Tuesday 18 August 2015

Sarung bantal bayi


Next sewing project untuk anakanda adalah sarung bantal. I buat 2 biji bolster, 2 biji bantal kecik untuk kepala and 2 biji bantal size besar sikit dari bantal kepala untuk letak tangan time menyusu..Kononla..sebab time tu tak tahu lagi camna kemenjadiannya.. Maklumla anak first..Last2 bantal yang besar sikit tu apaknya kebas wat lapik kepala dia...heh








Kain bahagian atas I beli fabric Japanese cotton, and yang merah tu cotton biasa. Jappanese cotton tu dalam RM17.80/meter.  Isian bantal tu semua I beli kekabu asli RM11/kg, bukan kekabu polyester yer.  I beli 10kg untuk isi semua bantal and tilam kekabu size besar, bukan NB, kononnya nak pakai lama, and kononnya jugak nak bagi ruang apaknya baring sebelah anaknya atas tilam tu jugak. Baki kekabu tu, my mom buat bantal baru untuk ganti mana-mana bantal yang dah berkulat kat rumah tu.


Gigih jahit semua ni sebelum makin tak larat nak menunduk untuk proses ukur, gunting, tanda and semuanya la untuk dapatkan hasil yang memuaskan hatiku..hihihih..Lepas solat subuh ada masa 1 jam sebelum nak ke sekolah, sambung jahit mana yang tak siap.  Ukuran bantal and bolster tu I tanya Mr. Google, sebab kat rumah ni takda bantal bayi untuk di buat contoh.  Sekarang semuanya dah tersimpan rapi dalam almari, sebab anakanda taknak tidur dalam baby cot dah, nak tidur dengan makpaknya sesama atas katil.  InsyaAllah next baby tak perlu buat dah, pakai je yang ni.

Date: 05/02/2015

Monday 17 August 2015

Barut bayi



Barut ni I jahit sendiri tau..just for my little daughter. Sibuk ke, susah ke, penat ke, tetap I nak jahit sendiri untuk dia. Alhamdulillah Allah izinkan niat I tu terlaksana. Masa jahit ni pregnancy dah masuk 7 bulan, so dah start jahit sikit-skit barang keperluan anakanda. Nak start awal pun bimbang jugak, takut jadi pape, sebab ni pregnancy ke-3 dah. Barut bayi ni adalah projek pertama untuk menyambut orang baru, lepas dah siap barut mula la berkembang kepada sarung tilam, bantal, comforter, blanket, nursing cover, tilam alas plastik and many more. I akan share one by one yer.




Ni size new born, I buat dua size, lepas habis pantang bulan ke-4, I start jahit size besar sikit, belang hijau, sebab yang new born ni dah tak padan. Anakanda I pakai barut sampai usia 9 bulan tau..hihihi. Nampak tak tali tu agak panjang, masa ni tak reti lagi nak budget panjang tali, dah siap sehelai tunjuk kat mak, mak kata tak lulus sebab tali panjang sangat. Total size NB I buat 10 helai, size L pun i buat 10 jugak. Betul-betul kaya dengan barut.

Date: 18/01/2014

Sunday 16 August 2015

Sagupal vs Asam gupal

Actually kejadian ni dah lama berlaku..tapi walaupun dah lama tetap gak nak buat entry untuk kenang-kenangan daku di waktu sunyi nanti..ewah..ewah..nanti akan baaaaaaanyak lagi entry macamni tau. Almaklumla, blog ni menyepi selama 2 tahun, so macam-macam kejadian dah berlaku selama 2 tahun tu, and gambarnya tersimpan elok dalam SD card S2 ni. Nasib S2 tak buat hal, maka selamat la semua gambar-gambar yang ada tu.

Di Terengganu makanan ni agak famous la, tapi tang nama ada yang panggil sangupal, sagu kepal and asam gupal. Isinya adalah sagu, kuahnya adalah santan dan inti sagu tu boleh taruk kacang hijau or kacang dhal.  Ikut suka tekak masing-masing. Kalau sagu tu dimasak elok, makan pun best, chewy.  Tapi kalau tak pandai masak sagu, liatnya sagu tu sampai lenguh gusi nak kunyah. Ada orang buat kecik cinonet muat 1 mulut, ada orang nak cepat siap buat besar gedabak kena 2x suap.  N for th first time i rasa nak buat sendiri, so berlaku la peristiwa itu dengan keizinanNya.


Sagu tu i beli kat mydin, tak ingat banyak mana. Letak air panas untuk aktiviti menggentel sagu, kalau tak buh air panas tak boleh nak gentel bebulat. Semua ni kena buat cepat, kalau lambat sagu ni akan mengeras and lagi susah nak gentel. Size ikut suka tekak, and jangan lupa taruk inti sekali. Inti tu dah gentel bebulat siap-siap ye. Kalau tak lambat kerja menggentel. Mesti gentel bagi tutup inti tu dengan biji sagu betul-betul, kalau tak nanti bila kukus terburai inti, dah tak best nak makan takda inti.  Kalau sagu tu mengeras, boleh tambah air panas, agak-agak boleh gentel je ye.


Ni yang separa kukus, tak habis lagi proses kukusnya, tapi gatal tangan nak snap pic. I guna kukusan tupperware yer..hihihihi..saje nak bagitahu. Berapa lama kukus tak tahu, I kukus sampai nampak dah takda putih-putih mata biji sagu tu. Ada orang rebus, ada orang kukus, I pilih cara kukus sebab I tak nak ambil risiko sagu ni pecah terburai isi perut inti kacang tu.  Lupa nak kabo, inti ni I buat pakai kacang dhal, saje nak ubah selera.


Zoom sikit...


Zoom lagi sikit..hihihi..Nampak tak kuning-kuning tu, itu inti kacang dhal yang telah dimasak elok and dah dilenyek lumat.


Alhamdulillah, sedia untuk dimakan. Kuahnya kita guna santan, isi nangka yang dicarik-carik (optional), halba, gula, garam and tepung jagung untuk memekatkan kuah. Bulan puasa lagi famous kuih ni.

Date: 21/03/2014

Sunday 2 August 2015

Kerutuk udang galah

Helaian kedua adalah entry kerutuk udang galah, kiranya tengahari masak udang, petang buat pizza and malam buat mee goreng.  Mak cakap, kalau abang long (Incik Suami) ada kat rumah, dapur kita berasap dari pagi sampai ke tengah malam buta...hihihi..

Ni udang galah yang dipancing, bukan udang sangkar eh. Sepupu saya mengail udang, and bila cukup 1kg baru dia wak mai rumah.  Kiranya time sampai rumah udang tu masih hidup segar bugar.  Tapi sayangnya, a few days baru masak, sebab nak tunggu husband balik dulu, akhirnya jadi kurang segar la. Moleknya udang ni masak terus time tu.



Ni semua bukan 1kg ni, masih ada dalam freezer 10 ekor yang kecik2..buat sambal plop nanti. Harga udang ni RM35/kg.

Homemade pizza..

Assalam kepada semua pembaca ( ada pembaca ke blog nih..muahaha )

Lama sungguh tak datang sini..daripada takda anak..sampaila muncul anugerah terindah tu..eh..apa kena mengena dengan ada anak takda anak nih? )..almost 2 years la nih...kalau blog ni duk dalam laut, dah bercengkerang dah kulit muka blog nih. ( teringat sayap MH370 yang dijumpai baru-baru ni. AL-FATIHAH dan takziah diucapkan kepada keluarga serta rakan mangsa )

Ok...back to the story...saya mulakan helaian pertama untuk hari ini setelah sekian lama ditinggalkan diari kecil saya ni dengan entry homemade pizza.  Sebenarnya lama dah nak try buat..tapi bila fikir harga cheese yang agak mencekik tuh, terus patah semangat. Encik suami pun dah berapa kali juga suarakan keinginan tekaknya nak makan pizza.  So, dengan rasminya khamis malam saya terjah Mr. Giant untuk dapatkan segala mak nenek barang untuk buat pizza nih.

Pilih punya pilih si ratu pizza yakni cheese ni..daripada penuh kereta dekat car park, sampailah Mr. Giant announce nak tutup kedai, saya masih duk pusing pilih cheese..Incik Suami berapa kali membebel, konon nak yang murah, end up yang mahal jugak ku pilih..hihihi..dekat RM 100 jugak habis malam tu, entah apa yang dibeli pun tak tau. Kalau beli kat Pizza Hut 2 keping tak sampai harga tu ye dop? Tapi buat sendiri, sambil berkasih sayang dengan suami time sama-sama di dapur, owh..lagi mahal harganya..takda jual kat dunia ni eh..so hang sume mai pakat tiru ceq na, sila buat pizza sendiri.,..hihihihi


Takda pizza pan heh..first time buat nih..so pinjam tudung periuk cap buaya mak  dengan aluminium pan yang saya beli dekat Mr.DIY RM2.90 ajer, size lebih kurang 10 inch.


Bahan toping adalah capsicum, bawang Holland, prego sauce, sosej, isi ketam and ratunya si mozarella cheese.

Dapat la 2 biji, cukup untuk first trial..tengok camna jadi. Kalau lulus, 2nd time buat boleh up 4 biji..











Ditaburi cheeseeee...












Dibakar pada suhu 200c selama 15-20minit.

 
Siap sebiji, terus ngap bersama keluarga tersayang, termasuk anakandaku, rupanya dia suka la..best wooooo..makan panas2, Incik Suami cakap boleh buka warong dah ni..kiranya LULUS la..heh


Pizza cutter takdo,p itu yang nampak tak lawo, so hentam pisau bawang dah, tak yah nak fancy sangat. Later kita beli cutter.


Ni yang second batch.


Keluar dari oven terus ngap and habis tamat.

Resipi untuk menu pizza ni saya cedok dari Tiffinbiru.  Thanks to you che mat gebu.
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers