Friday 4 September 2015

Jom kita me'roti'

Ni kiranya my first time buat roti, kononnya esok my birthday (peristiwa 11.04.2014) so untuk cari sesuatu yang special untuk gumbirakan hati ini, I pilih untuk cuba buat roti paung berinti sekaya telur. Oleh kerana first time buat, seandainya ada expert roti yang view the pictures mesti akan nampak banyak mistake dari adunan sampai la dah siap bakar.  So kepada sesiapa yang sudi menegur dengan niat untuk membantu I lebih pandai me'roti', please leave a comment.


Adunan yang siap di uli ni I rest supaya jadi double size untuk proses seterusnya.  Resepi macam biasa dari Che Mat Gebu.


Penuh semangkuk bila direhatkan selama lebih kurang 30minit.


Seterusnya proses membentuk adunan doh kepada apa jua bentuk yang disukai.  Perlu rehat sampai double size sebelum proses bakar.  Untuk beginner macam I, korang boleh nampak cara I bulatkan doh tak cantik, permukaan tak smooth, doh pun macam terlebih rehat or mungkin terlebih yis.  Expert please comment ye.



Bila dah jadi double size macam ni, boleh la teruskan dengan proses membakar dalam 15-20min suhu 170C. Pesen I, kalau nampak kat bahagian permukaan atas roti tu dah perang, I keluarkan je, sebab taknak garing sangat, nak sedang-sedang je.


Ni la hasilnya sebelum disapu dengan planta permukaan atas roti tu.  Tak cantik kulit roti tu kan??? Tak smooth macam kat kedai tu..menggerutu je...




Bila dah kena sapuan mentega, baru la nampak real bread..if not???


Bila dirobek sebiji roti tu, as u can see, takla seteruk mana pun.  Teksturnya lembut, serat boleh dikira halus juga and paling penting moist!!!

Akhirnya tercapat juga hasrat untuk buat roti, bukannya sekadar angan mat jenin yer.

Date: 11.04.2014

Thursday 3 September 2015

Paru goreng berlada


Paru goreng berlada ni my favorite.  Tapi for my mum dia tak suka masak cara ni, dia suka masak paru tu tanpa goreng dahulu, kiranya campak semua sampai masak.  Menu ni best makan dengan nasi panas-panas, takda side dishes lain pun takpe,  ratah pun lagi best sebab tak hanyir macam kalau kita buat cara my mum tadi.

Biasa I akan rebus dulu bersama sedikit garam, then baru potong nipis-nipis, kalau before rebus nak potong nipis alamak menangis la, sebab paru ni kan bersifat elastik, kalau potong kasar tak pe.  Siap potong gorengla sampai garing, sambil tu boleh teruskan dengan masak sambal berlado tu.  Dah settle goreng masuk je terus dalam kuali sambal, settle and siap untuk 'NGAP'.

Date: 24.07.2014
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers