darah tu dah mula keluar melalui rongga-rongga hidung, telinga and mata. Dalam pada duduk risau menunggu my brother tu, kami waris menunggu start berkongsi cerita hal adik/anak masing-masing, apa punca masuk wad, sakit apa, semua la yang mana terlintas dek akal..hihihii

Actually my brother ni langsung tak makan pedas, bukan setakat chili, sos chili pun dia tak makan, kalau beli burger biasa dia akan mintak sos tomato je. Tapi jangan ingat appendix ni hanya kerana biji chili yer, biji terung pun termasuk jugak. Dah kalau sos tomato je kesukaannya sejak kecil, buahnya apatah lagi, ye dop? Kalau dia buat nasi goreng sepinggan, 2 biji tomato dia letak, biji tu takda dia fikir pun nak buang. Semalam dia cakap, lepas ni tobat taknak makan tomato dah..

 Tepat pukul 3.00 am baru keluar O.T. Alhamdulillah selamat, tapi lama sangat itu yang musykil. 2 orang patient yang masuk kemudian dari dia, dah lamaaaaa keluar. Takpe petang karang pergi hospital nak mintak doctor bacakan report dari masuk O.T hingga keluar O.T.

* Psssssttt:- Staff-nurse 2 orang ni sangatla menjengkelkan, dahla muka tu takda senyum, agaknya kalau dia senyum tercabut gigi kot. Nanti kita story-mory dramma dengan staff-nurse ni ek..


Dia cakap kering tekak, so kami bagila air masak pakai sudu. Masa tu tak tahu yang dia kena teruskan puasa sampai pagi esok. Tanya staff-nurse dia baru tahu, tapi my sis tak bagitahu la dah 'terbagi' air masak. Saya siap suruh dia minum vitagen lagi, hahah, nasib baik Allah pelihara tak minum, kalau tak mesti jadi pape sebab usus dia lemah lagi untuk bekerja.

Tadi pagi my sis call bagitahu dia nak kencing tapi sakit, air kencing pun tak keluar, bila dia 'paksa' bahagian operate tu sakit. Bimbang sangat sebenarnya, tak pernah lagi in my family operate macamni. Ya Allah sembuhkanlah penyakit adikku.

Lepas dah settle uruskan pakai baju dia semua, saya pun cium la pipi dia sebab nak balik esok sekolah. Dia nak menangis 'Kak nok g mane? sape nok teman orang sini? Rasa nak menangis je dengar, ini pun time tengah typing ni sebak+bergenang air mata bila teringat suara dia malam tadi.

Lunch hour nanti nak pergi sekolah my brother amik surat GL. Harap-harap adalah staff yang tinggal, kebanyakkan tempat bila lunch time je office kosong. Saborrrrrr aje lerrr..
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers