Saturday 26 May 2012

MEE REBUS PUAN ISTERI YANG BEST...

Alhamdulillah...

Malam ni dapat makan masakan mee rebus oleh puan isteri best.. makan ramai-ramai dengan adik-adik & mak dan ayah..

terima kasih Isteriku... sampai 2 kali tambah abg best sangat... semua kata best..

Nanti incik suami tolong puan isteri masak lagi yer... tolong rasa jer heheh...

Teringat  satu Hadis Nabi berkaitan bantu-membantu dalam rumahtangga

Dari Aswad r.a, katanya : Saya bertanya kepada Aisyah r.a, apa yang dilakukan Nabi saw dalam rumahtangganya. Ia berkata, “Beliau (Nabi saw) selalu mengerjakan urusan rumahtangga. Kalau masuk waktu solat, beliau pergi bersolat.” [1707] Sahih Bukhari 

Suami yang mencintai isterinya juga sebaiknya membantu kerja-kerja rumah dan bukan menganggap isterinya sebagai orang gaji. Membantu isteri membuat kerja-kerja rumah juga mendapat pahala kerana mengikuti sunnah Rasulullah saw.

Love u Puan Isteri

Bahan-bahan:
  • 2 paket mee kuning
  • 3 batang sawi (potong kecil)
  • 1/2 batang lobak merah (diparut kasar)
  • 3 ketul ayam (di potong kecil)
  • 5 biji bebola ikan (dipotong dua)
  • 3 batang fish cake (dipotong dadu)
  • 2 biji tomato (dipotong dadu besar)
  • 2 biji telur ayam
  • 5 biji bawang merah (dimayang kasar)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 3 cawan air
  • Gula, garam dan perasa.
Cara-cara:
  • Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bawang merah dan bawng putih sehingga kekuningan.
  • Kemudian masukkan sedikit air, ayam, lobak merah, sos tiram, kicap, garam dan masak seketika sehingga ayam empuk.
  • Selepas itu masukkan 3 cawan air (bergantung kepada kesukaan) dan reneh sehingga menggelegak.
  • Masukkan mee kuning, bebola ikan, fish cake, sayur dan biarkan seketika sehingga mendidih.
  • Setelah mendidih masukkan telur, serbuk lada putih dan lada hitam.
  • Matikan api setelah telur masuk dan kacau rata buah tomato. Perasakan dan sedia untuk dihidang.
Selamat Mencuba!!

2 comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers