Showing posts with label myBrother. Show all posts
Showing posts with label myBrother. Show all posts

Monday, 5 November 2012

Supper

Hari tu my sis, bro and i keluar pergi town untuk beli toiletries my sis untuk di bawak ke Merang Resort for 2 months training tu. Kami gerak dalam pukul 9.00pm, itu pun my mum and husband membebel sebab dah lewat baru nak keluar. Since nak pergi Giant, kalau pergi awal parking full, tu yang keluar lewat sikitttt je..time kami sampai pun still penuh lagi kereta. Eden ajak my bro buat semangat lelaki, asalnya dia taknak pergi, tapi den umpan bagitahu nak singgah KFC, ke main laju je bersiap.

Dah siap beli barang terus ke 2nd floor kononnya nak makan dekat KFC Giant je, my bro jalan laju je menonong pergi KFC, kami sampai tengok dia muncung, dah tutup KFC rupanya..baru 10.30pm tapi semua kerusi dah terlangkup atas meja dah.

Pergi mydin mall pulak kot-kot kat situ 24 hours, watamat jugak, my bro kata dah gelap, tinggal lagi bahagian kaunter je cerah..Nak tak nak eden kena jugak bawak pergi KFC Batu Buruk sebab dah janji kan. Sana surely 24 hours, ater penjaga orang sakit kan cepat lapar, mana ada kedai makan sekitar tu yang boleh pergi dengan jalan kaki je, itu yang dia buka 24 hours.

 Snack plate for her

 X-Meal for him

Budak sakit yang aritu eden ingat umur tak panjang, dah segar bugar ceria meria sebab dapat pergi KFC, macam tak pernah makan ayam lagaknya. Syukur alhamdulillah he's fully recovered. Dah sihat ni ke main banyak lagi makan, tapi tomato dia tak nak makan dah walaupun kalau makan dah tak effect pape since appedix kan dah takda..tapi dia fobia dek kerana kesakitan yang amat sangat time operation hari tu. Badan dia memang nampak sangat susut sejak operation hari tu, tapi rasanya tak lama naik la balik..Ater makan tak sah kalau tak menambah.

Sampai rumah tepat pukul 12.00am, my mum dah lena dibuai mimpi, my dad je lagi tunggu kami sambil layan Discovery Channel. Eden tak terus tidur, still dengan lappy buat kerja sikit. My husband dah bising suruh tidur sebab esoknya sekolah, nanti kang terbabas subuh...eleh, padahal bangun pagi kita la selalu kejut dia.

Thursday, 18 October 2012

Stitches removed

Semalam cukup 7 hari lepas operation and kena pergi hospital balik untuk buka jahitan. Alhamdulillah permukaan luka jahitan tu takda jangkitan kuman. Cuma dia masih lagi sakit dalam perut, tapi kata doktor itu normal..entah la, hopefully allah permudahkan dia untuk lalui semua ujian ini dengan tabah..

Allah swt Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Dia tidak putus-putus kurniakan kita nikmat samada dalam kita sedar atau pun tidak. Kadang-kala Allah tarik sedikit di antara nikmat-nikmat yang telah Dia beri tu, supaya kita dapat perbetulkan segala kekhilafan yang telah kita buat dan juga untuk kita menginsafi betapa kerdilnya kita di muka bumi Allah ini..

Dan sepatutnya kita bersyukur kerana apabila Allah uji kita dengan pelbagai ujian, itu tandanya Dia sayangkan kita. Dia tak nak kita terus-menerus hanyut dengan kemewahan dan kelalaian dunia, Dia nak kita selalu mengingatiNya kerana dengan mengingatiNya insyaAllah hidup kita tidak akan terpesong. Ingatlah, walaupun hanya dengan ujian 'duri yang mencucuk', itu semuanya datang dengan maghfirah..masyaAllah

Sesungguhnya kesakitan itu adalah ujian untuk membawa kita kepada erti kesabaran dan keredhaan dan  nikmat pula mengajak kita untuk menghargai makna kesyukuran.

Monday, 15 October 2012

Discharged and smile

Hari ni genap 5 hari my brother disharged from HSNZ. Keadaan dia masing ting tong lagi, sebab luka tu dekat bahagian badan yang selalu bergerak, nak bangun, duduk, bongkok, mesti bahagian luka tu akan terlibat sama bergerak. Malam tadi takleh nak makan muntah, not a good sign actually. 
Discharged and smile (just for us not for him), yela ingat best eh stay kat hospital, mengantuk + sakit pinggang, menunggu pulak di wad lelaki, lagi lagi lagi tak selesa. Tengok muka dia berkerut menahan sakit, sampai tarik-tarik rambut.
Contraction sekejap-sekejap je, ni dah ok tapi kejap lagi berkerut balik. Drive 40km/j je, sebab bila kereta melantun dek kerana jalan tak rata, mesti dengar dia mengerang sakit. Poor him..
GL from his school
Appendicectomy
Stitch to open: Day 7 after surgery
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers