Wednesday 31 October 2012

Hi-Tea @ Primula Beach Hotel

Semalam dalam pukul 1.30pm eden dan seluruh warga sekolah (excluding student) ke Primula Beach Hotel sempena Majlis Jamuan Akhir Tahun. Semua tukang masak sekolah and beberapa orang staff pergi dengan bas yang disediakan oleh pihak pengurusan, yang lain termasuk eden drive sendiri sebab nak terus heading back home tapi eden nak singgah town dulu nak tukar battery jam + car alarm.

Kami ada monthly fee RM5.00 untuk kelab ni, jadinya melalui kelab senang la nak buat lawatan ke sana ke mari, kalau ada yang masuk ward akan ada sedikit sumbangan, yang kahwin, yang bersalin, macam-macamla. So marilah kita ramai-ramai ber'pesatuan' secara aman dan sihat.

Nothing much to say, just layan je la gambar-gambar yang ada k.. 


Event di Pucak Gamelan 12th floor (the last floor)
Check point di Meja Urusetia untuk collect lucky draw number + door gift. 
VIP table ni untuk pengetua and Guru-guru Penolong Kanan serta Guru-guru Ketua Jabatan. Tapi yang dapat hadir hanya beberapa orang je. Pengetua sempat berucap and minum seteguk air sebab rushing ke airport untuk ke KL.
 
Is the number 22 my lucky number? Just wait and see huh!
Ini mak meyah, dia tumpang Eden since dia malas nak drive, balik naik bus sebab den nak singgah banyak tempat so dia malas nak tunggu..
Time kami sampai hanya ada 4 orang pihak urusetia, and 5 orang staff lelaki. So time takda orang tu eden pun shoot la mana-mana yang dirasakan perlu untuk kenangan eden. Ini view from hotel, subhanallah cantik sangat.
Masih dalam pembinaan, tapi eden tak tahu apa tujuan buat semua tu.
Mata pun paksa-paksa buka sebab tak tahan silau, nasib terbuka gak sikit..kikiki
Posing gaya nasyid ni jela yang den tahu bila bergambar..
5 yang terawal sampai, agaknya zohor kat masjid tepi jalan kot..En. Mansor, he's so LUCKY yesterday!
52 unit hamper, 1 unit gift certificate (sponsored by hotel) and 1 unit Hitachi LCD's TV (sponsored by student@his parents)

Tuesday 30 October 2012

Sup ikan haruan

Sejak raya haji asyik makan daging je, pergi majlis situ daging, pergi sini daging, ater rasa naik pening bila tengok daging je. Lagi pulak daging merah tak sesuai untuk diambil selalu. Ye dop?? Agaknya kalau buat ujian tekanan darah, tak tahu la berapa nih. Semalam eden buat sup ikan haruan, tapi ada jugak daging masak kicap sebab my sis tak suka ikan darat ni kecuali ikan patin. Since my husband pun dah lama katanya tak makan haruan, eden pun buatlah, walaupun dalam keadaan flu fever, tapi masak tetap dengan penuh kasih sayang.


Sup ikan haruan
Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan haruan (dibersihkan dan dipotong)
  • 4 biji bawang merah (dimayang halus)
  • 3 ulas bawang putih (dimayang halus)
  • 3 hiris halia
  • Rempah halus (bunga cengkih, lawang, buah pelaga, kulit kayu manis)
  • 3 sudu besar minyak
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji limau kasturi
  • Daun sup
  • 3 cawan air
  • Garam dan serbuk perasa
Cara-cara:
  • Panaskan minyak dan tumis rempah ratus sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan bahan mayang, hirisan halia dan tumis lagi sehingga keperangan.
  • Selepas itu masukkan air, garam, sos tiram dan biarkan sehingga menggelegak.
  • Masukkan ikan haruan dan biarkan sehingga masak.
  • Rasakan dengan serbuk perasa dan air perahan limau kasturi. Taburkan daun sup dan sedia untuk dihidang.

Daging masak kicap

Bahan-bahan:
  • 1 kg daging
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 sudu besar minyak
  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 4 hiris halia (dikisar)
  • 3 biji lada besar (dikisar)
  • 3 biji cili padi (dikisar)
  • 3 sudu besar air asam jawa
  • 1 sudu besar lada kisar
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • Air
  • Garam, gula dan serbuk perasa
Cara-cara:
  • Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga garing.
  • Selepas itu masukkan lada kisar dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
  • Masukkan serai, garam, serbuk jintan, air asam jawa dan biarkan seketika.
  • Kemudian masukkan daging, air dan reneh sehingga daging empuk. 
  • Selepas daging empuk masukkan sos tiram, kicap pekat, gula dan kacau lagi sehingga rata.
  • Rasakan dengan serbuk perasa, taburkan daun sup dan sedia untuk dihidang.
Selamat Mencuba!!

Monday 29 October 2012

Korban kedua

Besar jugak ikan ni bila dipegang camni. Time dalam baldi nampak takla besar sangat.
Posing dulu before sembelih.
Model ikan haruan
Mak tak sampai hati nak ketuk kepala ikan ni pakai parang nak kasi mati dulu before siang semua, so dia pun potong dua je! hahaha..dari tadi den ngan husband duk fikir caner nak matikan ikan ni. Kalau ikan keli yela kita pakai garam, yang ni tak tahu. Nak naik ambil garam kat dapur pun al malas la pulak. Mak mai, dia pun potong dua je senang, tamat terus riwayat.
Aksi ni boleh ditiru bagi menjimatkan masa menyiang ikan. Selesai, baru senang nak buang sisik, korek perut semua.
Mak pesan, ikan haruan ni kalau belah untuk keluarkan isi perut, mesti sampai ke ekor yer, sebab ruang perutnya al sangatla panjang...
Tiba masa untuk menyisik..
Tercerai sudah jasad dan nyawa. Rupanya ikan ni betina, ada telur! Kalau biar lama sikit mesti akan bertelur. Time letak dalam besen ni sirip dia tu bergerak-gerak lagi.

Sunday 28 October 2012

Ikan haruan

Ikan haruan ni spesis ikan air tawar yang boleh diperolehi di kawasan sawah padi, telaga, sungai dan tali air. Paling penting ikan ni terkenal dengan khasiat perubatan, kandungan asid amino dan lemak yang terdapat pada ikan itu mampu menyembuhkan luka serta amat balk menyembuhkan penyakit tertentu.

Seminggu yang lepas my dad ada try mancing belakang umah sebab sejak air dalam parit belakang umah penuh sebab hujan, mesti akan timbul anak ikan haruan merah-merah kat permukaan air. Geram tengok rasa nak pergi tangguk. Pernah dulu eden makan beberapa ekor hidup-hidup anak ikan haruan tu, tapi lupa sebab apa, yang pasti mesti tengah sakit, kalau saje-saje nak makan mungkin tak. Telan ikan tu sekali dengan minum air, bukan senang nak telan gitu je, geli anak tekak..hahah

Asalnya mak la suruh ayah mancing sebab nak buat sup bagi my bro makan after operation tu, tapi tak dilayannya. Kami pergi pasar ada yang dah siap siang and siap letak garam kunyit lagi..tapi taknak la yang gitu, nak yang fresh hidup-hidup. Ni budak dah sihat segar bugar dah, baru my dad mancing. Tapi kalau ada time tu pun, my bro mesti tak makan sangat pun, dah tengah sakit, tekak pun tak lalu nak makan, buat membazir je.

Besar jugak yang ni, tapi tak tahu la bape kg. Mata dia da rosak kena mata kail kot, eden tengok putih semacam je mata, nak buka baldi lama-lama telek takut ikan tu lompat. Payah pulak nak tangkap masuk baldi kang..Ikan ni mai time banjir aritu, sungai kan dekat dengan umah den, belakang tu pulak sawah padi.


Bed sheet

Dah lama cari bed sheet warna hitam gini..at last semalam Incik Suami bawak balik..dia takda pun bagitahu nak beli, surprise katanya..alhamdulillah sangat sangat sangat suka.. harga RM200++ tapi ada diskaun 70% kat parkson..

Many thanks to you ling2!!

Saturday 27 October 2012

2 minute noodles

Di suatu petang yang sangat dingin+sejuk beku, dengan hujan rahmat dari pagi sampai ke petang masih tak berhenti-henti, seolah-olah menggamit hati ini untuk ke dapur...ku selongkar almari makanan mencari sesuatu untuk di masak..yeeeeeaaaaaaaaay maggi mee..dah lama sebenarnya nak buat, ater tidak berkesempatan..bukan ketiadaan masa, tapi kepenuhan makanan kat rumah..kalau masak jugak pembaziran akan berlaku..hehehe..tapi untuk kali ini, hati den sudah tidak tertahan lagi..ingin sangat-sangat makan maggi..

Ketung ketang ketung ketang..taraaaaaa 2 minit siap!

 Caner ada kulit bawang sekali ek???hahaah rasanya kupas bawang tak habis ni, nak cepat punya pasal..

Meh close up sikit...maggi mee ni memang tak bagus untuk kesihatan, so jangan makan eh..tolong, sila jangan makan...eden ni once in a blue moon je...

Kalau blog lain ( refer to Malaysian blogger, exp: masakan melayu ), perasan tak resepi yang dorang share semua vogue and hebat memang da booom la. Dengan france cuisine la, Japanese food la,  aneka biskut best-best + kiut-miut, food plating saje pun dah nampak menarik tertarik, apatah lagi bila dah makan..hopefully la kan..takleh compare la dengan eden punya..Takper la, just be myself, dah eden masak maggi je, eden taruk la resepi maggi, mana la tahu ada hamba Allah yang singgah kat sini tak tahu nak masak maggi mee..

Bahan-bahan:
  • 1 paket maggi kari slurrp berapi (nan adonya pedas)
  • 1 biji telur ayam (Boleh tambah ayam/udang/ketam/kerang/ikan tenggiri/pape sahaja yang berkenan)
  • 1 biji bawang besar
  • 4 helai sawi batang (Boleh tambah lobak merah, bunga kubis, capsicum untuk lebih enak)
  • 1 mangkuk air
Cara-cara
  • Panaskan air sehingga menggelegak selama 1 minit.
  • Masukkan rempah dan kacau sebentar sebelum masukkan sebiji telur.
  • Selepas 30 saat, masukkan maggi mee beserta bawang dan juga sayur-mayur anda.
  • Tutup api selepas 30 saat berikutnya... Alhamdulillah cukup 2 minit.
 Selamat Mencuba!!

Friday 26 October 2012

Menu pagi raya

Assalamualaikum..

Alhamdulillah baru berkelapangan nak hapdet blog..tu pun Incik Suami dari petang tadi duk bagitahu "malam karang sayang update blog eh"..Ni sambil edit gambar, sambil dengar zikir terapi hati (ya zal-jalal) dari hafiz hamidun, sangat sedih sebab mai teringat 'boboh'..Ni nak update story sal korban tadi pun takda semangat lagi..mesti nak kena tengok gambar-gambar 'boboh' time sembelih tadi..mai rasa sayu hati, nanti dah reda-reda sikit eden hapdet..Husband cakap tak payah sedih la, insyaAllah dia akan jadi kenderaan kita di sana nanti..amin.

Hmm apa menu korang pagi tadi? Kami just buat nasi himpit, rendang and kuah kacang. Ketupat and lemang eden beli dekat kampung sebelah, RM10.00 sebatang, ater jadi mahal pulak time nak raya..hihihihi..
Lupa, cousin den hantar nasi dagang, mak saudara pun hantar nasi dagang..rezeki Allah Taala, alhamdulillah..

Ketupat daun palas
 Rendang Tok Mok
 Nasi dagang
Gulai ikan tongkol aye
 Nasi himpit
Kuah kacang

Salam Aidil Adha


Assalamualaikum..
Di sini kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya korban kepada seluruh umat islam dan kepada sesiapa yang berkemampuan untuk menyembelih, semoga ibadah korban yang dilakukan tahun ini akan diterima oleh Allah s.w.t. dan dianugerahkan dengan keampunan dari dosa-dosa yang lalu. Amin.

Sebuah riwayat hadith pernah mencatatkan nasihat Nabi SAW kepada Fatimah yang ingin berqurban : 
 
احضري أضحيتك، يغفر لك بأول قطر من دمها
Ertinya : "Hadirkanlah dirimu di waktu sembelihan, diampunkan bagimu dari titisan darah sembelihanmu yang pertama

Thursday 25 October 2012

Traffic jammmm!!!!

Baru balik dari town..pening+sakit kepala+pening+sakit kepala...almaklumla eden jarang jumpa 'traffic jam' bagai nih..ater sekolah dalam kampung kan..Tadi pergi town sebabnya nak pergi settle hal telefon kat TM Point, asalnya mak dah pesan jam hari ni, tak payah pergi la. Tapi eden tak dengar cakap orang tua, nak jugak pergi, hah! turun kul 11.00am, 2.30pm baru sampai rumah. Pergi TM tak sampi 15 min pun..the rest duk melangut dalam kereta. Agaknya semua orang pakat g town beli sofa untuk raya esok kot..yang sampai penuh sesak town yang cinonet tuh..tambah lagi sok nak raya pun yer jugak jadi jam. Lori-lori yang bawak lembu pun banyak tadi on the road, kesian den tengok lembu-lembu tu bergoyang-goyang berdiri tak stabil, ater lori tu jalan sejengkal brek, jalan sejengkal brek..

 Jam la sangat yer...
Dah nak hijau 2x keretaku masih tersadai lagi..
Hmm den tak nampak tension pun kan, sebabnya nak amik gambar mestila kena control tension bagai nih..buat-buat macam takda pape..

Kepada anak perantauan, selamat pulang ke kampung yer, berhati-hati di jalan raya..

Boboh aka bakal 'korban'

Assalamualaikum...

Esok umat islam di seluruh negara akan menyabut Hari Raya Korban dan kepada saudaraku seislam yang berkemampuan, marilah kita sama-sama menjalankan ibadah korban yang hanya setahun sekali je ni. Anggaplah ibadah ini mungkin yang terakhir sempat kita lakukan, siapa tahu tiada lagi Idul Adha 1434H untuk kita. Kepada mereka yang akan pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya, semoga Allah memelihara perjalanan kamu sekeluarga.

Lembu ni walaupun baru seminggu dengan kami, tapi dah ada nama. We call it 'boboh'..hihihih..Dah makin sayang dengan dia, kalau dengar dia menguak acap kali, mesti pakat g intai dari tingkap rumah, kot-kot jadi pape. Ayah pulak kejap-kejap, nak turun tengok 'anak kita' kejap...

Dua tiga hari ni dia tak lalu makan, termenung je, bagi makanan jenis pellet pun dia tengok je. Sampai 23 ekor lembu yang duk merata kat bendang, mai serbu makanan boboh..kuat sangat kot bau pellet ni, sampai dari jauh pun boleh bau lagi..Hidung pun nampak bengkak sebab kata owner dia, lembu ni tak pernah cucuk hidung, ni nak jual baru letak tali hidung..jadi kaki dia asyik terbelit je dengan tali sebab tak pandai nak sesuaikan diri dengan tali bagai nih, tu yang hidung sampai berdarah. Bila dah sakit dia cepatla naik angin, mak kata lembu pun tahu stress, kalau dia sakit jangan pergi dekat, memang nampak sangat dia nak mai tanduk kita..

Ayah sabit rumput segar letak depan mata, pun nampak dia tak lalu nak makan..makan sikit stop..duduk and termenung tengok rumput. Agaknya dia tahu kot ajal dia lagi beberapa hari, itu yang jadi gitu kot..kesian boboh..saya pun dah naik kesian tengok dia, tapi tak boleh gitu, nak korban takleh main kesian gitu..

Bila nampak kita mai terus dia bangun, dekatkan kepala dengan kita, macam nak perhatian. Eden pun gosok-gosok atas kepala dia. Mungkin jugak dia rindu dengan owner dia dulu..Suami cakap bila dia gosok-gosok badan boboh, 'cakap-cakap' sikit, dia start la makan sekejap, bila kita tinggal dia stop makan, duduk and termenung balik..

Tahun depan panjang umur ada rezeki, taknak la bawak balik lembu awal-awal gini..bila dah lama duduk dengan kita, mai timbul rasa sayang and kesian.. 

Semoga Allah merahmati kita semua serta menerima korban kita tahun ini sebagaimana Dia menerima korban Habil putera soleh Nabi Adam a.s InsyaAllah.

Wednesday 24 October 2012

Ikan toman

Hari sabtu baru ni kami ke Pasar Tani, tujuan hanya satu iaitu nak beli APAM BALIK. Mengidam nak makan apam balik pakcik ni. Dia buat sedap, tak pernah lagi tengok apam balik yang dia buat terbiar dalam talam tunggu customer mai beli. Biasanya kalau nak beli kena beratur, masak bungkus masak bungkus..dia buat kecik-kecik, RM0.70 sebiji, tekstur apam tu masih lembuttttt walaupun dah sejuk dingin..tapi lupa nak snap photo...takper next time eden snap. Sebenarnya entry ni nak cerita pasal ikan toman, bukan apam balik..sabit je tuh..tskk..tskk...

Berat = 5 kg
Harga = RM 52.00

Order 10 biji apam balik! hehehe..rezeki tu bukan untuk eden sorang yer, perut saya kecik je, takkan tertelannya 10 biji tu, telah dibahagi-bahagikan kepada nenek and nenek saudara. Ater nak tunggu lambat jugak, sebab calon menunggu depan eden dah mintak 7 biji, so suami ajak saya pusing-pusing sekitar pasar tu dulu..Pergi bahagian barang basah, tengok dalam tong ni ada ikan besarrrr. Den ingat ikan haruan, rupanya toman. First time tengok masa umur kira-kira 6 tahun, ayah bawak balik dari Tasik Kenyir, dia and the gang konvoi pegi mengail kat sana. Tapi tak pernah makan, rasa daging dia macamana eden pun tak tahu la..nak makan ikan besar-besar gini rasa macam tak lalu pulak..korang cane? lalu ke nak makan?

Kakak penjual tu pegang gitu je ikan ni, den pulak naik takut kot-kot kena sengat ke apa ke..dia cakap kalau nak beli kena beli sekor terus, takda main sekerat-kerat macam ayam eh..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Rasulullah SAW bersabda:

”Tidak masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita.” Apabila di tanya apa hikmahnya. Baginda SAW menjawab;
”Sesungguhnya Allah SWT telah mencipkan semua makhluk itu mempunyai lidah, sama ada yang boleh berkata-kata ataupun tidak boleh berkata-kata.”
 

Salah seorang sahabat pun bertanya,”kenapa ikan tidak mempunyai lidah?” 


source: mr.google

Sabda Rasulullah SAW : "Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s maka diperintahkan sekalian Malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua Malaikat patuh kecuali Iblis laknat.Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah  melaknatnya serta mengusirnya dari syurga dan di hapuskan rupanya yang elok itu lalu di hantar ke bumi. Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut dan pertama yang di jumpainya ialah ikan. Iblis pun menceritakan keburukkan dan kekurangan Adam a.s kepada ikan katanya ”

Sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang ada dilautan dan didaratan.” Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannyankepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s. Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkan lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.”


Tuesday 23 October 2012

Burger 2!

Ni story 3 hari lepas, lepas solat asar, tanya Incik Suami nak makan burger tak? dia ok je bab makan, pape je dia makan tolak batu and kayu je..syukur aku punya suami yang tak memilih bab makan pakai..Eden buat 3 biji, 2 for us, and satu lagi untuk my brother..parents tak gemar! hahaha

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Rasulullah SAW bersabda:
 “Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu iaitu yang halal lagi baik."
(al-Maaidah: 88)

Monday 22 October 2012

Cuti-cuti Malaysia

Semalam eden cuti, sebab kelantan cuti (langsung takda kaitan..tskk...) yeayyyyy...takler, ater Incik Suami cuti sebab malam kelmarin ada game Kelantan vs ATM kang, eden pun apply cuti jugak ler, perabih cuti dah nak hujung tahun dah ni..Eh, dah menang tu tambah lah sehari lagi YM Tuanku Sultan..patik mohon sangat-sangat agar diperkenankan...

Tengah-tengah tengok game tu, my dad ajak suami pergi tangkap ayam kampung, dalam kul9.30 pm rasanya. Dorang tangkap 2 ekor, suami dapat scratch macam harry porter tu atas dahi..hahahha..ater orang bandar tak pernah main-main ayam nih, beli yang dah siap je senang. Ater orang suh pegang kaki ayam, dia kan rabun sikit, jadinya ter'pegang' si bontot ayam...kalau ter'pegang' bontot orang pun makan penampar, ni pulak bontot ayam.. hah ambik ko, terkejut monyet ayam tuh, time terbang tu tercakar la dahi suami..hahaha..takpe la luka sikit, yang penting dapat pengalaman and teknik-teknik nak tangkap ayam..yang penting suluh mata ayam tu baru senang nak tangkap, jangan suluh bontot/kaki ayam!

Dah selamat sembelih ayam jantan 2 ekor..
 Selamat di celur dengan air panas untuk di cabut bulu-bulunya..


Suami and mak yang tukang cabut bulu, eden tukang tengok je..hikhik
 Taraaaaa dah siap pun gulai ayam kampung 2 ekor...penuh seperiuk! Sebenarnya bukan untuk kami sekeluarga je ni makan, tapi rezeki Allah Taala ini telah dibahagi-bahagikan kepada nenek, mak saudara, and nenek saudara yang tinggal berjiran dengan kami. Terima kasih Incik Suami tolong hantarkan ke rumah dorang..
 Disamping itu ada menu tambahan jugak, acar rampai kubis..
 Ikan kering ikan seluang aka ikan sungai (thank mr.hubby tolong gorengkan)..ikan ni hanya wujud di musim hujan je..rumah eden kan dekat dengan sungai, senang la nak mendapat ikan ni..Semalam hujan je kat kampung, al cepatla lapar yer..jadinya nasi seperiuk habis licin di tambah menu ayam kampung yang lama dah tak makan..terima kasih Allah..

 Sedar tak wahai saudaraku, alangkah baiknya kalau ayam kita nak makan tu kita sembelih sendiri dan proses sendiri. Tak sampai 20 minint pun untuk seekor ayam. Sebabnya, yang penting HALALLANTOYYIBAH, kita yakin lebih bersih dan sedap terutamanya kalau isteri/ibu kita yang masak. Doa dan masakan isteri-isteri solehah akan lebih diberkati dan dijauhi Allah daripada penyakit-penyakit kronik yang bermacam-macam akibat makanan tidak HALAL.. Pahala makan masakan isteri, pahala makan bersama keluarga jauh lebih besar dan afdalnya dari makan/beli di warung-warung tepi jalan atau pasar malam..
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah S.W.T. mewajibkan untuk berbuat baik terhadap sesuatu, oleh itu jika kamu membunuh, perbaikilah cara membunuhnya. Apabila kamu menyembelih maka perelokkanlah cara sembelihannya serta tajamkanlah pisaunya untuk memudahkan penyembelihannya.”
(An-Nawawi, Sohih Muslim)
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers