Showing posts with label SharingIsCaring. Show all posts
Showing posts with label SharingIsCaring. Show all posts

Monday, 26 November 2012

5 Syafaat Rasulullah s.a.w di akhirat kelak


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pagi tadi dalam pada tengah bersiap nak ke sekolah, terdengar ustaz ( TV9-Tanyalah Ustaz) berbicara tentang 5 syafaat Rasulullah SAW di akhirat kelak untuk umatnya yang terpilih. Setinggi-tinggi rasa syukur ke Hadrat Ilahi kerana dilahirkan sebagai umat Rasulullah SAW di mana pelbagai keistimewaan ditawarkan kepada manusia yang bergelar umat Kekasih Allah SWT ini. Tetapi untuk mendapatkan keistimewaan itu, bukan semudah seperti memetik jari ataupun seperti jawapan " YA, saya mahu ke syurga" kepada soalan "Anda mahu ke syurga atau ke neraka?".

Saya bertanya kepada diri saya sendiri, apakah sudah cukup perlaksanaan mahupun persediaanku untuk mendapatkan keistimewaan-keistimewaan yang ditawarkan? Jawapannya sungguh jauh masih tidak cukup, masih lalai dalam mengejar urusan dunia, semoga Allah tidak membiarkan aku sesat dari jalanNya..Tidak salah untuk kita impikan syurga kelak tetapi janganlah hidup bersenang-lenang di dunia seperti kita tidak akan mati, maksiat dilakukan tanpa rasa malu pada diri sendiri, masyarakat sekeliling mahupun Pencipta, parkara wajib dipandang ringan, buat ikut mood, ada masa buat takda masa tinggal, benda haram di ambil seperti benda halal, nauzubillah. Adakah wajar kita berangan-angan untuk mendapat syurga Allah SWT yang indah itu?

Justeru itu, apabila kita memasang angan-angan ingin mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW, perbanyakkanlah amalan-amalan sunnah, berzikir, berselawat mengingati Rasulullah SAW supaya di akhirat kelak kita akan menjadi umat terpilih untuk menaungi di bawah syafaat Nabi Muhammad SAW dengan izinNya.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat nanti ada 5 jenis :

  • Syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukumnya yang setimpal, agar dicabut hukuman itu.
  • Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa, dari azab neraka. 
  • Syafaat untuk menaikkan ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.
  • Syafaat untuk membebaskan ummat manusia daripada kedahsyatan Padang Mahsyar.
  • Syafaat untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa hisab dan perhitungan apa pun

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Rasulullah SAW bersabda:

"Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku." 
Riwayat Ibn Mas'ud r.a
"Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya."
Riwayat Al Baihaqi & Al Khatib

Thursday, 31 May 2012

Laminator 'berasap'


Saya jarang guna laminator
jadi tak amik cakna sangat la cara nak guna
nak dijadikan cerita, tadi pagi saya pun guna la
bila masuk helaian yang ketiga
biasa dia akan keluar on the other side
tapi ni tak keluar2! (terus off power takut meletop..hahaha..penakut!)
pastu on balik
1 minit tunggu....eh plastik+kertas ni da cair ke? 
tapi tak nampak pun bendasing yang meleleh  bawah laminator nih
tetiba hah amik, kuar asaaaaaaaaappp berkepul2
bau hangit dalam bilik macam ada aktiviti pembakaran
cuak sangat sampai tak ingat nak snap gambar...(sempat lagi tu..:p)
itu la padahnya kalau malas nak buka user manual
buat2 tahu tapi sebenarnya langsung tak tahu
gambar di atas sebenarnya lepas mesin tu da siap dibersihkan..(kobek laminator lak arini..hihi)
cuba kalian perhati dekat tempat kertas masuk tuh
nampak kuning2 roler tu
ha tu kesan plastik terbakar la tu!


okay anak-anak..
meh nak royak sikit..(pada yang tak tahu la)
sebenarnya pada machine itu sendiri dah ada sticker sebagai guideline
untuk tentukan berapa suhu yang sesuai perlu kita guna.. 
(saya tengok b4 guna tadi, tp ingatkan iklan saje2..hikhik)
dats y kena ingat, apa saja benda/perkara yang wujud pasti ada sebab bukan saje2
first thing kena tentukan berapa nilai micron thickness laminating pouch tu
lepas tu rujuk pada sticker kat mesin tu untuk laraskan suhu
jangan main hentam je kononny nak cepat panas supaya cepat siap keja
nanti sejarah tadi akan berulang dekat korang plak..hihihi 


 tadi saya guna suhu 140c untuk ketebalan 100 mic
mahunya mesin tu tak berasap!

Wednesday, 30 May 2012

'Kobek' komputer


..sebuah desktop pc telah di'kobek'
bagi menghasilkan image di atas..
actually sume ni untuk anak-anak pelajar
atleast dorang belajar untuk kenal PCs component
idak le tahu guna seguna-gunanya
bila da tak berfungsi baru menggelabah
banyak data/keja la dalam tu..(muka sedih nak menangis)
g kedai mula la sibuk nak tanya
'komputer saya rosak apa?'
'berapa ek kena bayar?'
bila diberitahu pun still tak tahu apa benda yang rosak kan?
yang penting nak komputer tu 'hidup'
ye tak?...(including me la dolu-dolu..sekarang tak lagi..idok la teman nak berada ditakuk lama :p)
tu yang kedai kadang letak harga tak padan patut..kadang membunuh
tapi tetap bayar kan???

Moral of the story:
- belajar la untuk ambil tahu supaya kita tak ditipu hidup2
- ambil cakna bila nampak komputer tu 'berubah perangai'
- tak tahu tanya..MR. GOOGLE sedia membantu
- kenali simpton2 komputer 'sakit'
- mencegah lebih baik dari mengubati..ye tak?
so carilah info2 untuk prevent komputer daripada 'sakit'
kalau sakit jugak maksudnya dah sampi ajal nak kena tukar baru...:-]

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hadis Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah:
 
Janganlah kalian menuntut ilmu untuk membanggakannya terhadap para ulama 
dan untuk diperdebatkan di kalangan orang-orang bodoh dan buruk perangainya. 
Jangan pula menuntut ilmu untuk penampilan dalam majlis (pertemuan atau rapat) 
dan untuk menarik perhatian orang-orang kepadamu. 
Barangsiapa seperti itu maka baginya neraka … neraka


Friday, 25 May 2012

Cemerlang dunia dan akhirat



Anugerah Kecemerlangan Pelajar PMR & SPM, Pelajar Khatam Al-Quran, serta Pelajar Mithali 2011


Bila ada majlis-majlis macamni, insan yang paling gembira adalah ibu bapa. Ada yang datang dari Sarawak sebenarnya! Sungguh besar pengorbanan mereka. Alhamdulillah, mereka yang menerima anugerah ini bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi mampu menghafal 30 Juzu' Al-Quran. Bertuahnya perut ibu yang mengandung. Semoga mereka yang berjaya ini akan terus berjaya dan tidak akan pernah lupa untuk sentiasa memandang ke bawah agar kita sedar di mana letaknya diri kita dan dari mana asal-usul kita supaya kita tidak lupa pada insan yang berada di bawah untuk kita bantu mereka agar bersama-sama kita meniti saat manis bersama apabila kita berada di puncak kejayaan. Insyallah...

Wednesday, 23 May 2012

Sejuknyaaaaaa...

Hujan di petang hari...

Sejuknyaaaa...tengahari tadi mendung je..n petang tadi hujan selebat-lebatnya..Biasanya akan ada rungutan (including me!) seperti ini -->.."ala hujan lagi!", "macamane nak balik ni da hujan" dan banyak lagi la..tapi hakikatnya hujan itu satu RAHMAT. Sepatutnya ini yang keluar dari mulut kita "Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami". Renung-renungkan dan selamat beramal!

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." 
(Al-A'raf : 57)
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers