Monday 29 July 2013

Sarung kusyen

Salam semua...

Next project selepas alas peti sejuk adalah sarung kusyen. Sebenarnya I tak pernah jahit sarung kusyen..Eh, bohong! pernah la..long time ago..itu pun selepas mak paksa suruh continue jahit sarung kusyen yang dia sedang jahit sebab dia tak sempat banyak kerja lain nak kena buat. Tak silap I sarung tu pakai satu zip je..Bila nak pasang kena lipat dua kusyen tu baru boleh masuk.

Aktiviti ni berjalan time bulan puasa. Kiranya I balik sekolah, lepas solat Asar start la menjahit. Urusan dapur memang serah pada mak 100%. Kalau tak buat camtu memang tak siap. Malam pergi terawih, siang kerja, hari minggu pulak pergi rumah mertua, so terpaksa pulun lepas balik kerja. Total 14 helai yer..

Mula-mula nak jahit tu mahu 3 jam baru siap sehelai. Lepas ukur termenung, pastu ukur lagi, pastu termenung, tapi alhamdulillah berkat usaha yang optimum, alhamdulillah akhirnya siap jugak 14 helai..This time I jahit 1 helai sarung I letak 2 zip..senang nak masukkan kusyen nanti. Tak perlu nak lipat/kelepet kusyen tu, baru la kusyen tak patah..

Zip tu I beli yang 18" (RM 0.70) dan 20" (RM0.80)..zip 20" guna untuk side tepi yang panjang, lebar pendek je. Kusyen zaman sekarang sama besar, ini kusyen zaman dolu-dolu..hihihi...Kain pula guna yang ayah beli long time ago time dia visit Johor dengan kawan-kawan. Lebihan buat langsir ada banyakkkkk lagi...langsir tu pun dah lusuh warnanya..Cuba kalau langsir dan sarung kusyen kain sama...agaknya cantik tak????




Kerusi rotan ni sangat tinggi nilainya pada my parens. Mak cerita, selepas pantang lahirkan I, dia balik rumah dia tengok ada kerusi ni dekat ruang tamu. Kiranya ayah sengaja nak surprise dekat mak. Kawan ayah yang buatkan kerusi rotan ni pun cakap susah sangat nak penuhi citarasa ayah. Sangat cerewet, nak gitu nak gini..Nampak tak dekat bahagian tepi letak tangan tu kosong je, sebenarnya ada rotan halus yang dijalin, tapi usia pun da makan 30 tahun, anak-anak time kecik2 dulu ganas, maka tercabutla ia..yang lain masih utuh sebab tak kuat nak cabut..hahhahah

Sekarang ni tengah siapkan langsir pulak, pastu cadar raya mak..waaaa banyak lagi pending ni...

Tuesday 23 July 2013

Sepetang di Pantai Airport

Salam uolsss...

This entry bukan pasal my hobby, but hobby Incik Suami. Sebenarnya I dah sedia maklum hobi dia before kami kahwin lagi and I bagitahu I kurang gemar dengan hobi dia tu. Bukan sebab I tak suka langsung, I pun suka mancing ni..cumanya bila balik lewat, nak berhubung susah bila dah leka mancing, itu yang buat I jadi tak gemar...

Dua minggu sebelum puasa hari tu dia request nak mancing dekat pantai Teluk Ketapang aka pantai Airport. I on je sebab I pun suka ke pantai ni. Lagi pulak sekali sekala buang masa bersama suami apa salahnya. Mungkin dia nak release tension dari permasalahan pejabat, nak lepas gian dah lama tak pegang joran..mana tahu kan?

Lepas solat Asar kami gerak, dalam 30min sampai la, lebih kurang 5.30pm waktu tempatan..Ingt dah redup tapi masih panas membara. Tetap kugagahi diri ini panjat batu-batu besar tu untuk sampai ke port yang dirasakan selesa.



 Sampai puncak snap sekali gambar dari atas. Nun di hujung adalah Airport Sultan Mahmud. Selalu je lalu jalan ni, tapi tak pernah terdetik di hati nak panjat batu-batu besar ni. Tup-tup Incik Suami ajak, no choice la..ku turutkan sahaja..


Bila dah sampai puncak, tak sangka rupanya di sebalik tembok batu-batu besar ni tersembunyi pemandangan yang cukup indah..subahanallah...

Senyum je 'watak utama' ni bila hajatnya terlaksana..


Batu-batu ni besar giler, batu bukit suami cakap, nak landing pun boleh sebab ada batu yang permukaan rata. Ramai juga yang datang melepak, ada yang mancing, ada yang amik gambar, ada yang bercinta..


 Renung sampai ke dasar laut kot-kot leh dapat anak Yu sekor petang ni..




 
Seronok bila tengok wajah suami yang happy dapat pergi mancing

 Dia bawak umpan sotong je, lebihan candat dolu-dolu tu..

 Since tak tahu lagi tempat tu camne, I just bekal jagung rebus with jambu batu je. Later I nak masak bihun ke mee goreng ke, terus picnic..bawak kain tebal satu buat landing atas batu tu.

 Tangkapan pertama..

 Tak tahu nama ikan, cinonet je..takpe asalkan puas hati dapat mancing.

 Tangkapan kedua..

 Tangkapan ketiga...

I ingat ikan Yu..rupanya ikan ni my dad cakap ikan yang selalu mengekor ikan jerung tu..dia makan lumut kot pada badan jaws tu, and si jaws tu protect dia...symbiosis la kiranya...

 Terpaksa habiskan jagung cepat nak letak ikan ni..hanyir habis my tuppy...

 Tangkapan kelima...

Yang ke-6 malas dah nak snap..sebab ikan sama je..Semua ikan tu mak singgang pedas except ikan panjang tadi for kucing...

 Ada sorang Hamba Allah ni sengaja datang lewat senja just untuk snap sunset..I pulak rugi tak snap, al malas nak panjat batu sebenarnya..

 Awang kenit di celah jari..

Kami tak berduaan di sini, waktu ni dalam 7.20..masih ada lagi insan yang tak reti nak balik...hihihi..Kami gerak dulu sebab dah nak maghrib..

Ini la aktiviti hujung minggu kami di minggu terakhir puasa...Nantikan entry sepagi di Pantai Airport pulak...

Monday 22 July 2013

Alas Peti Sejuk - Part II

Salam semua..waa almost a month tak update blog..malas+malas+malas..mungkin itu je kot alasan yang sesuai..Tapi takpe, kita warm up balik, gali balik semangat yang hilang nak meng'hapdet' ni..

Entry kali ni nak mulakan dengan produk yang terhasil dari aktiviti menjahitku...muahahaa...Lasti time dah tunjuk separuh dari hasil kerja projek alas peti sejuk..at last siap jugak..Amik masa juga nak buat sebab banyak sangat halangan nak boleh jadi siap cun ni...hihihi...maybe to you biasa je, but to me since ini adalah my handcrafted, of courseeeee la cantik...



Poket alas ni I bahagikan dengan tiga bahagian, sebelah kiri pun sama jugak. Ada orang dia buat besar gitu je, tak divide pun...So sesuka hati mana yang disukai, kita yang buat so biar kite yang decide design lagu mana..


Siap je alas ni my mum tanya sambil tersengih-sengih :-

Mak:  Alas ni jahit nak bawak pergi Pasir Mas ke?
I      :  Tak la, nak letak kat rumah ni la..yang rumah sana kita buat kain lain (tak tahu ler bila boleh siapnya)

Lagi lebar senyumnya bila I jawab jahit untuk peti kat rumah dia...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers