Monday 17 June 2013

Sambal goreng tempe

Menu ni request from my friend. Dia buat nasi lemak bawak kat sekolah, I buat sambal tempe..Kebetulan my sis ada kat rumah, jadi I serahkan tugas menggoreng tempe untuk dia..Dahla malam tu kami dinner kat luar, sampai rumah dalam 10.30pm. Kemalasan yang melampau sebenarnya nak buat. Tapi janji ditepati, kena la adakan jugak ye..yang penting masak dengan penuh kasih sayang barula sedapppp :p..

Kami 2 beradik duk ketung-ketang kat dapur siapkan sambal tempe ni. Nak buat esoknya takut tak sempat. Di buatnya terbabas tidur, memangla langsung tak berbau sambal tempe ni..


Dek kerana kesuntukkan waktu and mata pun dah mengantuk, I snap gambar tempe fresh dari dalam kuali jer, takda nak hias menghias dalam plate cantik-cantik bagai..

Dulu my sis tak suka tempe, sejak dia duk KL sekarang, dah pandai makan tempe. Siap request nak balik KL esok nak tapau sambal tempe ni. Nak manis-manis pedas katanya, kalau kat kedai tak leh nak request camni. Apa yang ada depan mata, ha cedokla berapa senduk ko nak pun, asalkan ada duit nak bayor...

Tempe ni my favourate jugak, start belajar makan tempe sejak I study kat KMB, Banting dulu..First time makan memang tak sedapppppp, cam makanan basi je bau dia...Lama-lama eh ketagih plak..Kalau la hari yang ada menu sambal tempe, laju je menonong ke dewan makan. Banting kan ramai orang Jawo, memang la menu ni hidangan wajib..

Bahan-bahan:
  • 2 paket tempe (digoreng setelah digaul bersama kunyit + garam)
  • 4 sdm bawang merah yang dikisar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 sdm cili kisar
  • 1 sdm sos cili
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 1 biji bawang merah yang dimayang kasar
  • Garam dan gula
  • 3 sudu besar minyak untuk menumis.
Cara-cara:
  • Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga garing.
  • Masukkan air asam jawa, cili sos, garam dan gula.
  • Setelah cukup rasa masam manis masin semua, masukkan tempe bersama hirisan bawang mayang dan biarkan seketika.
  • Sedia untuk dihidang.
Selamat Mencuba!!

2 comments:

amirulyaacob said...

YANG NI TAK SEMPAT NAK MAKAN HUHUHU

secretGarden said...

hahahahh..takpe later syg masak for u k

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers