Tuesday 16 October 2012

Save the date!

 Tengahari semalam my sis call bagitahu GEMS offer dia training kat Cherating for 2 months with RM600 monthly allowance. Dia tanya kawan-kawan dia, katanya ramai yang tak nak terima sebab allowance ciput, diploma holders pun dapat RM2k per/month, mana boleh survive, so for them kita yang degree takkan dapat RM1k je.

Adik-adikku sayang, my opinion is gain experience dulu, develop skills, fresh graduate jangan demand sangat nanti buruk padahnya, daripada duduk rumah menghabiskan beras, meninggikan bill elektrik duk mengadap tv lepas satu channel satu channel, last-last mata sampai jadi bengkak + kepala jadi bengong macam orang kerja lebih masa and stay up kat office. Padahal kerjanya melangut kat depan tv je. Jauh jauh jauh lebih baik attend training macam ni, ye dop???. Mana la tahu dalam pada kita masih training, dengan izinNya Allah temukan kita dengan seseorang yang boleh bawak kita terus ke badan-badan tertentu, based on our performance la bukan membodek, tak kisah la goverment ke swasta yang penting halal. Tapi yang tersangat penting BERKHIDMAT UNTUK MANUSIA tu biarla seikhlas hati yang boleh..Nak dapatkan degree pun korang bermula dengan UPSR, ke ada yang lepas UPSR terus dapat degree? Meh habaq mai kat chek. Hok gifted tu cerita lain la pulak. Bermulalah dari bawah kerana kenikmatannya lebih terasa bila mengecapi kejayaan. Kalau la my sis insist tak nak pergi pun, saya akan try to push her untuk terima.

Sebenarnya pihak GEMS minta lapor diri hari ni. Alahai mana la nak sempat, saya nak apply cuti pun serba salah, kalau emergency sakit lain cerita, ini alasan nak bawak adik lapor diri, tak ke kelam-kabut + kelabu asap namanya, mana nak packing barang lagi, orang perempuan kalau tak penuh kereta tak sah. Due to that, my sis call merayu minta di hantar ke branch yang lebih dekat. Alhamdulillah dapat kat Merang Resort, Setiu and lapor diri pada 3 Nov. Barula den boleh bernafas sikit..

Ater den ni nak save the date untuk apa??? confius sekejap xoxoxo tapi dah waras balik di mana saya ni tak lain tak bukan sebagai PERSONAL DRIVER la<--- part time job without payment

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

A piece of advice...

"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers