Showing posts with label goingPlaces. Show all posts
Showing posts with label goingPlaces. Show all posts

Saturday, 13 April 2013

As promised!

Assalamualaikum..

Since semalam aku cari nasi beriani manyak kedai tutup lorrr..so by today as promised kami keluar lagi untuk perkena nasi beriani gam..tapi pada aku tak gam mana pun, boleh la. Kami singgah ni di Restoren Maidah, Jalan Kamaruddin K.Trg, kalau kat sini famous la restoren ni..Not forgotten bawak balik 2 bungkus to my dad and little brother. Dorang malas nak ikut..Aku tak makan pun, kenyang lagi sebab breakfast pagi tadi pun dah lewat. So cubit sikit je dari pinggan bonda buat syarat.. Sambil tunggu bonda makan tu, aku shoot la mana-mana view yang rasa menarik di hati untuk tatapan umum..Hmm malas nak cerita panjang, layan jela gambar yang ada yer..


 Price per Serving: RM 8.00


Mak: Lepas ni mak tak nak makan sini lagi, mahal sangat la :(..
Aku: Tak kisah la mahal pun mak, kalau nak makan makan je, jangan pk sangat sal mahal murah..Janji halal, berkat and kenyangggggg..bulpppp..alhamdulillah

Berseleranya bondaku makan..sampai bertaburan nasi atas meja..Entah apa yang dia tengok pn tak tau ler..

Saturday, 1 December 2012

USM's 46th Convocation Ceremony

Entry ni adalah sambungan kepada entry Penang Trip yang ambil masa 3 weeks baru leh update and sambungannya pun ambil masa more than 3 weeks juga...kuikuikui..Kami gerak from homestay pukul 6.45am, pagi-pagi dah bunyi anjing menyalak, iyerla kat kampung pagi-pagi dengar ayam angsa lembu je, kalau bunyi anjing mesti seluruh penduduk kampung takut nak keluar rumah agaknya. Kalau jumpa pun dekat town jarang2 sekali.

Ayah biasala kalau mai tempat orang memang dia yang paling awal bersiap sebab semestinya malam dia takkan dapat tidur lena, campur sengal badan lagi, sambil tunggu kami siap dia akan pusing-pusing tengok kawasan.

Sampai sudahhhh di USM Penang

My dad suruh shoot gambar pokok ni, katanya pokok naga, tempat kita tak pernah jumpa..

Nampak ramai orang dekat gerai pakcik ni, kami pun serbu jugak, tapi makanan dah kering, tak jumpa cafe yang elok sikit kat mana. Belasah jela yang ni pun. Eden makan roti je, mak dengan ayah bihun goreng.







As usual hanya 2 keping invitation card diberikan kepada setiap pelajar, tapi kawan my sis bagi card dia sebab her both parents tak dapat datang. So eden boleh la masuk, kalau tak mana la ada segala gambar dalam dewan bersejarah ni.

Ayah tu bukan mengantuk, tapi silau dengan flash camera. Mak pulak al sibuk buat research nama anak dia ada kat slot mana.

 Sidang ke-5 (Sesi Pagi)
Tetamu dan para graduan mengambil tempat duduk di dalam Dewan

 8.30 am:   Ketibaan Ahli-ahli Senat Universiti
8.35 am:  Ketibaan Pengerusi & Ahli-ahli Lembaga Gabenor Universiti
8.45 am:  Ketibaan Pro-Canselor, Y.Bhg. Tan Sri Dato' Dr. Jegathesan Manikavasagam

 9.00 am:  Bunyi trompet (Hadirin di minta berdiri)
Perarakan Utama memasuki Dewan
Lagu Negaraku
Lagu Menara Ilmu

 9.05 am:  Pro-Canselor mengisythiharkan pembukaan Sidang ke-5 Upacara Konvokesyen ke-46
Upacara dimulakan dengan penerima Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Gunaan)

Teringat zaman eden dulu kat UM, time nama dipanggil tu, rasa macam jalan pun seperti robot, ater nak berhadapan dengan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak, Raja ( Dr) Nazrin Shah kan, mestilah berdebar-debar. Sampaikan nak sebut Terima Kasih Tuanku pun tersebut separuh je, TUANKU tak tersebut..hahahah

Dia (my sis) cakap macam model je dia time ni. Awesome!! Pufffftt

Gambar family takda dengan eden, ada dengan her friend, jadinya hapdet je la mana yang ada ni dulu...

 Dalam pukul 1.00pm kami bergerak untuk balik ke Terengganu. This time kami pilih untuk naik ferry instead of Penang bridge. Bila lagi nak rasa naik ferry kan..

 Asalnya mak tak setuju sebab dia takut ferry tu tenggelam..cakap kat dia "takpe la mak, kalau tenggelam pun kita tenggelam ramai-ramai"

 Ferry terminal

 Nyenyak sungguh kakak tu tidoq

Gelapnya nak hujannnn..

Kelakarnya mak eden tak nak turun dari kereta, katanya takut ferry tenggelam. Agaknya kalau ferry tenggelam, myVi tu terbang selamatkan dia kot..hahahha
 Time nak shoot gambar ni, den terfikir.."kalau la S2 ni jatuh, agaknya Incik Suami nak gantikan dengan S3 tak?"

 Cantik pemandangan ni, dengan bangunan yang sayup-sayup je nampak, dengan awan hitam gelap nak hujan.


 The rules and regulations

Ayah dengan eden memang tak duduk diam pun, kami sibuk melawat kawasan and ambil gambar.

Akhirnya hujan lebat selebat lebatnya..My sis call bagitahu dia tak sempat nak ambil gambar sekitar USM sebab hujan lebat yang amat..Dia balik keesokkan harinya sebab nak tunggu ambil scroll terus.

  
 Feri tak pernuh pun, rupanya tingkat atas ada lagi khas untuk penumpang. Nak ke tingkat atas ada disediakan tangga, tapi kedudukan tangga tu curammm sangat my sis cakap. Suasana dia macam dalam filem Mami Jarum tu kata my sis..Rasa terkilan seminit sebab tak dapat naik..

Sayonara Pulau Pinang...Ada umur murah rezeki kami singgah lagi..:)

Jauh sudah meninggalkan Pulau Pinang..sayup mata memandang.


Last photo adalah di km 105 Gerik, kami singgah di sebuah surau untuk jamak solat Asar + Zohor. OTW tu ada sebuah avanza hijau terbabas, nasib kawasan tu bukan jenis gaung curam gitu, nampak tersadai dalam semak. Time tu my dad baru la mai rasa nak slow sikit bawak kereta. Eden drive from dekat Baling je, pastu my dad sambung.

SINOPSIS:
  •  We drove : Perodua Myvi SE 1.3 GHS Manual
  •  Pit Stop : K. Trg - Jertih - Gerik - Baling - Pulau Pinang - Bandar Seberang Jaya - Jeli - K. Trg
  •  Total Distances : 937km
  •  Traveling period : 2 days
  •  Petron RON95 : RM 75.00
  •  Tol : RM 14.50
  •  TOTAL: RM 89.50

Saturday, 10 November 2012

Happy holiday to us!

Kami gerak dari rumah pukul 8.40am, janji nak turun pukul 7.00am kan??? nan adonya jadi! Singgah rumah mertua jap, semalam tertinggal telekung sembahyang, kebetulan MIL takda pergi klinik bawak BIL sunat..

Me: Una, mak gi mana?
Una (SIL): Mak gi sunat, baru je dia gerak pergi klinik.
Me: Mak sunat?????? Isk apa ke hal sunat time dah veteren nih?
Una: Hahahaha..bukan mak la, hantar awis gi sunat.
Iji (SIL): Bengong una jawab gitu..muahahahah

Pukul 9.40am..

Singgah jap kat Merang Suria Beach Resort jumpa my sis untuk hantar air Anugerah, ntah air apa tak tahu la, just mak bagitahu untuk kurangkan sakit senggugut.


Tok Bali...


Pukul 12.00pm..

Selamat sampai di Kota Bharu, Kelantan and we decided to have lunch at Nasi Ulam Cikgu..Many thanks to Sygic GPS Navigation sebab melaluinya and dengan izinNya telah membawa kami selamat sampai ke destinasi itu.. Ater lupa jalan nak pergi Pasar Siti Khadijah, sebab restoren tu berhampiran dengan pasar..rezeki ada S2 nih..alhamdulillah..kalau my sis ada lagi senang, suami cuma hafal jalan dekat Pasir Mas je, KB tak redah lagi..

Total: RM 12.00

Kami sampai rumah tepat jam 2.15pm, kemas rumah bung bang bung bang, pukul 5.45pm baru siap.Malam pulak nak makan apa eh??? husband ajak makan kat kedai je..tapi dalam hati ni menolak sekeras-kerasnya sebab dah selalu sangat dia makan kat kedai, jadi since i'm with him now, biarla dia makan makanan yang den masak je..Sedap ke tak sedap ke, sikit ke banyak ke, makan je rezeki yang Allah dah tentukan. Saya just masak mee goreng and goreng baki cucur bawang yang petang tadi.

Sian dekat suami duk pasang langsir naik turun naik turun layan karenah isterinya, senget sikit pasang balik, begitulah sehingga isterinya puas hati..hahaha..terima kasih suami..den pi la goreng cucur bawang and air kopi panas for him..kebetulan pulak hujan sangat lebat, sedap ngatt kopi o panas..

Akhirnya...hasil usaha dan penat lelahku selama ini..dah siap terpasang seluruh tingkap dan pintu dalam rumah..alhamdulillah..

Wednesday, 31 October 2012

Hi-Tea @ Primula Beach Hotel

Semalam dalam pukul 1.30pm eden dan seluruh warga sekolah (excluding student) ke Primula Beach Hotel sempena Majlis Jamuan Akhir Tahun. Semua tukang masak sekolah and beberapa orang staff pergi dengan bas yang disediakan oleh pihak pengurusan, yang lain termasuk eden drive sendiri sebab nak terus heading back home tapi eden nak singgah town dulu nak tukar battery jam + car alarm.

Kami ada monthly fee RM5.00 untuk kelab ni, jadinya melalui kelab senang la nak buat lawatan ke sana ke mari, kalau ada yang masuk ward akan ada sedikit sumbangan, yang kahwin, yang bersalin, macam-macamla. So marilah kita ramai-ramai ber'pesatuan' secara aman dan sihat.

Nothing much to say, just layan je la gambar-gambar yang ada k.. 


Event di Pucak Gamelan 12th floor (the last floor)
Check point di Meja Urusetia untuk collect lucky draw number + door gift. 
VIP table ni untuk pengetua and Guru-guru Penolong Kanan serta Guru-guru Ketua Jabatan. Tapi yang dapat hadir hanya beberapa orang je. Pengetua sempat berucap and minum seteguk air sebab rushing ke airport untuk ke KL.
 
Is the number 22 my lucky number? Just wait and see huh!
Ini mak meyah, dia tumpang Eden since dia malas nak drive, balik naik bus sebab den nak singgah banyak tempat so dia malas nak tunggu..
Time kami sampai hanya ada 4 orang pihak urusetia, and 5 orang staff lelaki. So time takda orang tu eden pun shoot la mana-mana yang dirasakan perlu untuk kenangan eden. Ini view from hotel, subhanallah cantik sangat.
Masih dalam pembinaan, tapi eden tak tahu apa tujuan buat semua tu.
Mata pun paksa-paksa buka sebab tak tahan silau, nasib terbuka gak sikit..kikiki
Posing gaya nasyid ni jela yang den tahu bila bergambar..
5 yang terawal sampai, agaknya zohor kat masjid tepi jalan kot..En. Mansor, he's so LUCKY yesterday!
52 unit hamper, 1 unit gift certificate (sponsored by hotel) and 1 unit Hitachi LCD's TV (sponsored by student@his parents)
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers