Sunday 18 November 2012

Nasi dagang versi Kelate

Assalamualaikum kawe-kawe semuo..hihiii..siapa pernah makan nasi dagang Kelantan? Saya third time kot makan, nasi dagang versi Terengganu pakai beras putih je, tapi di Kelantan kebiasaan mereka guna beras khas bukan beras Faiza Taj Mahal eh, tapi beras nasi dagang yang warna dia perang kemerahan.

Kami dapat rasa pun sebab rezeki jiran sebelah rumah hantar untuk breakfast pagi Khamis aritu. Kiranya berbalas hidangan la sebabnya on Wednesday pagi tu saya buat nasi kebuli lebih sikit, jadinya pass kat jiran bagi dia rasa air tangan orang Terengganu sekali, hihihi..pastu tengahari pulak saya buat nasi ayam and sengaja jugak buat lebih bagi kat jiran sebelah. Pagi Khamis tu kononnya nak buat mee goreng untuk breakfast, dah jerang kuali dah, tetiba bunyi orang bagi salam. Pergi jenguk tengok ada rezeki untuk kami di pagi hari..Alhamdulillah tak perlu masak, sebabnya barang nak bawak balik Terengganu pun tak kemas lagi, kononnya pukul 10.00am nak gerak, bung bang bung bang pukul 12.00pm jugak gerak..

Gulai ikan aya dia tak sama macam kat Terenggganu, this one sangat pekat. Rasa dia boleh tahan.

 Banyak sangat dia bagi nasi, telur sampai 2 biji! Sah-sahla masuk perut den sikit je, perut suami lebih sikit hihih..Tengok beras dia, warna perang+putih..Tok saya cakap dia tak lalu nak makan nasi dagang kelate sebab warna nasi tu telah membantutkan selera. Tapi den belasah je..

 Oleh kerana banyak, terpaksa la ditapaukan, buang???? tak sampai hati...

 Price: RM 58.00

Sebenarnya nak tunjuk mangkuk tingkat yang saya baru beli dekat Rantau Panjang ni hikhikhik..Dulu dah ada tapi 3 tingkat je, brand Eagle, tapi my sis bawak g USM, dia cuci tinggal kat toilet, esoknya terus hilang..sedih..takda rezeki nak wat camane, tapi ni suami gantikan dengan Zebra brand..yeaaayyyyyyyy

Sampai rumah pukul 10.30pm sebab singgah rumah mertua dulu agih barang-barang yang kami beli kat Wakaf Che Yeh on Rabu malam..Buka mangkuk tingkat ni nak tunjuk nasi dangang kat my dad, tengok-tengok tak basi lagiiii, kalau versi Terengganu biasa dah basi kalau lambat hangatkan balik.. My dad makan tak habis pun, jadi selebihnya jadi rezeki ayam pulak.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers