Thursday 19 July 2012

Kenduri tahlil arwah abang

kami ada buat kenduri tahlil untuk arwah abang baru2 ni (14/07/2012)
Al-Fatihah untuk arwah
semoga arwah ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman
Amin...
pagi tu Incik Suami n adik lelaki kuarkan ayam dari reban
panggil Tok Bilal untuk sembelih
tangkap 5 ekor tapi dapat sembelih 4 ekor je
belum tiba ajal ayam tu lagi kata Incik Suami
kerja2 'korek' isi perut ayam mestila mak yang buat..hahaha
saya tukang pegang getah paip air je
tapi lepas tu Incik Suami dan saya kena cabut bulu ayam!
ini dia rupa ayam kampung yang dah siap dibersihkan
tinggal lagi nak dipotong kecik2
untuk dibuat gulai
ayam daging ni pulak nak buat ayam masak merah
tapi before that kena goreng kunyit dulu

saya tukang goreng ayam
kerja mudah2 je saya buat
sebab keadaan tak mengizinkan
tapi sebenarnya dah 'terbuat' kerja2 berat sebelum tu
mop lantai, angkat kerusi
then ada kejadian yang tak disangka2 terjadi
1st round da siap goreng
ada ber'round2' lagi...
sambil duk menggoreng, Incik Suami and ayah kat sebelah duk ricih kulit tebu
ayam kampung untuk digulai
yang ni belum masuk santan lagi
mak long yang handle
acar rampai ni bonda yang handle
jiran2 ramai yang mai tolong
orang kampung memang biasa la aktiviti camni
pantang ada jiran nak wat kenduri
mesti ringan tulang mai nak menolong tuan rumah
lagi seronok dari catering
ayam masak merah..SIAP!
gulai ayam kampung..SIAP!
nasi minyak yang tak berapa kuning
ayah yang masak
tetamu datang lepas Isyak
makan time..
lepas semua tetamu balik
kami sekeluarga amik part masing2 bersih mana yang patut
saya , my sis n 2 orang jiran cuci pinggan mangkuk
Incik Suami, Bonda n Ayah settle hal dalam rumah
adik lelaki kena hantar lauk kat umah jiran
lepas cuci pinggan tu baru terasa sakit sangat pinggang nih
tapi Allah pelihara lagi sampai hari ni..
semuanya berjalan dengan lancar
hidangan pun cukup untuk tetamu
alhamdulillah
semoga allah sampaikan kepada arwah di sana..amin

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers