Tuesday 29 May 2012

Pn. Doktor & En. Ustaz

Alhamdulillah..kenyang..
tadi tengahari sempat pergi ke
Majlis Perkahwinan anak YDP MBKT
Doktor Afni & Ustaz Al-Hafiz

 Buffet makanan ditempatkan di bawah rimbunan pokok anggur..sejuk je jiwa raga


time duk tunggu turn nak cedok lauk tadi
mata duk melilau ke atas ke bawah ke tepi
tetiba..subahanallah cantiknya ciptaan Allah..(kat atas kepala)
pandang punya pandang
ternampak anggur hijau kecik2 di celah2 daun tu
tak pernah tengok buah anggur segar kat pokok depan mata gini..
biasanya tengok kat Mall
yang da siap packing..hihihi


 sampai dalam pukul 1
tapi tak namapk ramai pun tetamu yang hadir
kalau kat kg time ni la crowded dengan rakyat jelata


Menu kenduri:
daging kurma
ayam masak merah
acar campuran
ikan kering
sambal belacan
bubur kacang
air sirap
buah oren dan pisang

Pelamin yang simple tapi cantik...(yang tak cantik photoshoot angle..:p )


 ..ole-ole dari pengantin..
 

finally..
pasangan raja sehari yang nampak tenang
dengan pakaiannya yang cukup simple
yang penting menutup aurat
walaupun sebenarnya mereka mampu
untuk berpakaian lebih mewah dari itu..
yang penting get to the point
dan tidak bercanggah dengan agama..
thumbs up!!!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hadis Riwayat Muslim dari Abdullah Ibn Mas’ud:


“Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah.”



1 comment:

amirulyaacob said...

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم apabila mendoakan seseorang yang berkahwin, baginda menyatakan:

(Allah memberkati untukmu dan berkat ke atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebajikan.)

(Hadith Riwayat Ashabus Sunan kecuali An Nasai dan lihat Shahih Tirmidzi 1/317)

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers